Thursday, December 9, 2010

"suster..tolong saya suster..tolong saya ya"

Salam..

   "suster..tolong saya suster..tolong saya ya".... bukan aku naik pangkat jadi sister dan bukan juga aku salah eja "sister" jadi "suster"...hehe..ni la seorang patient lelaki  aku yang dari indonesia..dia dok ulang statement tu ja kat aku..

    Nama dia Zack (bukan nama sebenar), berusia 35 tahun, diagnosis : snack bite at left leg dan admitted dekat Wad Kenanga 6 (Orthopedic Female)..Wad Ortho male dh penuh so terpaksa patient lelaki masuk wad K6 ni. Masa dia masuk wad K6 tu aku memang tak jaga dia pun. Aku perasan kewujudan dia pon masa pass report hari kedua last aku posting. Pastu aku hanya ke bilik dia bila faris classmate aku nak buat dressing dekat kaki dia.. teruk juga la luka dia sampai doktor kena hiris kulit dan isi tersembur keluar.Ni la first time aku tengok orang kena patuk ular teruk camtu..zack ni pun tak cakap banyak..dia selalu angguk dan geleng kepala.. Staff nus cakap dia ada masalah language barrier..mmm..so no wonder la dia just angguk angguk geleng geleng..haha..dah jadi lagu ..

     Hari last aku aritu ari jumaat..aku nampak la kak naemah tengah kalut2..dia kata zack tu nak bowel open (BO) or bahasa mudah nak buang air besar.Tapi bedpant (bekas untuk berak atas katil) tu tak da hilang mana ntah..zack ni kaki dia berbalut sampai ke paha dan sakit bila nak jalan. Aku dengan kak naemah angkatla dia slow2 nak bawa dia pi toilet dalam bilik tu juga. Tapi toilet tu kecik susah dia nak bangun dan sebagainya..Pastu aku tolak dia ke toilet yang besar dekat dengan kaunter. Toilet tu besar sampai nak tolak patient sekali dengan katil pun boleh. Aku dgn kak naemah angkat la dia bagi dia duduk atas mangkuk tandas..masa ni dia banyak kali ulang statement ni "suster..tolong saya suster..tolong saya ya".. yeeee..saya tolong...hehe..pastu kami ajarla dia nanti dah habis tekan loceng kat sebelah dia tu..nanti siren bunyi la kat luar..kami pun tunggula dekat luar. Kwn2 laki aku balik awal ari jumaat tu sebab nak solat jumaat. Kalau tak boleh ja suruh diaorang.mudah sikit.. Pastu tiba2 siren bunyi..kuat plak tu..aku bukalah pintu toilet tu ingatkan dia dah sudah.dia pun terkejut bila nampak aku..kelam kabut la dia kain ke mana apa kemana..aku pun tutup la balik pintu..aku suruh kak naemah masuk sebab aku dah trauma..haha..kak naemah tanya dia kenapa?dia tanya "suster, mana air sus"..haha..air ada ja kat sebelah dia tu..pastu siren tu dah berbunyi bising..staff nus suruh kitaorang tutup..camna nak tutup loceng tu ada kat sebelah zack dan dia tengah BO..haha..semua orang gelak..kak naemah pun masuk la tapi jalan undur ke belakang sebab tak nak tengok...he2..pastu selesai..zack cakap dia nak mandi..sebab sejak masuk wad dia tak mandi langsung..subhanallah..sian dia..kami pun tolong la mandikan dia dalam bilik air..masa ni dia ulang lagi statement hikmat tu "suster..tolong saya suster..tolong saya ya"..haha..kelakar la zack ni.

    Dia cakap dia nak sikat gigi..haaa?aku dah pelik..apa tu..oo..berus gigi..kat wad mana ada berus gigi..pastu aku ambik gauze balut dekat kayu ais krim tu then bagi dekat dia..dia gelak..ni ke sikat gigi..dia kata "ini pun jadila suster "..dia cakap mulut dia busuk so dia malu nak cakap dengan orang. dia borak dengan kami rancak ja..staff nus ckp language barrier..rupa2nya dia malu nak cakap sebab dah lama tak gosok gigi..haha..pastu masa kami mandikan dia , zack cakap "sungguh baik gadis muda berdua ni, hati baik, muka cantik dan manis..moga Allah bagi jodoh yang baik, kuat beribadat dan jaga kamu baik2" lebih kurang camtu la ayat dia..sepanjang mandikan dia yang tu la dia ulang2 doa...amin..thanks..kami tolong ikhlas. Pas mandikan dia, dia suruh aku hantar dia ke ruang TV, dah lama dia tak tengok berita..muka dia ceria ja pas mandi dan rasa segar..

   Rasa tenang dan gembira bila dia hepi..ni la nikmat kita dapat bila tolong orang..aku bersyukur ambik nursing..sebab masa ni la aku boleh tolong orang lain yang aku langsung tak tahu asal usul dia.. Cuba bayangkan, kalau kita di luar rumah, orang luar yang kita tak kenal minta tolong mandiakn dia, basuhkan air besar dia dan sebagainya, kita nak ke?mesti rasa geli dan macam2...tapi bila kami di wad semua perasaan takut dan geli dah hilang..yang ada hanya perasaan kesian dan nak tolong..ting! Hebatnya kita wahai kwan2 sekuliahku..so be proud to become as nurses!

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..amin

No comments:

Post a Comment