Sunday, October 31, 2010

Gelak Ketawa


 Salam.....
         Arini 31 oktober 2010....ari ketawa dan bahagia..semua mesti terfikir apa yang bahagia sangat.Al-kisahnya, aku dengan roomate2 kesayanganku mek sha dan mek intan dah bosan betul dok dalam bilik.Kitaorang tak tahu dah nak buat apa so decide nak kuar jalan2..ajak la shafikah sekali...tapi tak plan pun nak pi mana.Kitaorang carila keta, last2 dapat keta dari seorang sahabat ni..dia bagi pinjam..fuuhhh lega..akhirnya dapat kuar untuk hepikan hati yang gundah gulana dan otak yang serabut merabut..haha..then kitaorang decide nak pi makan dulu dekat ECM.Sepanjang perjalanan tu okey ja tak da masalah..tiba-tiba, bila tiba ja depan ECM dekat main entrance kat parking tu ...jeng2...keta yang kami naik tu terbatuk2...pas terbatuk tu terus mati...waaaaaaaaaaaaa...dah restart tapi tak hidup..benda pertama yang keluar dekat minda aku ..ting! "kena tolak keta lagi"..ohhh tidakk..sebelum ni pon pernah tolak keta yang mati gara2 tak dak minyak depan terminal. ^_^

     Dengan rasa bangganya dan tanpa malu,aku,sha dan mek kah tolak keta..tapi cam tak bergerak ja. Kebetulan ada uncle cina ni kat situ, dia pon tolong tolak keta.  haha..kuasa 3 perempuan tolak kereta < kuasa uncle tu tolak kereta.. kuat kut dia tolak keta..then terdamparla kereta yang comel itu ditepi jalan betul2 berhadapan entrance ECM...haha...cam 1 penghargaan.Then, mek intan dok try la start keta banyak kali tapi tak leh gak..tanpa ada pilihan..kenala call tuan punya kereta..Tuan punya kereta tu tergelak n suka ja bila dengar aku dengan kawan2 tolak keta tepi jalan..sabo ja la..haha ^_^..Kebetulan hujan,so kitaorang masuk ECM dulu sementara tunggu tuan kereta comel tu datang.Kitaorang pi la makan n shopping..hati aku dah tak tenang sangat time tu bila dok fikir pasal kereta tu..Sebab cam menyusahkan tuan dia plak..huhu..maaf bukan niatku..

           Masa teman kwn2 aku ni shopping, aku fikirla camna nak buat dgn kereta ni..Then aku call la adik laki aku,amin.Dia tu pakar sikit bab ni sebab dia selalu repair keta abah bila rosak..dia kata maybe batery..mmm..ok...then call abah plak..abah bagila instruction suh masuk gear 2 then tolak n start..ok..then call kak ju (kakak sulung aku)..dia kata bateri kut..then tunang dia suruh tekan hon bunyi ke tak dan cek temperature..masalahnya aku dalam mall,kereta kat luar, nak tekan hon camna???adoii..hahaha....kak ju kata "habis tinggal keta camtu ja ka yang masuk mall ni?"...ha la..haha...lawakla..tak lama kemudian tuan kereta dah datang. Dia pun blur tak tahu nak buat apa...haha..lagi la aku nak tergelak.Then kitaorang menuju ke kereta yang comel tu...Dia cek la kat enjin semua ( tahu ke tak dia ni ke buat2 tahu...hahaha)..then kitaorang decide nak tolak keta...aku,shafikah n kwn tuan keta tu pun tolak la..adoi lawak dan malu masa ni...yang tuan keta tu terbahak2 gelak dalam keta tengok kami tolak keta..amboi2...cubaan kali pertama tak berjaya..cubaan kali ke2 akhirnya berjaya..kereta tu berjaya hidup...fuuuhhhh alhamdulillah...lega...kuat betul kawan tuan kereta tu tolak kereta sampai cam nak tendang kereta tu pun ada..haha

