Thursday, November 25, 2010

Baru saya sedar...

Bismmillahhirrahmanirrahim..

             Baru aku sedar ada tiga golongan manusia disekelilingku sepanjang aku hidup di dunia yang sementara ni.


Golongan Pertama :
  • Mempunyai hati yang baik
  • Tidak mementingkan diri sendiri
  • Tidak akan mencari kesalahan orang dan menghebahkan kepada orang lain
  • Hanya mendiamkan diri apabila mendengar sesuatu yang tidak enak mengenai seseorang atau sesuatu
  • Berbuat baik atas hati yang ikhlas
  • Selalu menolong orang tanpa memilih
  • Hormat orang tua
  • Tidak membalas jika seseorang itu menyakiti hatinya..hanya mendiamkan diri
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Berprasangka baik pada orang lain
  • Mempunyai pegangan hati dan fikiran yang kuat dan tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu tidak baik
  • Tidak mudah putus asa
  • Ingin membawa kegenmbiraan pada orang disekeliling

Golongan Kedua :
  • Hati yang busuk
  • Sentiasa mencari keburukan orang lain
  • Mengaggap dirinya terlalu baik tanpa ada kesalahan
  • Selalu mengadakan cerita (fitnah) pasal orang lain
  • Selalu berprasangka buruk pada orang lain
  • Lidah bercabang
  • Melakukan kebaikan hanya untuk menunjuk2 pada orang lain
  • Membiarkan hati dan fikirannya dipengaruhi oleh orang lain yang hati yang tidak baik
  • Tidak hormat orang tua
  • Mementingkan diri sendiri
  • Tidak memikirkan pasal hati orang lain
  • Mempunyai niat untuk menyakiti hati orang lain
  • mudah putus asa
  • Selalu menbawa kesedihan kepada orang disekeliling.
Golongan Ketiga :
 
       Gabungan golongan pertama dan kedua..Samada berat kepada golongan pertama atau kedua.

Mungkin ada lagi ciri2 golongan diatas..tapi ini beberapa yang aku sedar..Ingatlah, sebelum sesuatu yang hendak kita zahirkan melalui mulut, fikiran dan perbuatan, fikirlah dahulu baik buruknya. Jika itu untuk kebaikan maka pasti nanti kebaikan yang akan pulang kepada kita. Tetapi jika kita mendapat sesuatu malapetaka atau sesuatu yang tidak baik , maka pasti apa yang  kita lakukan itu perlu dibetulkan dan dikaji semula. Allah memberikan kita Otak untuk berfikir yang mana hak dan batil, Allah memberikan hati kepada kita supaya kita menzahirkan sifat kemanusiaan yang mulia yang sudah menjadi fitrah manusia, tetapi bukan untuk menzahirkan sifat kebinatangan atau yang tidak baik ..

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan teguran kepada kita..Amin

Sunday, November 21, 2010

Jangan! Jangan! Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim.

* Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal dan cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.!

* Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan keranda!
 
* Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad!

* Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kita kena ingat rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua!

* Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita akan dapat gelaran al-marhum!

* Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu berubah menjadi tengkorak!

Wednesday, November 17, 2010

Pernahkah Terfikir Untuk Berubah?

Bismillahirrahmanirrahim.

  • Berubah?
  • Perubahan?
  • Diubah?
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Al Baqarah: 222).

Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Ayat ini membukakan pintu dengan seluas-luasnya bagi seluruh orang yang berdosa dan melakuan kesalahan. Meskipun dosa mereka telah mencapai hujung langit sekalipun. 

Seperti sabda Rasulullah Saw:

“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir – 5235)






Tuesday, November 16, 2010

: Personalitiku & Personalitimu :

