Friday, December 31, 2010

Azam Baru > Hasrat Baru > Nafas Baru..Fuuh!

Bismillahirahmanirrahim..

      Beberapa jam lagi, tahun baru akan menjelma..aku tidak pernah meletakkan azam dalam hidupku sempena tahun baru sebelum ni..Setiap tahun aku hanya bisikkan dalam hatiku "aku akan buat terbaik untuk hidupku".
Petang tadi terdetik dalam hati aku, kenapa aku tidak letakkan azam yang jelas dalam hidupku..Aku ada beberapa hasrat dan azam yang aku ingin kecapi tahun ini..ting!

1)Aku ingin jadi hamba Allah yang lebih baik dari sekarang dan sebelumnya

2)Aku ingin lupakan segala kenangan hitam yang lalu

3)Aku ingin menjernihkan yang dahulunya hitam menjadi sesuatu yang jernih dan suci

4)Aku ingin belajar dan berjaya dalam apa jua hal

4)Aku ingin tuuuutttt (rahsia) tahun ni..amin

5)Aku nak kurangkan makan makanan segera

6)Aku kena kurangkan emosi cepat marah

7)Aku kena senyum selalu.. ^_^

8) Aku kena selalu "say something nice"

9)Aku kena tingkatkan lagi tahap kesabaranku..hehe

10) Aku nak penuhkan duit simpananku..

     Dah cukup 10 azam baru..harap2 boleh tercapai..Aku akan lekatkan dekat wall bilik aku azam ni supaya aku tak lupa dan mudah putus asa.Ya Allah, permudahkanlah urusanku..Thanks to farah wahida bagi beberapa teguran untuk aku supaya aku boleh masukkan dalam azamku..sangat hargai. ^_^

Sunday, December 26, 2010

Melalui Pandanganku

                               


Pandanganku menebusi alam fauna,
Mindaku merenung jauh ke dalam sudut hatiku,
Aku meneliti manusia disekelilingku,
Apa yang mereka maksudkan?
Apa yang mereka mahukan sebenarnya?
Apa yang ada dalam hati mereka?
Hitamkah hati mereka?
Atau..
Jernih hati mereka?

Kerna..

Aku terkedu,
Disaat aku kecapi kejayaan,
Ada orang mempamerkan kejelikkan sifatnya,

Aku terkedu,
Ketika aku gembira,
Ada orang menunjukkan kedengkiannya,

Aku terkedu,
Pabila aku berdiam diri,
Ada orang mengzahirkan kepuasan hatinya,

Aku terkedu,
Sewaktu aku kesedihan dan kecewa,
Ada orang mengukir senyuman diwajahnya,

Namun...

Aku terharu dan bersyukur,
Kerna aku mempunyai Allah disisiku,

Aku terharu dan bertuah,
Kerna aku mempunyai sahabat hati penenang buat hatiku,

Aku terharu dan redha,
Kerna aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya,

Wahai hati,
Tabahla dikau ketika kau dihiris,
Pulihla dikau untuk aku menjadi lebih kuat,


Saturday, December 25, 2010

Bahaya Kahwin dengan Programmer


Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus.
haha..lawak bila fikirkan..tapi tension kalau betul2 jdi..

: Pesan Mak :


                                  ~ Pamerkan senyuman ~



Diam kalau terasa hati,
Diam jika marah,
Diam kalau orang buat jahat pada kita,
Diam jika benda itu akan memudaratkan kalau dibalas

Sabar disaat diuji,
Sabar jika orang dengki dengan kita,
Sabar dengan kata-kata orang,
Sabar dalam hati,

Hasilnya dapat dilihat sampai sekarang..aku hanya diam dan sabar bila berhadapan dengan pelbagai dugaan dan ujian..Senyuman dipamerkan tangisan disembunyikan..Sabar Munirah..Allah sentiasa ada disisi..


                                                                                              ~  Aku sembunyikan air mataku ~

Friday, December 24, 2010

Terlambat sebulan..haha

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si
isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita
kena gi check kat doktor."
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk
tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga
ianya benar2 pasti.
Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana
terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai
TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.
ada apa encik"
Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak
boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."
Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB
tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"
Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT,
semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"
Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "
Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat
sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"
Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar
dari situ..
Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia
pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg
berdekatan..
Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun
memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak
heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???
Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan
keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus
naik berang.
"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."
Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik
punya..........."
Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai
apaaaaaa???
Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJERRRLAAAAAAAA"
???????????????????.....................