          Then kitaorang pun pandu la balik kereta tu..dalam kereta, aku,sha,mek kah dan mek intan dok keja gelak ja..mmm..nak cari kegembiraan la sangat arini..kami balik dalam pukul 6 petang..Tak cukup lagi tu..haha..malam tu kami keluar lagi..pas solat isyak kami kuar p mydin..budak2 ni nak beli barang sikit. Next destinasi ialah Teluk Cempedak..peewwiiitt...nyaman..terkena angin pantai bersepui-sepui bahasa weeehhh..
Kitaorang jalan2..Pastu mek kah (shafikah) dok kata lapar2 nak makan..aku yang tak terasa lapar ni pun terikut nak makan. Then kitaorang pi beli KFC dan makan kat atas pasir..waaa...best2...pas makan2 dan sembang2,kami pun bertolak balik..balik dengan keadaan yang letih tapi hati gembira dan terhibur. Ni la alkisah untuk arini..esok lusa tak tahu lagi aktiviti apa yang nak buat untuk mengisi masa lapang dekat kuantan ni sementara menunggu exam OSPE....Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih dan taniah kepada semua kawan2 yang terlibat secara langsung dan tidak angsung dalam memori aku arini..he2

Wasalam.

Saturday, October 30, 2010

Wahai Ayahanda Wahai Bonda

        Saat ni ramai sahabat-sahabatku yang sedang bersarapan dengan family, bergelak tawa bersama2 dan dapat menatap wajah mak ayah kan..al maklum la gap exam seminggu..so ramai yang pakat2 balik.best best.. Sedihnya bagi aku..tak dapat balik atas beberapa faktor.Kali ni aku bukan nak bercoloteh faktor2 yang menyebabkan aku tak balik..tapi nak bercakap mengenai ibu dan ayah kita.

       Bagi sahabat2 yang masih ada ibu dan ayah hargai la mereka  selagi kamu boleh menatap wajah mereka, selagi kamu boleh mendengar suara mereka,selagi kamu boleh melihat mereka sebelum dan selepas bangun dari lena dan selagi kamu boleh memegang tangan mereka. Banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk melahirkan kita,untuk membesarkan kita dan melihat kita mendapat kejayaan.Kalau nak dihintungkan segala jasa mereka, tak terhintung dan tak cukup buku untuk kita senaraikan.


      Ada sesetengah sahabat akan berkata
* "ko tak pa la ada mak ayah yang kaya"
* " Mak ayah ko baik la..selalu datang tengok ko dekat sini walaupun jauh"
* "Hebatla mak dengan ayah ko,kerja pangkat tinggi tu"
* "bersyukurla ko dapat mak ayah yang bagi duit kat ko selalu,jaga makan minum"
* "mak ayah aku tak baik cam mak ayah ko,mak ayah aku apa pun tak leh harap"


Tu la serba sedikit kata-kata yang pernah aku dengar dan pernah terlintas dalam hati aku..Astagfirullahalazim..
Siapa kita untuk mengadili mereka,siapa kita untuk mengata mereka jahat, siapa kita untuk menghukum mereka..Mulia sangatkah kita?dah cukup solehah dan soleh sangat ke kita sebagai anak?tepuk dada tanyala hati kamu semua bukan minda kamu.Kerna hati mempunyai suara hati yang fitrah berbanding dengan minda kita yang boleh berubah mengikut masa, tempat dan zaman.


      Biarpun kita mempunyai mak dan ayah yang tidak sehebat orang lain, tidak sekaya ahli jutawan dan tidak semulia malaikat...tetapi bersyukurlah kerna Allah masih lagi memberi peluang kita untuk bibir kita memanggil "mak" "ayah" "ibu" "abah" "ummi" "abi" "mama" "papa"...Tahukah bertapa gembiranya ibubapa kita bila anak yang mereka lahirkan sudah boleh memanggil mereka "mak" "ayah" pada usia berapa tahun walaupun dengan bahasa pelat budak kecil. Jiwa mereka seperti diawangan saat itu. Ada mereka beritahu kamu perasaan mereka saat itu? Mereka tidak meminta supaya kita merasa kemiskinan, mereka tidak meminta untuk menjadi ibu bapa yang tidak berguna untuk kita. Anggaplah ini semua ujian daripada Allah untuk kita.Pasti ada kemanisan. Sekurang-kurangnya kita masih boleh menatap wajah dan memanggil mereka..bagi anak-anak yatim piatu..yang tidak tahu siapa ibunya siapa ayahnya..suara hati mereka tertanya2 biarpun mereka tidak menzahirkannya.


    Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai ibubapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sepatutnya..bersabarlah anda..jangan menghukum mereka..biar Allah yang menghukum mereka tapi bukan kita.Siapa pun mereka, kita masih lagi memikul amanah sebagai seorang anak. Penuhilah tanggungjawab kamu sebagai anak..Berilah nafkah kepada mereka, berilah tempat berteduh untuk mereka, jangan biarkan mulut mereka tidak menjamah makanan dan jangan biarkan hati mereka menangis disebabkan kita..Jadilah anak-anak yang soleh..Sesungguhnya anatara amalan yang tak terputus apabila seseorang meninggal dunia adalah doa anak-anak yang soleh. Kalau kita tidak menjadi anak yang soleh,maka siapa lagi yang akan mendoakan mereka?...Ada orang akan berkata "dia tak jalankan tanggungjawab dia pon,kalau aku buat baik dengan dia apa yang aku dapat,haram"..Wahai sahabat..Biarlah kita tidak mendapat kemanisan daripada mereka..percayalah anak-anak kita nanti akan membalas jasa kita yang telah kita lakukan untuk ibu bapa kita dengan kemanisan madu..


      Jauh disudut hati mereka, mereka ingin beri kemewahan kepada kita, mereka mahu meluangkan masa yang banyak dengan kita daripada kerja, mereka mahu sentiasa dekat dengan kita, mereka mahu bergelak tawa dengan kita..tapi pasti ada yang menghalang bukan..


     Pada aku, setiap pagi hari raya aidilfitri sejak aku berumur 16 tahun tidak sebahagia seperti hari raya yang sebelumnya. Kerana, mak dan abah aku bercerai pada hari raya pertama.Sungguh hebat ujian pada usia tu.Hanya Allah yang tahu..tetapi aku tak pernah salahkan mak dan abah atas yang berlaku, aku tak salahkan mereka bila setiap pagi raya aku tak rasa gembira seperti dulu,aku tak salahkan mereka bila setiap malam raya aku menangis bila teringat ujian daripada Allah itu.Kalau dulu aku sering menagis dalam kesedihan..sekarang aku sudah boleh menangis dengan sedikit kebahagiaan dengan ujian ini.(saat menaip entri ini air mata aku dah mengalir ditambah pula dengan lagu sedih berkumandang di radio.. T_T). 
Biarpun mak dan abah aku hidup dengan jarak,,aku tak kan biarkan hati aku ada jarak antara mereka..akan aku jalankan tanggungjawap aku sebagai anak kelak biarpun aku anak perempuan.. Mak Abah..muni akan jaga mak dengan abah..tu janji muni.T_T...

       Sekarang aku sudah merasai kemanisan ujian ini..Sesungguhnya hati aku lebih tabah dan kuat ketika diuji,kasih sayang untuk mak,abah,kakak2 dan adik2 aku lebih kuat dan kami adik beradik sudah pandai berdikari menjaga diri sendiri. Inilah yang membuatkan kami matang dari usia..hehehe.. Kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita sudah kehilangannya..Aku bersyukur kerana dengan ujian ini aku lebih menghargai mak dan abah aku bila Allah hanya hilangkan mereka dari segi  perpisahan saja.


     Wahai sahabat...lakukanlah tanggungjawab kamu semua sebagai anak.Biarlah kesedihan dan air mata yang mereka berikan pada kita..balaslah dengan kebahagiaan dan gelak tawa pada mereka.nescaya hati kamu kan tenang dan bahagia dengan ujian itu . Percayalah..semua ibubapa ingin anaknya berjaya, ingin memberi kemewahan kpd kita dan sebagainya tetapi mereka tidak mampu..Bagi sahabat yang sudah mempunya ibu bapa yang bahagia..maka bersyukurlah..sesungguhnya itulah yang diidamkan oleh semua insan yang bernama anak

    Tidak banyak aku ingin mencoret untuk topik ini.Ini hanya sekadar pedoman untuk diri sendiri dan orang2 disekeliling..Wasalam.


Wahai ayahanda,
Wahai bonda,
Tenangkah kamu saat ini?
Bahagiakah kamu saat ini?
Bersyukurkah kamu saat ini?
Menyesalkah kamu saat ini?
Punyai anak sepertiku..

Wahai Ayahanda,
Tahukah kamu,
Kamu kekuatanku sebenarnya,
Aku perlukan kamu,
Untuk memimpin tanganku,
Untuk mengajarku antara hak dan batil,
Antara kejahatan dan kebaikkan,
Antara emas dan permata,
Antara kasih dan benci.

Wahai ayahanda,
aku rindukan suaramu,
aku rindukan teguran darimu,
aku rindukan sentuhan seorang ayah,
aku rindukan senda tawamu,
aku rindukan jenakamu,
aku rindukan masakanmu
aku teringatkan wajahmu.