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR
    KELAHIRAN MANUSIA 
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi 
  • Orangnya serius 
  • Suka mendidik dan dididik 
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang 
  • Suka mengkritik 
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan 
  • Suka smart, kemas dan teratur 
  • Bersifat sensitif, berfikiran mendalam 
  • Pandai mengambil hati orang lain 
  • Pendiam kecuali telah dirangsang  (Sekali dirangsang memang cakap banyak ^_^)
  • Agak pemalu 
  • Daya tumpuan yang sangat tinggi  
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri 
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema 
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya 
  • Cukup sayang pada kanak-kanak 
  • Suka duduk di rumah 
  • Setia pada segala-galanya  
  • Perlu belajar kemahiran sosial 
  •  Cukup cemburu yang sangat tinggi.
MAC
  • Berpesonaliti yang menarik dan menawan 
  • Mudah didampingi 
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa 
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati 
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian 
  • Sangat peka kepada orang lain 
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain 
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah 
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi 
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
  • Suka berangan-angan 
  • Suka melancong 
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan 
  • Suka dgn hiasan rumahtangga 
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik 
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik 
  • Jangan terlalu moody
MEI 
  • Kekerasan hati & degil 
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi 
  • Pemikiran yang tajam 
  • Mudah marah apabila tidak dikawal 
  • Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian 
  • Perasaan yang amat mendalam 
  • Cantik dari segi mental & fizikal 
  • Tidak perlu dimotivasikan 
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain 
  • Mudah dipujuk 
  • Bersikap sistematik (otak kiri) 
  • Suka berangan 
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu 
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit 
  • Daya khayalan yang tinggi 
  • Permikiran yang tajam 
  • Pandai berdebat Fizikal yang baik 
  • Kelemahan sistem pernafasan 
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong 
  • Tidak berapa suka duduk di rumah 
  • Tidak boleh duduk diam  
  • Tidak punya ramai anak 
  • Rajin dan bersemangat tinggi 
  • Agak boros.


JULAI 
  • Sangat seronok didamping 
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki 
  • Agak pendiam kecuali diransang 
  • Ada harga dan maruah diri 
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan  
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus 
  • Sangat menjaga hati orang lain 
  • Sangat peramah 
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 
  • Berjiwa sentimental 
  • Jarang berdendam 
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan  
  • Tidak suka benda remeh-temeh 
  • Membimbing cara fizikal dan mental 
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang 
  • Layanan yang serupa dengan semua orang 
  • Tinggi daya simpati 
  • Pemerhatian yang tajam 
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian 
  • Mudah dan rajin belajar 
  • Suka muhasabah diri  
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama 
  • Suka mendiamkan diri 
  • Suka duduk di rumah 
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan 
  • Tak agresif kecuali terpaksa 
  • Lemah dari segi kesihatan perut 
  • Mudah gemuk kawal tak kawal diet 
  • Minta disayangi 
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih 
  • Terlalu mengambil berat 
  • Rajin dalam membuat kerja

 DISEMBER
  •   Sangat setia dan pemurah.
  •   Bersifat patriotik.
  •   Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  •   Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  •   Bercita-cita tinggi.
  •   Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  •   Seronok bila didampingi.
  •   Suka bercampur dengan orang.
  •   Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  •   Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  •   Tidak pandai berpura-pura.
  •   Cepat marah.
  •   Perangai yang mudah berubah-ubah.
  •   Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  •   Benci pada kongkongan.
  •   Suka berlawak.
  •   Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, November 15, 2010

Coming Soon ----> Cahaya Mata Pn Awah & Tn Amer!!

Salam Aidiladha..

       Dalam batch kami dah ada seorang gadis yang dh kawin, Farah Nasuha namanya.Nama cute dia awah. Sekarang dalam kelas kami panggil dia Puan Awah..hehehe..Dia baru ja kawin tahun ni. Nak jadikan cerita, beberapa bulan yang lepas, aku mimpi yang awah pregnant..waaa  petanda baik. Lepas tu, beberapa minggu lepas kawan aku Nurul pun mimpi yang awah pregnant..haha..macam kitaorang plak yang tengah angau.Kelakarla..mana tau kan kut-kut mimpi kami ni sebagai doa dan jadi kenyataan. Pada tarikh 8hb November, malam tu aku ajak kawan2 datang bilik makan keropok lekor yang aku kirim dekat kawan suh dia beli sebab dia balik umah kat terengganu. Awah pon datang makan juga. Then kitaorang tercakap pasal mimpi yang awah dapat anak tu. Pastu awah cakap "kalau cukup 40 orang mimpi awah pregnant, memang awah akan pregnantla"..haha..

