Friday, October 29, 2010

: SI KECIL YANG TABAH:

         Hati ini tiba-tiba teringat akan seorang budak kecil lelaki yang aku jaga ketika di Day Care Ward, Hospital temerloh. Nama dia Hakimi tapi just panggil dia kimi. Pertama kali nampak dia waktu hari pertama aku posting dekat ward tu. Dia datang dengan muka senyum manis ja.Dalam hati aku cakap "comel ye budak ni". Day care ward tu selalu ya banyak case thalassemia major yang datang untuk blood transfusion. Kimi akan datang setiap bulan untuk buat blood transfuse. Ni kali pertama aku jaga budak2 dekat ward. Aku terpikir mesti agak mencabar sebab nak layan kerenah budak2. Sebenarnya senang ja nak jaga pesakit kanak2 berbanding orang tua..Ni pendapat aku.

          Aku pun pergi tegur kimi."adik nama apa?.. "Mohd Hakimi", dia jawap. "kimi darjah berapa? aku tanya lagi. "Darjah 3". Then aku borak2 dgn dia.Kimi sangat peramah, dgn budak2 lain pun dia tegur. Tak lama lepas tu staff nus panggil kimi untuk masuk dlm treatment room utk masukkan jarum branula. Aku iring la kimi ke bilik tu. Dia jalan sambil dengan muka yang senyum. Riang ja kimi ni..suka sangat dgn dia.. ^_^. Staff nus dlm bilik tu pun berborak2 dgn dia utk hilangkan gemuruh dia. Bila staff nus nak cucuk jarum branula tu, kimi melafazkan kalimat Allah walaupun jarum tu belum masuk lagi. SubhanAllah..sayunya hati aku melihat dia.."Bismillahirahmanirrahim..Allahuakhbar!"..berkumandang dibibir kimi..
Malangnya jarum tu tak dapat masuk lagi sebab ada block. Sampai tiga kali staff nus cuba. Kimi yang tak menangis pada mulanya, terus menitis air mata menahan kesakitan. Air mata aku dah bergelinang..kesian kamu kimi..bisik hatiku..
"Kimi jgn nangis, kimi kan laki..kimi kena kuat"..dia pon menahan air mata teresak2.Alhamdulillah..jarum dh masuk.Aku pun bawa kimi ke katil.Dia terus baring dan diam. Pda mulanya dia sangat aktif, skrg dh jadi pasif. Aku terus pergi ke belakang ward dan menangis. Kesian dia. Dah diuji oleh Allah pda usia yg muda lagi.."Ya Allah berilah kekuatan padanya".

Selepas 2 jam, aku bagi coklat dekat dia just nak buat dia senyum balik.Dia suka ja pastu dia aktif balik..jalan2 satu ward sambil bawa drip stand yg gantung darah tu..haha..comel ja dia. Then dia bagi kupon KFC dekat aku,kwn2 dan staff nus..he2..Kimi pun balik selepas selesai blood transfuse. Aku dimaklumkan oleh staff nus esok kimi kena datang lgi utk masukkn 1 pack darah lag. aku pesan dekat kimi, "kimi esok dtg awal pagi sikit, nanti leh balik awal" dia cakap "tak nak la kak, nak datang petang, sebab tak yah pergi mengaji petang tu.hehe "..sambil muka tersenyum..haha..nakal jga budak ni.

          Keesokkannya, pkl 8.30 pagi dia dh dtg..awal ye buda ni..aku pun tegur dia, "Kimi, awalnya"..dia balas, "Dah akak suruh dtg awal semalam"haha..kena balik aku.. then terus bawa dia ke treatment room utk masukkan branula.Sebelum tu aku pesan dekat kimi.."kimi, arini tak nak nangis ye,,kena senyum ja tau,,walaupun saakit"..aku pun buat peace dekat dia..kimi balas "ok kak,peace"dia buat dgn jari n senyum..he2..comel.Malangnya peristiwa semalam jadi lgi,kali ni 4 kali staff nus cuba masukkan baru brjaya. Kimi hanya menitis air mata,meraung sakit dan senyum bila aku suruh dia senyum..tabahnya dia T_T

         Aku pun duduk dan fikir sejenak, kesian anak2 thalassemia ni..drpd kecik dh kenal jarum dan jadikan hospital sbg rumah ke 2. Kalau dia tahu yg penyakit ni dtgnya drp mak ayah yang thalassemia pembawa, dia akan mrh dan salahkan mereka ke?Then kimi balik..aku pesan dekat dia "kimi hati2 dan jgn nakal2 sgt nanti penat".."ok"dia jwp dgn muka senyum dan lambaikan tangan.Tu la kali terakhir jumpa kimi..Allah berikan 1 gambaran yg besar dihadapan mataku..si kecil yg tabah..SubhanAllah...

Wahai Si Kecil,
Aku terpegun dengan kekuatanmu,
Aku terpaku melihat ketabahanmu,
Aku menangis ketika air matamu mengalir,
Aku hanya mampu memegang tanganmu disaat kau meraung meminta simpati,
Aku hanya mampu membalas kesedihanmu dengan senyumanku,

Bukan kerna aku tidak simpati,
Bukan kerna aku tiada hati,
Kerna aku kasih aku membalas air matamu dengan senyumanku,
Kerna aku simpati aku menahan air mataku dari menitis,
Agar kau lebih tabah wahai Si Kecil.

Wahai Si Kecil,
Jangan biarkan bibirmu kering dari kalimat Allah,
Jangan biarkan hatimu ketandusan tanpa kehadiran Allah,
Beruntunglah kamu,
Kerna Allah sayangkan kamu,
Maka kamu telah menjadi insan terpilih bagiNya.

Akanku selalu mendoakanmu,
Biarpun dipisahkan dengan jarak,
Biarpun mata tidak bertemu,
Biarpun suaramu tidak kudengari,
Namun,
Hatiku selalu mengingatimu,
Kerna kau mengajar aku erti ketabahan,
Tabahlah wahai Si Kecil,
Keindahan ujian ini akan kau rasa diakhirat kelak.



No comments:

Post a Comment