Saturday, October 30, 2010

Wahai Ayahanda Wahai Bonda

        Saat ni ramai sahabat-sahabatku yang sedang bersarapan dengan family, bergelak tawa bersama2 dan dapat menatap wajah mak ayah kan..al maklum la gap exam seminggu..so ramai yang pakat2 balik.best best.. Sedihnya bagi aku..tak dapat balik atas beberapa faktor.Kali ni aku bukan nak bercoloteh faktor2 yang menyebabkan aku tak balik..tapi nak bercakap mengenai ibu dan ayah kita.

       Bagi sahabat2 yang masih ada ibu dan ayah hargai la mereka  selagi kamu boleh menatap wajah mereka, selagi kamu boleh mendengar suara mereka,selagi kamu boleh melihat mereka sebelum dan selepas bangun dari lena dan selagi kamu boleh memegang tangan mereka. Banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk melahirkan kita,untuk membesarkan kita dan melihat kita mendapat kejayaan.Kalau nak dihintungkan segala jasa mereka, tak terhintung dan tak cukup buku untuk kita senaraikan.


      Ada sesetengah sahabat akan berkata
* "ko tak pa la ada mak ayah yang kaya"
* " Mak ayah ko baik la..selalu datang tengok ko dekat sini walaupun jauh"
* "Hebatla mak dengan ayah ko,kerja pangkat tinggi tu"
* "bersyukurla ko dapat mak ayah yang bagi duit kat ko selalu,jaga makan minum"
* "mak ayah aku tak baik cam mak ayah ko,mak ayah aku apa pun tak leh harap"


Tu la serba sedikit kata-kata yang pernah aku dengar dan pernah terlintas dalam hati aku..Astagfirullahalazim..
Siapa kita untuk mengadili mereka,siapa kita untuk mengata mereka jahat, siapa kita untuk menghukum mereka..Mulia sangatkah kita?dah cukup solehah dan soleh sangat ke kita sebagai anak?tepuk dada tanyala hati kamu semua bukan minda kamu.Kerna hati mempunyai suara hati yang fitrah berbanding dengan minda kita yang boleh berubah mengikut masa, tempat dan zaman.


      Biarpun kita mempunyai mak dan ayah yang tidak sehebat orang lain, tidak sekaya ahli jutawan dan tidak semulia malaikat...tetapi bersyukurlah kerna Allah masih lagi memberi peluang kita untuk bibir kita memanggil "mak" "ayah" "ibu" "abah" "ummi" "abi" "mama" "papa"...Tahukah bertapa gembiranya ibubapa kita bila anak yang mereka lahirkan sudah boleh memanggil mereka "mak" "ayah" pada usia berapa tahun walaupun dengan bahasa pelat budak kecil. Jiwa mereka seperti diawangan saat itu. Ada mereka beritahu kamu perasaan mereka saat itu? Mereka tidak meminta supaya kita merasa kemiskinan, mereka tidak meminta untuk menjadi ibu bapa yang tidak berguna untuk kita. Anggaplah ini semua ujian daripada Allah untuk kita.Pasti ada kemanisan. Sekurang-kurangnya kita masih boleh menatap wajah dan memanggil mereka..bagi anak-anak yatim piatu..yang tidak tahu siapa ibunya siapa ayahnya..suara hati mereka tertanya2 biarpun mereka tidak menzahirkannya.


    Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai ibubapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka sepatutnya..bersabarlah anda..jangan menghukum mereka..biar Allah yang menghukum mereka tapi bukan kita.Siapa pun mereka, kita masih lagi memikul amanah sebagai seorang anak. Penuhilah tanggungjawab kamu sebagai anak..Berilah nafkah kepada mereka, berilah tempat berteduh untuk mereka, jangan biarkan mulut mereka tidak menjamah makanan dan jangan biarkan hati mereka menangis disebabkan kita..Jadilah anak-anak yang soleh..Sesungguhnya anatara amalan yang tak terputus apabila seseorang meninggal dunia adalah doa anak-anak yang soleh. Kalau kita tidak menjadi anak yang soleh,maka siapa lagi yang akan mendoakan mereka?...Ada orang akan berkata "dia tak jalankan tanggungjawab dia pon,kalau aku buat baik dengan dia apa yang aku dapat,haram"..Wahai sahabat..Biarlah kita tidak mendapat kemanisan daripada mereka..percayalah anak-anak kita nanti akan membalas jasa kita yang telah kita lakukan untuk ibu bapa kita dengan kemanisan madu..