      Nak dijadikan cerita, aku terbaca dekat wall farah wahida, yang awah post : "babe!!! got things to share!!!! " semalam..pastu aku terfikir la benda apa la yang awah hepi sangat ni nak share dengan farah ni. Pastu aku buka page awah, abg amer (husband awah ) post : " hi puan awah..semua special treatment shall begin today..hehe"...mmm..aku rasa cam ada something ja ni.. then baca dekat page abg ame..taaaddaaa..lastly I got the idea.. Ting! awah pregnant! Yeepii..Ya Allah ..alhamdulillah..aku rasa hepi sangat2 sebab kwn sya bakal jadi ibu.Ni kali ke2 aku rasa nak nangis sebab awah..haha

 1) Masa awah nak kawin, aku, tasha, farah wahida,  kunji, naqi, awe dan dolah rushing n drive keta laju2 sebab nak tengok upacara akad nikah awah. Kitaorang dari kuantan.Mula2 kami dapat ,msg dari fatin yang awah dh akad nikah..time tu aku rasa sedih n just diam dlm keta..sebab aku datang dari kedah just nk tengok saat kawan aku tu nak akad nikah..Sebab bagi aku saat tu sangat penting dan bermakna bagi semua orang. Tiba2 fatin msg yang awah tak akad nikah lagi..ish budak ni mana 1 yang betul.Bila dapat ja msg tu semua org dalam keta tu cam dah nak gila n kunji drive laju2..haha..Then sampai..tapi tak sempat juga.. T_T.. Kami dah sampai time orang dah baca doa. Tapi aku still rasa sebak time tu bila tengok kawan aku dah selamat diijab kabulkan. Tangan aku mengigil ja time pegang camera dan nak tangkap gambar. Semua gambar jadi blur..sebab rasa sebak dan nak nangis tapi tahan dalam hati. Tasha time tu dah perasan then dia kata bagi dia tangkap gambar..haha..Awah.. Selamat Menjadi Isteri dan permaisuri pada abg amer k.. ^_^

2) Ni kali ke2 rasa teruja dan sebak bila tau awah dah MENGANDUNG!!!.... Alhamdulillah.. aku pasti semua kawan2 akan rasa nak lompat2 dan hepi bila tau berita ni. Tahniah awah dan suami.  Selamat menjadi ibu dan ayah pada bakal baby ok.. ^_^


   Awah, jangan risau sangat pasal mengandung, pelajaran, rumah tangga dan baby yang akan lahir nanti. Mesti awah cam risau macam mana nak handle semua nantikan. InsyaAllah..Allah takkan bagi sesuatu yang akan menyusahkan hambaNYA..pasti ada hikmah dan rahmat disebaliknya. Banyakkan berdoa dan minta dipermudahkan semuanya.Mintala nasihat dari ummi dan mak mertua awah.hehe..kami tak kawin lagi so tak tahu nak bagi nasihat apa sangat. Muni ada terbaca,sesungguhnya lebih baik kita didik anak sejak anak kita dalam perut lagi. Rajin2 la awah mengaji sambil urut perut supaya baby dalam perut tu ikut ibu dia mengaji juga.Awah cari ja dekat internet cara didik anak semasa mengandung dari segi Islam. InshaAllah sejuk perut awah mengandung baby tu nanti. Nanti, kitaorang akan jaga awah sama2..hehe.abg amer jangan risau k. Sebelum ni aku asyik usik awah dan cakap "awah,jaga perut"..masa tu just main2 ja..Sekarang ni aku akan cakap lagi kat awah cmtu.."awah, jaga perut"..haha


                              Bakal Ummi dan Abi..Sesungguhnya senyumanmu itu akan lebih berseri dan terpancarnya sinar kelak apabila si "cahaya" muncul menyerikan hari-harimu




Awah,
Tahukah dirimu,
Kau sangat bertuah dikalangan kami,
Allah permudahkan segalanya untukmu,
Jodohmu diawal usia,
Suamimu menyerikan hidupmu,
Sikapmu membahagiakan sahabatmu,
Wahai temanku,
Pelbagai takhta kau sudah miliki,
Si anak yang solehah,
Si isteri yang mithali,
Dan ,
Kau bakal memeliki takhta yang diidamkan oleh semua kaum hawa,
Si Ibu,
Bahagianya dirimu.