Wahai Bonda,
Aku terpegun melihat ketabahanmu,
Aku terharu melihat kecekalanmu,
Aku sayu saat kau memejam mata keletihan,
Saat kau mengharungi ujian ini,
Saat kau membesarkan ku,
Saat kau membalas semua kepahitan dengan senyumanmu.
 
Wahai Bonda,
Aku ingin kamu tahu,
Aku bahagia menjadi anakmu,
Kerna,
Kau idolaku,
Kecekalanmu menjadi inspirasiku
Kebahagiaanmu menjadi ketenanganku,
Senyumanmu mengganti kesedihanmu,

Wahai Ayahanda dan Bonda,
Siapa pun kamu,
Aku tetap bersyukur biarpun dalam ujian,
Aku tetap bahagia biarpun dalam tangisan,
Aku tetap bersamamu biarpun dalam kejauhan,
Aku tetap menyatakan kamulah yang terbaik.

Wahai Ayahanda dan Bonda,
Aku kasih dan cintakanmu


 
                                       

Friday, October 29, 2010

: SI KECIL YANG TABAH:

         Hati ini tiba-tiba teringat akan seorang budak kecil lelaki yang aku jaga ketika di Day Care Ward, Hospital temerloh. Nama dia Hakimi tapi just panggil dia kimi. Pertama kali nampak dia waktu hari pertama aku posting dekat ward tu. Dia datang dengan muka senyum manis ja.Dalam hati aku cakap "comel ye budak ni". Day care ward tu selalu ya banyak case thalassemia major yang datang untuk blood transfusion. Kimi akan datang setiap bulan untuk buat blood transfuse. Ni kali pertama aku jaga budak2 dekat ward. Aku terpikir mesti agak mencabar sebab nak layan kerenah budak2. Sebenarnya senang ja nak jaga pesakit kanak2 berbanding orang tua..Ni pendapat aku.

          Aku pun pergi tegur kimi."adik nama apa?.. "Mohd Hakimi", dia jawap. "kimi darjah berapa? aku tanya lagi. "Darjah 3". Then aku borak2 dgn dia.Kimi sangat peramah, dgn budak2 lain pun dia tegur. Tak lama lepas tu staff nus panggil kimi untuk masuk dlm treatment room utk masukkan jarum branula. Aku iring la kimi ke bilik tu. Dia jalan sambil dengan muka yang senyum. Riang ja kimi ni..suka sangat dgn dia.. ^_^. Staff nus dlm bilik tu pun berborak2 dgn dia utk hilangkan gemuruh dia. Bila staff nus nak cucuk jarum branula tu, kimi melafazkan kalimat Allah walaupun jarum tu belum masuk lagi. SubhanAllah..sayunya hati aku melihat dia.."Bismillahirahmanirrahim..Allahuakhbar!"..berkumandang dibibir kimi..
Malangnya jarum tu tak dapat masuk lagi sebab ada block. Sampai tiga kali staff nus cuba. Kimi yang tak menangis pada mulanya, terus menitis air mata menahan kesakitan. Air mata aku dah bergelinang..kesian kamu kimi..bisik hatiku..
"Kimi jgn nangis, kimi kan laki..kimi kena kuat"..dia pon menahan air mata teresak2.Alhamdulillah..jarum dh masuk.Aku pun bawa kimi ke katil.Dia terus baring dan diam. Pda mulanya dia sangat aktif, skrg dh jadi pasif. Aku terus pergi ke belakang ward dan menangis. Kesian dia. Dah diuji oleh Allah pda usia yg muda lagi.."Ya Allah berilah kekuatan padanya".

Selepas 2 jam, aku bagi coklat dekat dia just nak buat dia senyum balik.Dia suka ja pastu dia aktif balik..jalan2 satu ward sambil bawa drip stand yg gantung darah tu..haha..comel ja dia. Then dia bagi kupon KFC dekat aku,kwn2 dan staff nus..he2..Kimi pun balik selepas selesai blood transfuse. Aku dimaklumkan oleh staff nus esok kimi kena datang lgi utk masukkn 1 pack darah lag. aku pesan dekat kimi, "kimi esok dtg awal pagi sikit, nanti leh balik awal" dia cakap "tak nak la kak, nak datang petang, sebab tak yah pergi mengaji petang tu.hehe "..sambil muka tersenyum..haha..nakal jga budak ni.