2 Gadis Dikejar Perogol


Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...
M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.
L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.
M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.
L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.
M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.
L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.
M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...
L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.
Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.
Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.
M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?
L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.
M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?
L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.
M : Dan... dan..
L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap...
M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?
L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..
M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?
L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...
M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?
L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya...
So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu. 




Say something nice!

Bismillahhirrahnirahim..

     I'm very irritating with someone that keep saying something that hurt others feeling. She does not think about other people feeling. What have in her mind just to say something bad about other person, people, gossiping, back biting. Maybe there is no one try to talk about these to her..might be..perhaps I think. I just keep in my heart when she is talking  something about me at my back or try to hurt my heart.. and what I see..she happy in her way.. very sad for her..many people feel hurt and angry because of her mouth..until when she want ended like this way..subhanAllah..

    Why not she try  to say something nice to other people, or think first before saying something.. We have to remember that taking care of our tongue is important in Islam..Hadith from Abdullah bin Mas'ud. he stated that 
" I have asked to Rasulullah SAW"
 " Oh My prophet, what the good deed that very afdhal? The prophet said "Pray on the time" then I'm keep asking "what the other than that oh My prophet? then Baginda said " Make other people comfort with your tongue"

  see..how important to take care of our tounge. Every single word that comes out from our mouth that hurt or irritate other people feeling, the "dosa" we will get.Lastly, not forget to asking for forgiveness from others because of your tounge.Please do not  feel hesitated to ask for forgiveness.

To love is to forgive
Forgiveness is like a key that unlocks our hearts,
causing all our resentment to flow out and love to flow in~

Take note : When we speak, the key to communication not what we say, but rather than the attitude that lies behind what we say!

# Just to share and as reminder for myself and others ^_^ 

Thursday, December 23, 2010

Say No to Ryle's Tube!

Bismillahirrahmanirrahim..


      Menangis, menitis air mata, berair mata, berkerut muka, berkerut kening, berdenyut hidung, muntah darah, muntah nasi, muntah roti, muntah air, hidung berdarah dan macam2 lagi..Ni la aku dan kawan2 kelas aku rasa hari ini. Today lecture is Ryle's tube insertion.. The most scary 7 word is PAINFUL!


      Mula2 Mdm Yee  buat demo dekat zana, then kami kena cari partner masing2..Tengok demo ja aku rasa takut dan nak nangis. Aku cakap dekat mdm yee dalam kelas, "kena buat ke sis? " dia kata "ye, semua org kena" aku balas balik "nak larila"..haha..mdm ckp larila nanti kena gak..waaa..Kitaorang kena cari partner dan buat bergilir masukkan tube untuk makan tu dalam hidung masing2. Terus terang aku cakap, aku memang takut untuk buat sesuatu yang akan menyakitkan anggota badan aku..seriusly..dulu aku berapa kali pengsan dan sesak nafas tapi aku mati2 lawan cakap MA yang aku tak nak masuk wad sebab takut jarum terutamanya branula.Last2 dah tahap kritikal aku kena hantar juga pergi A&E tu pun dalam keadan tak berapa sedar so tak leh nak lawan balik or larikan diri..haha..memang sakit branulla tu.


    Back to the story today, partner aku fatin. Mula2 aku buat dekat fatin..memang cuak dan tak da skill sangat. Fatin dah muntah2 dan batuk.Aku pun nak termuntah sekali. Very speechless dan takut nak buat. Fatin terus tarik tube tu keluar dari hidung dia sebab dia cakap tak leh bernafas.Ok..Then aku punya turn.


   3 kali fatin masukkan tube tu..sakit weh..first time dia masuk sampai hidung ja aku rasa sakit then aku tarik keluar.Aku cakap tak nak teruskan tapi tak adil plak nanti fatin tak da chance nak buat dekat aku sebab aku dah buat dekat dia. Kali ke 2, tube tu masuk takat tekak, tapi aku rasa sakit dan tak leh nafas, aku tarik lagi..aku dah nak muntah2..selamatla tak makan benda berat pagi tadi kalau tak memang beraneka jenis la yang keluar sebagai muntah..weekkk...Masa ni air mata dah berambu2 keluar..memang aku nangisla.sebab aku memang jenis tak tahan sakit. Kali ketiga fatin berjaya masuk tube tu sampai ke perut aku..Aku dah mengelepar sakit tapi madam yee dengan sis juriah pegang tangan aku..memang sakit dan tak leh nafas.Rasa tube tu terlekat dekat tekak.Nak bernafas melalui mulut rasa sakit sebab ada tube tu. Melalaui hidung tak selesa sangat.huhu..sekarang aku tahu camna patient rasa.