Wahai Sahabat,
Aku kirimkan doa untukmu,
Moga kau berbahagia selalu,
Moga kau lebih tabah meniti dugaan yang akan menjelma,
Moga menjadi penguat semangat bagi si suami,
Moga kau menjadi ibu yang terbaik buat "cahaya" yang akan menjelma,
Moga2 dirimu dirahmati dan dipermudahkan,
oleh Yang Maha Esa.
^_^ 




: Don't Be Sad :

What happened is over
Yesterday is past
Now it’s part of history
It will not come back forever

Don’t be sad
What is coming, is coming!
Do not take any sorrow
Do not allow the fear
To cover your mind
Or destroy your heart
Just because something
May happen tomorrow!

Don’t be sad, don’t be grave
Face the new reality
Struggle hard, with patience,
Remain strong and brave

Don’t be sad
Stay happy
Think positive
Even when things go bad
This is the nature of life
Nothing will remain the same
Change is coming
Do what you can
And leave the rest for God.

Sunday, November 14, 2010

Resdung @ Sinusitis

Salam mesra dan salam ukhuwah..

     Resdung atau dalam nama saintifiknya sinusitis yang di tafsirkan sebagai keradangan pada ruang sinus atau rongga di wajah. Pada wajah kita ada empat rongga iaitu ethmoid, frontal (dahi),maxillary dan spenoidal.

Mesti ramai yang tak tahu camna kita nak tahu kita ada resdung ke tak.. Tanda2 resdung ni :
* selalu bersin
*gatal dekat hidung, kulit muka dan telinga
* mata berair
* kahak
*pening kepala
* mata jadi kelabu
*jerawat (bukan tanda2 yg obvious)

       Resdung @ sinusitis ni terjadi bila kita makan benda yang kita alah cam setengah orang alah pada seafood atau pun terdedah pada habuk. Then tissue dekat sinus ni akan bengkak yang akan menyebabkan saluran hidung kita akan jadi sempit dan udara kotor akan terperangkap. Bila udara kotor yang terperangkap ni la akan menyumbang bakteria atau kulat akan membiak. Sebab tu kadang2 bila orang buang resdung ada yang sampai keluar ulat.

      Dulu aku pernah buang resdung dekat rawang. Aku tak tahu pun sama ada aku ada resdung ka apa sebab tak rasa sangat tanda2 resdung tu. Pastu kakak yang tukang buang resdung tu cakap la yang semua orang ada resdung cuma kuat atau tak ja. oooo...ye ke..then aku cuba la buat. Kakak ni dia mewarisi skill dari parents dia semua ubat family dia buat sendiri.Bukan macam yang selalu ada dekat kedai2 yang jual tu. Ni first time aku buang resdung. Alat2 yang dia guna adalah:

1) talam yang diisi air
2) batu herba yang family dia buat sendiri
3) tempurung yang ada lubang dekat mata tu
4) buluh panjang yang ada lubang cam straw
5) serbuk herba apa tah aku tak tahu
6) bongkah kayu kecik ja

      Mula2 dia bakar batu herba tu sampai warna merah.Pastu dia ambik bongkah kayu tu letak dalam talam yang berisi air tu. Then dia ambik batu herba tu letak atas bongkah kayu tu..Seterusnya, ambik tempurung dan telangkupkan batu herba. Ambik buluh panjang tu masukkan dekat lubang tempurung tu. Jadi asap dari batu herba tu akan keluar melalui buluh tu. Aku kena tarik nafas cam biasa, aku cuma kena hembus nafas melalui buluh tu. Mak aii..pedih hidung dan batuk aku..asap tu masuk hidung. Memang nak surrender dah masa tu cam nak nangis pon ada..tapi mak lang aku cakap "tahan sikit, nak bagi lega resdung tu"..aku pon bertahan la..Lama gak kut nak buat tu..then habis lega.Pastu kakak tu alihkan tempurung tu dari talam..MasyaAllah..terkejutnya aku..ulat kecik2 cam ulat sampah tu keluar melalui tepurung tu..Geli doo..pastu kakak tu boleh pi kira ulat tu..waaa..dengan bangganya aku berjaya menternak sebanyak 40 ekor ulat..hahaha..(scary and weird..errrkk)..Bayangkan la kalau orang yang jenis memang kuat resdung tu berapa ekorla diaorang ternak....mesti lagi hebat.

