Tuesday, October 26, 2010

: Dikala Hati Sedang Diuji :


Hati
Kau tersangat  istimewa,
Kau hadir dalam setiap diri yg brnama insan,
Kau tidak muncul secara zahir,
Namun,kehadiranmu dapatku rasa, 
Kau mewarnai diri ini dengan pelbagai perasaan,
Hebatnya kau hati.

Terima kasih hati,
Kerna,
                               Dengan hati timbulnya kasih
Dengan hati terbitnya rindu,
Dengan hati datangnya cinta,
Dengan hati terukirnya kegembiraan.

Namun Hati,
Kerna kau,
Dendam disimpan,
Kerna kau,
Benci menular,
Kerna kau,
Kesedihan menyelubungiku,


Hati,
Kau mempengaruhi hidupku,
Hitam kau,jahatlah aku,
Bersih kau, mulialah aku

Dikala Kau sedang diuji,
Diriku perlu berwaspada,
Kerna,
Lentok lidahku akan mengikut rentakmu,
Pergerakkanku mengikut arahanmu,

Maka,
Disinilah temanmu diperlukan iaitu minda,
Minda diibaratkan penapis segala arahanmu,
Jika minda diaplikasi sepenuhnya,
Kau hati akan jdi tenang disaat diuji
Kezahiranmu tidak akan mencemari diriku.


Takkan ku salahkanmu atas kekuranganmu,
Akan ku ucapkan terima kasih atas kelebihanmu.
Takkan ku benci atas kealpaanmu,
Akan ku kenang atas kesetiaanmu menemaniku.


By Puanmu Cahaya

No comments:

Post a Comment