    Hari ni macam2 real case kami dapat.
1) Ada yang partner yang jadi patient ajar nurse camna nak buat haha..ni akan terjadi kalau kami dapat educated ye patient


2) Ada yang kena vagul stimulation..effect dia bradycardia, dizzy and palpitation


3) Ada yang tube coil dalam mulut sebab salah masuk lubang


4) Ada yang jadi patient, dia tarik tube yang coil dalam mulut. Ni sangat bahaya sebab part yang besar (bahagian bagi feeding) akan masuk dalam hidung bila patient tarik another tip dalam mulut. Ada possibility akan koyakkan kulit hidung..so dangerous


5)Mostly hidung berdarah atau muntah berdarah


6) Ada yang susah nak masukkan seperti ada obstruction..


     Ryle's tube tu dimasukkan pada patient yang tak leh makan secara normal, tube tu masuk dari hidung sampai ke perut. 3 minit ja masuk tube tu aku dah mengelepar 1 badan dan sakit macam mana la patient pakai lama2..sian ye..
       Apa2 pun bak kata madam yee..kami terbaik and did a great job today.Sekurang2nya kami tahu perasaan patient nanti. Walaupun batch kami selalu dikutuk ataupun dikeji, tapi mdm yee cakap dia nampak improvement pada batch kami..So kawan2 jom jadi patient dulu sebelum kita jaga patient. Nanti kita akan bagi nursing care yang terbaik pada mereka sebab kita tahu persaaan dan kesakitan yang diaorang rasa..Very good and meaningful experience..All the best! ^_^


Take note : I LOVE NURSING !

Use Wisely Our Power of Choice!

Bismillahhirrahmanirrahim..

Choose to love........rather than hate
Choose to laugh.....rather than cry
Choose to create......rather than destroy
Choose to preserve.....rather than quit
Choose to praise.......rather than gossip
Choose to heal......rather than wound
Choose to give........rather than steal
Choose to grow.....rather than rot
Choose to pray......rather than curse
Choose to live......rather than die
Choose to say something nice..

Tuesday, December 21, 2010

Let's clear everything!

Now..
I want clear everything in my heart,
I want clear everything in my mind,
I want clear everything that block my way,
I want clear everything that disturb my day,

Then,
I just want to focus on one only,
I just want to get my target,
I just want the happiness,
I just want to make my day,

Lastly,
Don't ask me anything about one, day or happiness.

Thursday, December 16, 2010

Senyum ^_^

Salam...


Senyum itu penawar segala duka...
Senyum itu memeriahkan lagi sesuana..
Senyum itu penyejuk hati yang marah..
Senyum itu pemikat..
Senyum itu sedekah..
Senyum itu penyeri wajah..
Senyum itu mengusik hati..




Jadi..jangan lupa untuk senyum ^_^










                                               Saya suka senyum.. ^_^

Thursday, December 9, 2010

"suster..tolong saya suster..tolong saya ya"

Salam..

   "suster..tolong saya suster..tolong saya ya".... bukan aku naik pangkat jadi sister dan bukan juga aku salah eja "sister" jadi "suster"...hehe..ni la seorang patient lelaki  aku yang dari indonesia..dia dok ulang statement tu ja kat aku..

    Nama dia Zack (bukan nama sebenar), berusia 35 tahun, diagnosis : snack bite at left leg dan admitted dekat Wad Kenanga 6 (Orthopedic Female)..Wad Ortho male dh penuh so terpaksa patient lelaki masuk wad K6 ni. Masa dia masuk wad K6 tu aku memang tak jaga dia pun. Aku perasan kewujudan dia pon masa pass report hari kedua last aku posting. Pastu aku hanya ke bilik dia bila faris classmate aku nak buat dressing dekat kaki dia.. teruk juga la luka dia sampai doktor kena hiris kulit dan isi tersembur keluar.Ni la first time aku tengok orang kena patuk ular teruk camtu..zack ni pun tak cakap banyak..dia selalu angguk dan geleng kepala.. Staff nus cakap dia ada masalah language barrier..mmm..so no wonder la dia just angguk angguk geleng geleng..haha..dah jadi lagu ..