         Hari ini aku pi buang resdung lagi untuk kali ke 2 selepas 2 tahun. Sebab aku rasa gatal2 muka dan telinga dan selalu bersin. Kali ni lain plak cara dia. Kakak dekat butik kecantikan tu tanya nak buat melalui muka atau asap kat telinga tu..aku nak buat dekat muka. Dia tanya la nak pilih set mana. Tengok2 semua set...aku pilih la buat facial treatment + masker + asap dekat telinga..sebab kakak tu cakap better aku buat facial sekali sebab aku memang tak pernah buat facial..ok..( tapi rasanya dia nak promote dia nya service sebab tu cakap camtu..tapi aku fikir tak rugi pun kalau aku buat sebab aku memang tak pernah buat facial..takkan nak tunggu kawin baru nak buat..so aku pilih set ni bukan sebab termakan dengan kata2nya tapi sebab aku rasa berbaloi..hehe).

        Aku masukla bilik rawatan tu then baring dekat katil..no bad..hehe..aku rasa dekat sejam kut aku buat treatment ni.Mula2 dia cuci dan massage muka aku..waaa memang best..ntah berapa banyak jenis krim la dia letak..then dia letak timun dekat mata dan steam kan muka aku..aku dengar bunyi air boil..ish seram ja rasa..panas kut wap steam tu..memang tak tahan pun..pastu dah selesai steam, akak tu sapu krim lagi dan massage muka.. ulang lagi wap steam tu T_T. Seterusnya buat vakum, dia sedut benda2 kotor cam white head dan black head dekat muka. Sakit gak la..aku tengokla white head dekat botol vakum tu..banyak gak la..huhu.lastly sapu mask plak kat muka dan timun di mataku..sambil tu dia urut tangan dan badan aku..memang best la.Tapi yang gerunnya bila dia urut dekat leher.dah la urut kiri kanan leher, aku takut dia tekan lama2 nadi carotid aku lama2 boleh buat mati kut. memang dah seram dan naik bulu roma aku time tu.Nak cakap kang dia segan plak.Aku baru nak cakap dekat dia tak yah la urut dekat leher ni pastu dia dah urut kepala plak..fuuhh..lega.. pas 10 minit masker tadi pon dibuang dan dia cucila muka aku. Setel muka. Next buat asap dekat telinga dengan rokok resdung. Cam biasa dia bakar lilin tu then letak dekat telinga. Aku tengok la darah kotor dekat hujung lilin..patutla asyik gatal2 muka dan telinga ja aku rasa.Then aku pulang dengan senyuman..hehe



                                                     rokok resdung

    Jadi aku nasihatkan, kawan2 pi la try buang resdung kalau tak nak ternak ulat..haha..tak da la camtu..buang resdung untuk jaga kesihatan terutamanya dekat muka dan semua la. ni ada gambar yang aku jumpa..Ulat resdung tu dah sampai ke otak.. scaryyy...

 

Saturday, November 13, 2010

My Best Friend! I need u.

Salam..


       Hari ni masuk hari ke 5 aku duduk kat umah. Mmm..tak tahu nak buat apa dah. Keja umah semua dah buat. Tapi rasa bosan. Nak keja tapi cuti sekejap sangat. Aku ada seorang kawan baik..kitaorang memang rapat..aku suka kawan dengan dia..masa aku nak cuti dia dah kata "ha..nanti jangan merungut bosan dok umah"..haha..ye la kalau aku bosan dok umah dia la jadi mangsa aku nak lepaskan perasaan dan kawan untuk kuar..hari ini aku memang dah rasa tertekan..memang dah rasa bosan..aku bagitahu la kawan aku tu melalui sms, pastu dia kata "haha..kamu leh tahan 5 ari je..kena ambik angin luar juga ni..otak jem jap gi nanti semua benda tak kena"..haha..memang memahami aku la dia ni..Dia keja jauh so tak da masa la nak lepak2 dengan aku ni.


      Aku rasa dia la kawan terbaik antara kawan2 aku yang baik juga yang pernah aku jumpa. Dia happy go lucky, understanding, caring, peramah, suka buat lawak, rajin. pandai ambik hati orang tua dan sangat suka buat bisnes. Sampai aku sekali dia nak suruh buat bisnes..huh..Kami selalu kongsi masalah dan cerita sama2.. kalau dia tak da memang aku rasa sedih sebab cam hilang tempat bergantung..bukan bergantung dari segi nafkah ke apa, tapi dari segi teman disisi cam soulmate la..Kalau ada masalah apa2, aku mesti kena cite dekat dia then baru aku rasa lega..kalau tak cite mesti rasa berat ja hati.. Memang tak kering gusi bila dok sebelah dia sebab asyik buat lawak dan kadang2 cam kartun n budak2..kalau aku marah dan buat muka bengang, dia boleh gelak sebab tengok muka aku camtu...pastu aku pon tak jadi la nak marah dan terus gelak..sabo ja la..