          Keesokkannya, pkl 8.30 pagi dia dh dtg..awal ye buda ni..aku pun tegur dia, "Kimi, awalnya"..dia balas, "Dah akak suruh dtg awal semalam"haha..kena balik aku.. then terus bawa dia ke treatment room utk masukkan branula.Sebelum tu aku pesan dekat kimi.."kimi, arini tak nak nangis ye,,kena senyum ja tau,,walaupun saakit"..aku pun buat peace dekat dia..kimi balas "ok kak,peace"dia buat dgn jari n senyum..he2..comel.Malangnya peristiwa semalam jadi lgi,kali ni 4 kali staff nus cuba masukkan baru brjaya. Kimi hanya menitis air mata,meraung sakit dan senyum bila aku suruh dia senyum..tabahnya dia T_T

         Aku pun duduk dan fikir sejenak, kesian anak2 thalassemia ni..drpd kecik dh kenal jarum dan jadikan hospital sbg rumah ke 2. Kalau dia tahu yg penyakit ni dtgnya drp mak ayah yang thalassemia pembawa, dia akan mrh dan salahkan mereka ke?Then kimi balik..aku pesan dekat dia "kimi hati2 dan jgn nakal2 sgt nanti penat".."ok"dia jwp dgn muka senyum dan lambaikan tangan.Tu la kali terakhir jumpa kimi..Allah berikan 1 gambaran yg besar dihadapan mataku..si kecil yg tabah..SubhanAllah...

Wahai Si Kecil,
Aku terpegun dengan kekuatanmu,
Aku terpaku melihat ketabahanmu,
Aku menangis ketika air matamu mengalir,
Aku hanya mampu memegang tanganmu disaat kau meraung meminta simpati,
Aku hanya mampu membalas kesedihanmu dengan senyumanku,

Bukan kerna aku tidak simpati,
Bukan kerna aku tiada hati,
Kerna aku kasih aku membalas air matamu dengan senyumanku,
Kerna aku simpati aku menahan air mataku dari menitis,
Agar kau lebih tabah wahai Si Kecil.

Wahai Si Kecil,
Jangan biarkan bibirmu kering dari kalimat Allah,
Jangan biarkan hatimu ketandusan tanpa kehadiran Allah,
Beruntunglah kamu,
Kerna Allah sayangkan kamu,
Maka kamu telah menjadi insan terpilih bagiNya.

Akanku selalu mendoakanmu,
Biarpun dipisahkan dengan jarak,
Biarpun mata tidak bertemu,
Biarpun suaramu tidak kudengari,
Namun,
Hatiku selalu mengingatimu,
Kerna kau mengajar aku erti ketabahan,
Tabahlah wahai Si Kecil,
Keindahan ujian ini akan kau rasa diakhirat kelak.



Tuesday, October 26, 2010

: Dikala Hati Sedang Diuji :


Hati
Kau tersangat  istimewa,
Kau hadir dalam setiap diri yg brnama insan,
Kau tidak muncul secara zahir,
Namun,kehadiranmu dapatku rasa, 
Kau mewarnai diri ini dengan pelbagai perasaan,
Hebatnya kau hati.

Terima kasih hati,
Kerna,
                               Dengan hati timbulnya kasih
Dengan hati terbitnya rindu,
Dengan hati datangnya cinta,
Dengan hati terukirnya kegembiraan.

Namun Hati,
Kerna kau,
Dendam disimpan,
Kerna kau,
Benci menular,
Kerna kau,
Kesedihan menyelubungiku,


Hati,
Kau mempengaruhi hidupku,
Hitam kau,jahatlah aku,
Bersih kau, mulialah aku

Dikala Kau sedang diuji,
Diriku perlu berwaspada,
Kerna,
Lentok lidahku akan mengikut rentakmu,
Pergerakkanku mengikut arahanmu,

Maka,
Disinilah temanmu diperlukan iaitu minda,
Minda diibaratkan penapis segala arahanmu,
Jika minda diaplikasi sepenuhnya,
Kau hati akan jdi tenang disaat diuji
Kezahiranmu tidak akan mencemari diriku.


Takkan ku salahkanmu atas kekuranganmu,
Akan ku ucapkan terima kasih atas kelebihanmu.
Takkan ku benci atas kealpaanmu,
Akan ku kenang atas kesetiaanmu menemaniku.


