Monday, February 14, 2011

: La Tahzan :

Bismillahirrahmanirahim..

14 February 2011~ Hari dukacita

Keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya lagi dari demam dan selsema. Datang ke kelas. Pagi ini aku dah dapat rasa ada sesuatu yang tak enak dihati akan berlaku. Secara kebetulan aku tergerak hati untuk memakai jubah dan tudung hitam ..dalam hati aku terdetik "macam nak berkabung ja hari ini"..suara hati itu hanya dibiarkan hilang sebegitu sahaja tanpa mengabdikan petanda disebalik itu.

Seperti biasa, aku akan tanya pada dayah yang merangkap setiausaha untuk aku sempena FAMILY'S DAY sebarang update info. Malam sebelum itu, aku suruh dia tanya pada PM kami next meeting bila. PM maklumkan pada dia hold dulu sebab ada masalah besar. Tetapi dayah tak maklumkan pada aku. Sampaila ke saat pagi ini baru dia bagitahu yang sekarang ada masalah besar tapi dia tak tahu apa masalah itu. Jadi, aku terus sms dan tanya PM. dia hanya balas "ada masalah besar, just tunggu keputusan main board". Aku ni agak terpinga-pinga sebab tak tahu apa masalah sebenarnya sedangkan aku assistant dia. Aku tanya lagi, kemudian baru dia balas "sis... nak cancel family day ni".. subhanAllah..agak terkejut.setengah jam selepas tu aku pergi toilet then bila balik diaorang panggil kata ada meeting tergempar dengan main board. Resultnya "family day ditangguhkan nesxt semester"..dengan begitu mudah. Aku memang speechless dan sedih bila teringat semua orang yang dah buat preparation.

Hadiah dah dibalut, venue dah ditempah, banner dah siap dan macam2 lagi persediaan dah dibuat hanya cuma menanti hari ja.Persoalannya, kenapa DIA batalkan aktiviti ini selepas 2 minggu dah approve?Kenapa tak reject dari awal or seminggu selepas approve?

Sekarang aku akan listkan turutan crita usaha kami semua commitee dalam nak jayakan program ini.
*Pada mulanya "Sport Day" (nama sebenar untuk  program ni) diacadangkan.Open committe untuk program ini dijalankan. Kemudian, main board gabungkan dengan Grand camping.So, open committee tu kena bubarkan. Last minit Grand camping kena tangguhkan sebab ada masalah venue. Akhirnya Sport Day berdiri dengan sendirinya..Maka bermula la episod sedih dan duka ini :

*20hb @ 21hb January -meeting kali pertama diadakan untuk siapkan proposal
*23hb- semua orang korbankan masa untuk siapkan kerja sebab exam akan bermula 24hb
*24hb- mid term exam bermula, masa yang sama treasurer, aku, s/u dan PM edit proposal. 
*27hb-aku, s/u dan PM rushing ke JHC selepas exam untuk hantar proposal, pada mulanya reject tapi DIA suruh edit bajet lagi. Dan suruh tukar nama SPORT DAY jadi FAMILY DAY
*28hb-hantar 2nd edited proposal selepas last paper exam
*31hb- PM dapat call sari DIA dan kena edit beberapa lagi. Sedangkan kami tengah cuti dan ada kat rumah. S/u dan aku edit dan hantar email. Masa ni proposal dah APPROVED!
*7hb- bermulala kerja kami, meeting, tempah venue dan sebagainya
*11hb- s/u pergi jumpa dia untuk sahkan invitation letter. DIA siap edit lagi untuk staff fee
*14hb-finally, dia cancelkan program ni...dengan hujah2nya yang tak mampu untuk dilawan

   Masa ni terbayangkan muka2 committee yang dah buat keja bertungkus lumus. Semangat semua orang untuk datang main dan sebagainya. Hanya dimusnahkan sekelip mata dengan perkataan dari mulutNYA. Bila kita nak cakap DIA suruh dengar kita cakap, akhirnya kita tak bercakap pun. So, dimata dia student selalu salah..mmmm...
Aku memang sedih..memang hari berkabung. dalam keadaan yang berpuasa dan agak keletihan. Masa ni aku hanya berdoa "Ya Allah, kau gantilah perkara buruk ini dengan sesuatu yang lebih baik..amin"
Alhamdulillah..aku mendapat berita gembira yang ditunggu2..Syukur sangat2...amin.

Sekarang ini aku agak putus asa untuk uruskan next aktiviti yang aku ada tanggungjawab selepas benda ni jadi. Old Folks ke Dungun 16hb dan baksis 25hb -27hb..
Ya Allah permudahkanlah kerja kami.

Thursday, February 10, 2011

Cinta Ibarat Kentut

Salam...

        ~ C.I.N.T.A.~  I.B.A.R.A.T. ~ K.E.N.T.U.T~

Apa pandangan korang bila baca statement tu?.

Huraian mengenai KENTUT:
-berbentuk angin
-kadang2 baunya busuk hampir 98%, wanginya hanya 2%
-semua org katakan "tidak" pada kentut
-ada ke org yg suka bau kentut?