       Tadi bila aku dah bosan sangat aku cakap dekat dia , "balikla..huhu"...dia kata tak leh sebab keja banyak.mmm..i need u..haha untuk mengisi kebosanan aku..haha...aku tulis entri ni bila rindukan best frend aku tu..semoga kamu suksess ye. cepat balik jumpa aku disini.. 

Sajak buatmu sahabat:


Sahabatku,
Aku perlukan kamu saat ini,
Untuk menemaniku setiap saat,

Temanku,
Tahukah kamu,
Kamu bertuah sebab bertemu denganku,
^_^,
Maka sekarang kita menjadi teman.

Pendampingku,
Sedarkah kau yang,
Kau menjadi telinga buatku,
Untuk mendengar rintihanku,
Untuk mendengar keluhanku,
Untuk mendengar gelak tawaku,
Kau memberi semangat padaku,
Kau sentiasa ada ketika aku kesusahan,

Wahai sahabatku,
Tahukah kamu,
Kamu penghibur jiwaku,
Kamu pengering air mataku,
Kamu pengukir senyumanku,
Tanpa kamu,
Aku tidak mungkin mempunyai seorang sahabat akrab,

Wahai peneman jiwa
Jangan kau menyesal kerna aku temanmu,
Kerna aku tidak mahu kehilanganmu,
Tanpa kau aku lemah,
Tanpa kau aku sunyi,
Tanpa kau hatiku semakin berat,

My Best Friend,
Thanks bcoz become my frend,
U are good frend that I ever have,
But now,
I need u,
T_T


                                                  



Friday, November 12, 2010

: Petua :

Salam again,

* Parut Jerawat
    Aku teringat satu soalan yang kawan aku tanya dulu, "Muni, cam na nak hilangkan parut jerawat? " aku jawab "janganla picit jerawat"..pastu dia cakap "masalahnya ni PARUT jerawat bukan jerawat"...
Mmm...betul jga kan..camna nak hilangkan parut jerawat ni..aku pun cakap tak tau jala takkan nak pandai2 bagi petua plak kan.

   Semalam, aku ada terbaca ruang info dalam majalah. Dia bagi petua nak hilangkan parut jerawat. Bahan2nya :
1) serbuk kayu manis (Cinnamomum verum)
2)bedak sejuk
3)sedikit air

So, campur semua bahan ni dan tempet/sapu dekat muka terutamanya masa nak tido.Amalkanla selalu.
                                   Kayu manis

        Bagi orang belum ada parut jerawat tu jaga2la.Ni aku nak bagi nasihat pasal jerawat. Pastikan kulit muka dan kulit kepala kita sentiasa bersih  dan tak berminyak.Kulit kepala berminyak juga akn menyebabkan jerawat akan muncul. So pastikan cuci kulit kepala tu betul jangan bagi ada sisa shampo tertinggal. Sisa ni la akan berkumpul dan buatkan liang pori2 kepala tu tersumbat. Cuci muka selalu. Tak semestinya kita kena guna pencuci muka. Guna air saja pon tak pa.kalau selalu sangat guna pencuci muka dalam sehari akan menyebabkan kulit muka kita kering.  Kalau jerawat memang dah ada rajin2 la cuci kepala dan muka. Jangan picit jerawat atau sentuh. Biarla jerawat tu nak membesar ka apa just ignore it. Lama2 dia akan kecut sendiri dan jadi semakin kecik. Time tu baru la boleh tarik dan buang jerawat yang kering tu. InsyaAllah nanti tak da parut sebab saya memang selalu buat dan alhamdulillah tak da parut.