By Puanmu Cahaya

The Only Permanent Thing in The Universe is "Change"

"The way to success"

      Kita boleh berjaya jika kita buat perubahan.
Setiap manusia mahukan perubahan. Tapi kita tahukah apa maksud sebenar perubahan itu?
Perubahan dimanifestasikan sbg perubahan drpd satu keadaan yg stabil kpd satu pola atau keadaan yg lebih baik dan stabil. Maka, jika seseorg itu berubah kpd keadaan yg lebih baik brbanding keadaannya skrg, maknanya dia telah melakukan perubahan pada dirinya..Alhamdulillah..
Tetapi, pda org yg melakukan perubahan kpd keadaan lebih teruk bagaimana pula?SubhanAllah... 

      Untuk  melakukan perubahan bukanlah senang..
Ia bukan diibaratkan sprti menukar pakaian, atau menukar lampin baby.
Perubahan memerlukan niat dan azam yg kuat. Ini kerana kita mahu melakukan perubahan
dari segi fizikal, mental dan rohani.Untuk merealisasikan perubahan itu, kita memerlukan 
pembimbing, suasana dan langkah. Tanpa pembimbing yg betul kita mungkin akn terpesong. Tanpa suasana yg sesuai, kita mungkin akan cepat putus asa. Tanpa langkah/method yg effektif, kita mungkin hanya menggambarkan "perubahan" itu dalam alam maya atau mimpi.

3 langkah utk melakukan perubahan..
* 1* Unfreezing/mencairkan
        Apa yg hendak kita cairkan?
        Kita perlu fikikan perkara2 yg menghalang kita brjaya atau berubah.Sbg contoh, kita kuat tido.Kalau 
        dpt cuti semester, kita akan habiskan masa dekat umah utk "qadha" tido.Berbaloi ke kita habiskan cuti 
        camtu?Tepuk dada tanya mata, puas ke pejam lama... 

*2* Changing/perubahan
       Selepas dpt tahu apa yg menghalang kita drpd brjya..so mulakan langkah utk berubah..Sbg contoh
       kalau kita selalu tangguh kerja assignment smpai brtimbun,sbgai perubahan jgn tangguh kerja.Ingat, org 
       brjaya adalah org yg sgt menghargai masa!
*3* Refreezing/menyatukan/memantapkan 
       Teruskan usaha utk melakukan perubahan. Yg penting sekali jgn lupa utk berdoa pda Allah supaya memudahkn perubahan kita ini. Sbg contoh, kalau kita ingin melakukan perubahan dri segi pelajaran, sya nasihatkn bykkan la brsedekah kita hendak exam (brterusan lgi bagus).Kerana,org yg menerima sedekah itu akan mendoakn kita kembali. ingatlah bahawa "Allah akn membantu hamba2Nya jika mereka sering membantu umat yg lain" dan "Allah akan meringankan beban hambaNya, jika dia meringankan beban hamba yg lain". Tetapi ingat pastikan kita niat ikhlas dan kerana Allah. 



  Ya Allah,
Aku inginkan perubahan dalam hidupku,
Aku ingin kuar dari dunia hidupku kini,
Aku ingin seperti umatMu yg lain,
Yg wajahnya diserikn cahayaMu,
Yg akhlaknya dicantikkan peganganMu,
Yg pertuturanya dihiasi dgn namaMu,
Layakkah aku Ya Allah?
Aku mohon usahaku dipermudahkan.
Amin.




: Akhirnya :

Akhirnya..
Alhamdulillah..tercapai juga hasrat aku nak buat blog..
Sebenarnya dari 2 tahun lepas hati ni berhasrat nak buat blog.
Tetapi ia tak dapat di jadikan sbg realiti atas beberapa sebab..
Antaranya..
1) Tak tahu nak buat macam mana
2)Tak sempat dgn masa
3) Hanya suka baca blog kwn2..

Hati ni suka menulis..tapi hasilnya tak da sehebat penulis2 yg beriktiraf..
Tetapi sekurang2 nya, aku hargai dan sedar salah 1 anugerah dan nikmat
yg Allah bagi ni..
Bagi kwn2 yg pernah menerima hasil2 tulisan aku,
diaorg akan ckp..
"sgt puitis"
"pandai brmain dgn kata2"
"sedap n sejuk hati bila baca ayat ni"
lebih kurangla..
haha..terima kasihnya kwn2 yg bgi komen..
harap2 ikhlas n betul la..xda la aku rasa cm angkat bakul sendiri..
So,harap2 aku akan dpt kongsi apa2 dgn org lain dgn ada nya blog ni..^_^