     Hari last aku aritu ari jumaat..aku nampak la kak naemah tengah kalut2..dia kata zack tu nak bowel open (BO) or bahasa mudah nak buang air besar.Tapi bedpant (bekas untuk berak atas katil) tu tak da hilang mana ntah..zack ni kaki dia berbalut sampai ke paha dan sakit bila nak jalan. Aku dengan kak naemah angkatla dia slow2 nak bawa dia pi toilet dalam bilik tu juga. Tapi toilet tu kecik susah dia nak bangun dan sebagainya..Pastu aku tolak dia ke toilet yang besar dekat dengan kaunter. Toilet tu besar sampai nak tolak patient sekali dengan katil pun boleh. Aku dgn kak naemah angkat la dia bagi dia duduk atas mangkuk tandas..masa ni dia banyak kali ulang statement ni "suster..tolong saya suster..tolong saya ya".. yeeee..saya tolong...hehe..pastu kami ajarla dia nanti dah habis tekan loceng kat sebelah dia tu..nanti siren bunyi la kat luar..kami pun tunggula dekat luar. Kwn2 laki aku balik awal ari jumaat tu sebab nak solat jumaat. Kalau tak boleh ja suruh diaorang.mudah sikit.. Pastu tiba2 siren bunyi..kuat plak tu..aku bukalah pintu toilet tu ingatkan dia dah sudah.dia pun terkejut bila nampak aku..kelam kabut la dia kain ke mana apa kemana..aku pun tutup la balik pintu..aku suruh kak naemah masuk sebab aku dah trauma..haha..kak naemah tanya dia kenapa?dia tanya "suster, mana air sus"..haha..air ada ja kat sebelah dia tu..pastu siren tu dah berbunyi bising..staff nus suruh kitaorang tutup..camna nak tutup loceng tu ada kat sebelah zack dan dia tengah BO..haha..semua orang gelak..kak naemah pun masuk la tapi jalan undur ke belakang sebab tak nak tengok...he2..pastu selesai..zack cakap dia nak mandi..sebab sejak masuk wad dia tak mandi langsung..subhanallah..sian dia..kami pun tolong la mandikan dia dalam bilik air..masa ni dia ulang lagi statement hikmat tu "suster..tolong saya suster..tolong saya ya"..haha..kelakar la zack ni.

    Dia cakap dia nak sikat gigi..haaa?aku dah pelik..apa tu..oo..berus gigi..kat wad mana ada berus gigi..pastu aku ambik gauze balut dekat kayu ais krim tu then bagi dekat dia..dia gelak..ni ke sikat gigi..dia kata "ini pun jadila suster "..dia cakap mulut dia busuk so dia malu nak cakap dengan orang. dia borak dengan kami rancak ja..staff nus ckp language barrier..rupa2nya dia malu nak cakap sebab dah lama tak gosok gigi..haha..pastu masa kami mandikan dia , zack cakap "sungguh baik gadis muda berdua ni, hati baik, muka cantik dan manis..moga Allah bagi jodoh yang baik, kuat beribadat dan jaga kamu baik2" lebih kurang camtu la ayat dia..sepanjang mandikan dia yang tu la dia ulang2 doa...amin..thanks..kami tolong ikhlas. Pas mandikan dia, dia suruh aku hantar dia ke ruang TV, dah lama dia tak tengok berita..muka dia ceria ja pas mandi dan rasa segar..

   Rasa tenang dan gembira bila dia hepi..ni la nikmat kita dapat bila tolong orang..aku bersyukur ambik nursing..sebab masa ni la aku boleh tolong orang lain yang aku langsung tak tahu asal usul dia.. Cuba bayangkan, kalau kita di luar rumah, orang luar yang kita tak kenal minta tolong mandiakn dia, basuhkan air besar dia dan sebagainya, kita nak ke?mesti rasa geli dan macam2...tapi bila kami di wad semua perasaan takut dan geli dah hilang..yang ada hanya perasaan kesian dan nak tolong..ting! Hebatnya kita wahai kwan2 sekuliahku..so be proud to become as nurses!

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..amin

Kejayaan @ Kegagalan Adalah Satu Kepastian!

Bismilahhirrahmanirrahim...


      Dah lama rasanya tak menulis blog ni.. Lepas sibuk dengan final exam, kitaorang sambung posting di Temerloh selama 2 minggu..Sedangkan kos lain tengah berseronok cuti sebulan..hehe..Tak apa..itu kelebihan mereka..Sekarang tengah habiskan cuti seminggu di rumah mak saudaraku di rawang. Mesti pelikkan kenapa aku tak balik umah cuti sem ni..Bukan apa, minggu depan aku kena balik umah juga sebab kak ke2 aku akan bertunang. Pastu fikirkan kena bajet dan jimat so tak balik la.Mak aku pun tak bagi balik sebab dia kata jauh nak ulang alik dan kebetulan bas aku selalu ja rosak di tengah highway. Dah tiga kali bas aku tersadai bila nak balik kuantan ke kedah..Ujian2..