* Menghilangkan Tahi Lalat

       Sesetengah orang ada tahi lalat mati atau yang hidup.Bagi yang mati tak da masalah. Kalau yang hidup tu la agak bermasalah bila tumbesarannya tak dapat dijangka..haha..Sebenarnya tahi lalat ni menambah seri diwajah. Bagi aku, orang yang ada tahi lalat ni manis dan sweet ja wajah dia.Tapi bagi tahi lalat yang semakin membesar tu mungkin tak menyenangkan bagi orang lain. Ni ada petua untuk hilangkan tahi lalat.Sebenarnya aku rasa petua ni agak scary dan mmm..Bahan2nya:

1)buah nanas/ limau purut yang dikisar

Then letakkan bahan yang dikisar tu pada tahi lalat 3 hari sekali. Amalkan selalu sampai tahi lalat tu jatuh atau mati sendiri.
                                    Limau purut


Nanas

*Memerahkan bibir

      Bagi mereka yang mempunyai bibir yang agak gelap atau hitam. Korang boleh cuba petua ni.
Ambik 3 helai daun sirih dan perah sampai keluar air warna merah.Then sapu air tu kat bibir pada waktu malam.InsyaAllah akan nmpk hasilnya.
                                    Daun sirih

*Mencantikkan bulu kening

        Tak semestinya kita kena cukur kening untuk mencantikkannya. So cuba petua ni.Kut2 menjadi ke kan. Ambik daun lidah buaya.Ramas sampai kuar lendir then sapu dekat kening pada setiap malam.
                                    Aloevera

Selamat mencuba petua2 ni nya.. ^_^


Oh Cuti..Oh Bila Di Rumah..

Salam..
 Arini ari ke 3 aku di rumah..not so bad..tapi agak blur tak tau nak buat apa..kat umah tak da sapa sangat just mak dan adik. Broadband pon tak da nak online dan tulis blog..huhu..tapi arini kak linda aku bali so cepat2 aku tanya dia mana broadband ahak..terus online..yahoo...^_^

Selama 3 ari dok umah ni aku buatla keja umah cam buat sarapan, lunch dan basuh kain..yang bes ya masak ja apa yang aku terasa nak makan.hehe.. Cam semalam aku tengok ja sotong yang aku beli..aku nak masak apa ya untuk lunch ni..then dapat idea..aku selongkar ja fridge tu tengok apa yang ada..orang cakap nak masak ni senang ja just campak2 dan no strict rule dan no right no false..yaaa that's right..aku setuju sangat..so aku pegang kata2 tu..then aku ambik cili besar, cili kecik, serai, halia,bawang besar, bawang putih dan air..aku blend ja..haha..then letak la asam keping, garam n gula..tak dilupakan jga sotong..setel siap 1 resipi..jadila sotong masak serai.. awesome..sedapla (betul tak tipu).. pastu aku masak sayur dan ikan goreng rempah kari (ni pon resipi yang reka sendiri sbb aku tak mau guna kunyit untuk goreng ikan,,sedap gak,,mak aku memang suka)...... cam arini aku buat popia untuk minum petang.. so crispy n_n. 

Bagus gak ni mengasah skill memasak time cuti ni.

Part 2!...Pemburuan Hillary Clinton Dan Ally Iskandar Di ISTAC !!

                                                                             Entrance


                                                                 Laluan ke main hall


tengah tunggu untuk diperiksa oleh "Men in Black" ahak..
   
Ruang sebelah main hall     























                                                                   



     




Classmates
                                      

Bye2...

Tuesday, November 2, 2010

Pemburuan Hillary Clinton Dan Ally Iskandar Di ISTAC !!


Salam..

     2 November 2010....
Aku memburu Hillary Clinton dan Ally Iskandar di ISTAC..hahaha.. (gelak jahat)..
Mesti yang tertanya2 sapa la mereka berduakan..
Hillary Clinton ialah secretary US yang datang buat kunjungan di Malaysia minggu ni. Dengan bangganya beliau telah memilih IIUM sebagai institusi yang beliau nak lawati.So, lokasi yang dipilih ialah cawangan IIUM iaitu ISTAC (Institute International Islamic Thought and Civilization).Lokasinya betul2 belakang stesen bas jalan duta.
Manakala Ally Iskandar ialah pengacara TV3 yang terkenal tu..hehe..teruja jumpa dia kat ISTAC.

       Kitaorang student UIA kuantan seramai 35 orang semuanya, bertolak ke ISTAC pukul 6pagi..ada student kos nursing, medik and dentistry. Perjalanan nak ke sana agak rushing sebab kami kena masuk dalam hall tu pkl 9.30 pagi. Sebenarnya Hillary Clinton akan datang pkl 12, tapi sebabkan macam2 safety guide yang diambil semua penonton kena datang 2 jam lebih awal. Kami sampai dekat ISTAC pukul 9 pagi..alhamdulillah..pastu jalanla ke pintu masuk.