       Jadi kenapa akan ada orang mengklasifikasikan Cinta Yang Sepatutnya Indah Itu sebagai KENTUT?
Mungkin dia bertemu Cinta dengan Orang Yang SALAH
Mungkin dia tidak merasa Kenikmatan Cinta yang sepatutnya
Mungkin dia salah tafsirkan Sayang itu sebagai Cinta
Mungkin dia bercinta dengan jalan yang salah
Mungkin dia mempunyai kekasih yang suka kentut

     Kalau kamu bertemu cinta yang sememangnya ditakdirkan sebagai milikmu, maka kentut itu kamu akan rasa begitu indah
     Jika kamu ikhlas dan jujur dalam mencari cinta, maka kamu akan memiliki cinta yang seindah dan semerbak bunga mawar
     Andai hati kamu tergerak dengan perasaan kasih atau suka, maka perjelaskan perasaan itu dan bezakan antara sayang dan cinta agar kamu tidak terasalah langkah
     Maka, jangan biarkan Cinta hanya datang sebentar dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti menyakitkan hidung kita untuk memhidunya
     Dan jangan biarkan Cinta itu pergi dan hilang sperti angin yang datang sebentar untuk menyapa dirimu.
     Kalau Cinta yang sebentar itu amat menyakitkan kamu, maka lepaskanlah kerna Cinta yang kamu miliki itu memang diibaratkan sebagai  kentut
     Yang pasti, perjelaskan dalam hatimu Cinta bagaimanakah yang kamu inginkan
     Model Cinta yang paling indah dan wangi adalah Cinta Allah SWT pada umatnya.

ps: Jangan berlakon untuk menjadi seorang yang baik dan ikhlas dalam meraih hati seseorang,apabila hajatmu tidak tercapai maka hilanglah segala kebaikkan kamu padanya. Tidakkah itu namanya hipokrit. Maka, jadilah dirimu yang sebenar, biarkan mereka terpaut dengan dirimu yang bersahaja itu tanpa plastik atau lapisan yang menutupi segala cela. Kerna lambat laun pasangan kamu itu akan kenal juga siapa diri kamu yang sebenar. Jadi bak kata pepatah yang " semasa bercinta kentut pun wangi, lepas kawin kentut semua jadi busuk" ini tidak menjadi amalan kita. Tunjukkan dirimu yang sebenar!
      



Saturday, February 5, 2011

Rawatan Resdung

Saya dah dapat alamat rawatan traditional resdung. So, siapa2 yang nak cuba boleh msg kat inbox saya di facebook or email murni_nus89@yahoo.com..... Tq

Friday, February 4, 2011

Periuk Oren!

Salam

Kerana terlalu taksub kepada warna oren..aku telah berjaya membeli periuk warna oren untuk hadiah pengantin..haha..sangatla awesome! Yess! ^_^

Wednesday, February 2, 2011

Resdung Part 2

Salam...

          Alhamdulilah.. ramai yang tertarik dengan entri blog saya "Resdung & Sinusitis". Setelah putus asa dengan rawatan moden yang tak menjadi, maka ramai yang beralih kepada rawatan traditioal. Bukanlah untuk promosi atau apa, tapi saya mengaku yang rawatan traditional yang saya buat tu memang berkesan dan puas hati. Sekali rawatan charge dikenakan RM20 (harga mungkin tetap or berubah dah sekarang"). Kalau resdung korang teruk, kakak tu  akan nasihatkan buat rawatan tu 3 kali berturut. Resdung saya tak teruk sangat, so buat sekali ja.

          Ramai yang tanya saya dimana tempat rawatan resdung tu.Tempat rawatan traditional tu dekat rawang area flat tun teja. Saya tak dapat lagi exact address dan contact number. Nanti bila dah dapat saya akan post dekat blog saya ni k.


Rimas + Lemas = Serabut

Salam..

 Facebook menyebabkan kes penceraian meningkat
Facebook menyebabkan episode cinta oleh si penipu berkuasa
      
          Antara perkara negatif yang aku dengar pasal FB. Mula2 tu hanya dengar ikut telinga kiri keluar telinga kanan, hanya singgah ke otak buat beberapa saat ja. Tapi sekarang benda tu betul2 stop dan bermaustatin di otak aku. Mana tak nya, ada seorang rakan aku dah kena tipu oleh suami orang yang menyamar menjadi bujang (jadi bujang balik baru tau atau nama lain duda). Aku pula jenis accept ja friend request kat FB tu, kebetulan laki yang berlagak bujang tu add.Aku accept ja. Then kawan girl aku ni tanya la ada tak laki sekian2 dan perempuan sekian2 add..Aku cek balik ada.Dushh! Then dia citela..ooo..laki tu rupanya. Tapi kenapa wife dia pun add aku juga.So kami rasa laki tu gunakan FB bini dia. Semalam bini dia ada tegur aku dekat chat. Aku hanya akan balas chat orang jika dia perempuan or aku kenal. So, lelaki2 yang chat dan aku tak balas, maaf ye saya bukan jenis perempuan yang suka melayan lelaki tanpa tahu latar belakang. Kecuali hal penting is okey!  Petang tadi, laki tu tegur di chat tapi aku tak balas.Aku rasa geram plak. Dah kawin buatla cara kawin. Tak kesian ke kat isteri dan anak2..Malu la sikit..

       Keduanya, ramai orang bercinta melalui FB. Kalau korang jumpa pasangan yang benar2 jujur..alhamdulilah.Kalau yang sebalikya macam mana?nauzubillah. Berwaspadala..FB ni ada kebaikannya jika kita gunakan cara yang betul

     Yang buat aku rimas sekarang, ramai plak yang tegur aku dekat chatting box. Padahal tak kenal pun. Nak appear offline nanti susah plak nak guna utk chatt orang2 yang penting ..al maklum la benda free dan sebagai alat komunikasi.. So maaflah, kalau kamu tegur aku dekat chatting box seribu kali pun tapi aku tak balas. Anggapla saya sangat busy ketika itu..hehe.. tapi memang pun. Kalau orang yang aku kenal pun kalau tegur dekat chatt aku tak balas juga kalau tengah busy. FB memang on tapi aku tak da dekat line pun sebab aku biar ja laptop terbuka dekat meja study.

      Pesanan: jangan mudah tertipu orang2 di FB. cukupla sekadar untuk berhubung dengan sahabat lama dan family. ^_^