    Baru 2 ari lepas result untuk final exam keluar. Alhamdulillah..semuanya terbaik walaupun tak sebaik orang lain. Tapi aku tetap bersyukur. Sesungguhnya, kegagalan mengajar kita erti kejayaan.Kenapa? Aku cukup takut dan sedih kalau gagal dalam sesuatu terutama selepas berusaha betul2..maybe tu bukan rezeki aku.Tapi kali ni aku sangat bersyukur sebab semester ni banyak memberi kegembiraan padaku.


    Semester ni aku hanya ambik 4 subjek ja..Medical surgical 1,2,3 dan bahasa melayu untuk kerjaya. Dari mula sem lagi aku dah target untuk buat yang terbaik supaya aku boleh back up balik result yang merudum semester 2 aritu sebab subjek yang susah dan banyak..memang struggle...alhamdulillah..semester ni semua lecturer banyak beri tunjuk ajar dan baik. Aritu exam parktikal iaitu OSPE..alhamdulillah..aku buat dengan terbaik..aku rasa teruk dan sedih betul bila OSPE masa semester pertama dulu aku gagal..tapi kali ni aku buat yg terbaik. sebenarnya aku tak tahu pun markah untuk OSPE utk sem ni aritu..Tapi sister nani yang merangkap sebagai ummi aku bagitahu 1 berita gembira..biarlah rahsia apa berita tu..dan dia cakap "i'm proud with you and you deserve it"..thanks sister sebab banyak tolong dan ajar saya sem ni..harap2 berkekalan. 


      Result final exaam ni plak yang terbaik buat masa ni..setelah macam2 dugaan yang aku tempuh.Aku rasa semester ni aku banyak bertawakal terutamanya subjek sis nani dan madam yee. Pertama, agak banyak yang nak dihafal dan difahami..Kedua, masa mid term last paper subjek sis nani n mdm yee (Med-surg 3, betul ke?), petang sebelum exam tu aku jatuh tangga sampai terseliuh kaki..huhu..bayangkan dengan tak study habis lagi tiba2 jadi camni camne nak study..dengan mood sakit...Malam  tu kaki bertambah sakit dan bengkak dengan menangis 1 hal lagi..mm..dugaan..tapi gagah gak study walaupun tak berapa masuk otak..terutamanya topic sis nani yang baru nak study malam tu.. Esok pagi sebelum pi exam, aku pi jumpa doktor dulu dan dapatla tongkat sakti.ting! ^_^ ..malu gak bila cat walk dalam exam hall. Alhamdulillah..dengan dugaan yang Allah bagi, result mid term tu aku dapat yang terbaik juga sebab lebih dari separuh kelas gagal untuk subjek tu..Nampak tak keindahan disebalik dugaan yang Allah bagi?.. Dugaan tak berhenti disitu ja..Masa jadual final exam keluar, asalnya med-surg 1, pastu selang sehari med-surg 2 then selang 3 or 4 ari kut baru med-surg 3. Aku pun study la untuk ,med-surg 1 @ 2 dulu sebab gap dekat sangat. Tiba2 sehari sebelum nk exam med-surg1 tu jadual exam baru keluar..ada perubahan med-surg 2 tukar dgn med surg 3..subhanaAllah..hanya Allah ja tau..time tu memang tension gila sebab tak prepare apa langsung untuk last paper tu sepatutnya. Dalam masa 1 hari nak study untuk med-surg 3 tu yang banyak dan susah.. Memang struggle betulla dan tawakal..Alhamdulillah..aku dapat result baik..dapatla naik balik CGPA aku yg turun sebab sem 2 aritu..


     Apa yang aku dapat simpulkan,  kegagalan dan dugaan yang Allah beri kepada kita adalah satu perhentian yang perlu kita singgah dan lawati sebelum kita sampai ke destinasi yang indah tu.. Apa yang perlu kita buat hanya percaya padaNya dan selalu didik hati kita supaya bersabar dengan ujian itu. InshaAllah..kita akan rasa ketenangan dan kegembiraan nanti...


Wink Wink !! ^_^