        Then kitaorang kena beratur dekat luar tu untuk scan. Masuk ja kat tempat scanning tu, cuak gila rasa..serius..beremang bulu roma..tau tak sebab apa??? sebab ada FBI and secret service dri US..adoii..cam dalam movie betul..diaorang jaga dekat entrance. ada yang cm korea..orangnya putih, rambut hitam, mata sepet,badan tegap--->memang hensem..haha...then yang lain tu cam men in black..badan memang tegap, pakai coat, spek hitam, muka serius ja...----->memang mantap.. Lepas berjaya melepasi entrance tu, kitaorang kena register..nama2 kitaorang semua dah dihantar ke balai polis bukit aman. (What!!!!)..seterusnya kena pi bahagian scanning..polis banyak ja dekat situ.ni yang berdebar ni..barang2 kena letak atas meja, then kena jalan dekat tempat scanning..fuuuhhh..lepas..dia scan beg plak..kebetulan ada sorang girl ni beratur belakang aku untuk scan jga.bila polis scan beg dia..bunyi plak..tettt tettt tett..polis tu dh tanya aku  "ada apa dalam ni?" dengan tegas...hello!! this is not my beg ok!...haha..xda la aku jawap camtu..just jawap dalam hati..aku cakapla tu  bukan beg aku..budak girl tu yang punya..huh..polis tu cek la..bukan pistol pun,bukan pisau pon..just bateri..kwakwakwa..haha ^_^....buat kecoh boleh..then kitaorang masuk hall pukul 9.30 pagi dengan perut yang lapar.

      Then kitaorang tunggu la sampai Hillary Clinton tu datang.

     Sementara tunggu tu, kami ni tengok la orang2 disekeliling yang datang,,banyak NGO, menteri2 dan Gabenor negara.wartawan semua tu biasala..Tiba2 tasha cakap "tu Ally iskandar"..waahh..pertama kali aku menatapnya secara berhadapan..rupa2nya mukanya lagi comel dan tampan berbanding di TV..haha..teruja betul kut..setiap langkah Ally aku tangkap gambar,,haha..kawan2 lain dah kata aku fanatik gila dan gelak ja tengok gelagat aku..he2..Ally speaking sgt sedap..dia jadi host untuk event ni dan moderator bila penonton tanya soalan... dia pon dah perasan aku keja tangkap gambar dengan dia..pas event tu ingat nak pi tangkap gambar dengan dia tapi dia layan VIP dan aku dgn kwn2 pon segan juga..so hasrat terkubur.

      Tepat pukul 12pm..Hillary Clinton masuk hall...waaa memang punctual..good! dia masuk ja hall, semua orang bangun dan tepuk tangan..Then bermula la sesi dialog. Yang jadi host untuk atas stage ialah Rozi pak wan chik dan seorang lagi Tuan ni yang aku tak tahu nama dia..he2.Banyak isu yang dibahaskan adalah berkenaan wanita2 yang terlibat dalam politik, usaha2 US dalam membantu negara2 yg mengalami disaster dan juga beliau ckp Malaysia akan jadi one of the top leaders in future...itu saja aku dan kawan2 aku paham dari dialog tu..yang lain kami tak paham sebab semua orang speaking sangat pekat,kelat dan laju..haha..pedo dengar lama2 pon tak paham..haha..lawak betul..Sesi dialog habis dalam pkl 1.10pm..then majlis bersurai dan lunch..makan semua free dan kami dapat elaun makan RM10..hehe..cam pi berjalan2 ja dan timba ilmu serta pengalaman..lunch menu---> bihun goreng, sphageti, murtabak dan buah2an....Amazing!

     Kami betolak balik ke kuantan pukul 3..then sampai pukul 7.30pm..banyak pengalaman yang dapat arini..ni la hikmah yang dapat bila cuti seminggu tak balik umah..sapa2 yang tak pergi sangat la rugi..bcoz dpat pengalaman and just have to spend time without money..he2...yang penting dapat tgk Ally..hehe..

*Gambar akan diupload kemudian sbab tenet sgt slow*

Wasalam.