      Jauh disudut hati mereka, mereka ingin beri kemewahan kepada kita, mereka mahu meluangkan masa yang banyak dengan kita daripada kerja, mereka mahu sentiasa dekat dengan kita, mereka mahu bergelak tawa dengan kita..tapi pasti ada yang menghalang bukan..


     Pada aku, setiap pagi hari raya aidilfitri sejak aku berumur 16 tahun tidak sebahagia seperti hari raya yang sebelumnya. Kerana, mak dan abah aku bercerai pada hari raya pertama.Sungguh hebat ujian pada usia tu.Hanya Allah yang tahu..tetapi aku tak pernah salahkan mak dan abah atas yang berlaku, aku tak salahkan mereka bila setiap pagi raya aku tak rasa gembira seperti dulu,aku tak salahkan mereka bila setiap malam raya aku menangis bila teringat ujian daripada Allah itu.Kalau dulu aku sering menagis dalam kesedihan..sekarang aku sudah boleh menangis dengan sedikit kebahagiaan dengan ujian ini.(saat menaip entri ini air mata aku dah mengalir ditambah pula dengan lagu sedih berkumandang di radio.. T_T). 
Biarpun mak dan abah aku hidup dengan jarak,,aku tak kan biarkan hati aku ada jarak antara mereka..akan aku jalankan tanggungjawap aku sebagai anak kelak biarpun aku anak perempuan.. Mak Abah..muni akan jaga mak dengan abah..tu janji muni.T_T...

       Sekarang aku sudah merasai kemanisan ujian ini..Sesungguhnya hati aku lebih tabah dan kuat ketika diuji,kasih sayang untuk mak,abah,kakak2 dan adik2 aku lebih kuat dan kami adik beradik sudah pandai berdikari menjaga diri sendiri. Inilah yang membuatkan kami matang dari usia..hehehe.. Kita akan lebih menghargai sesuatu bila kita sudah kehilangannya..Aku bersyukur kerana dengan ujian ini aku lebih menghargai mak dan abah aku bila Allah hanya hilangkan mereka dari segi  perpisahan saja.


     Wahai sahabat...lakukanlah tanggungjawab kamu semua sebagai anak.Biarlah kesedihan dan air mata yang mereka berikan pada kita..balaslah dengan kebahagiaan dan gelak tawa pada mereka.nescaya hati kamu kan tenang dan bahagia dengan ujian itu . Percayalah..semua ibubapa ingin anaknya berjaya, ingin memberi kemewahan kpd kita dan sebagainya tetapi mereka tidak mampu..Bagi sahabat yang sudah mempunya ibu bapa yang bahagia..maka bersyukurlah..sesungguhnya itulah yang diidamkan oleh semua insan yang bernama anak

    Tidak banyak aku ingin mencoret untuk topik ini.Ini hanya sekadar pedoman untuk diri sendiri dan orang2 disekeliling..Wasalam.


Wahai ayahanda,
Wahai bonda,
Tenangkah kamu saat ini?
Bahagiakah kamu saat ini?
Bersyukurkah kamu saat ini?
Menyesalkah kamu saat ini?
Punyai anak sepertiku..

Wahai Ayahanda,
Tahukah kamu,
Kamu kekuatanku sebenarnya,
Aku perlukan kamu,
Untuk memimpin tanganku,
Untuk mengajarku antara hak dan batil,
Antara kejahatan dan kebaikkan,
Antara emas dan permata,
Antara kasih dan benci.

Wahai ayahanda,
aku rindukan suaramu,
aku rindukan teguran darimu,
aku rindukan sentuhan seorang ayah,
aku rindukan senda tawamu,
aku rindukan jenakamu,
aku rindukan masakanmu
aku teringatkan wajahmu.

Wahai Bonda,
Aku terpegun melihat ketabahanmu,
Aku terharu melihat kecekalanmu,
Aku sayu saat kau memejam mata keletihan,
Saat kau mengharungi ujian ini,
Saat kau membesarkan ku,
Saat kau membalas semua kepahitan dengan senyumanmu.
 
Wahai Bonda,
Aku ingin kamu tahu,
Aku bahagia menjadi anakmu,
Kerna,
Kau idolaku,
Kecekalanmu menjadi inspirasiku
Kebahagiaanmu menjadi ketenanganku,
Senyumanmu mengganti kesedihanmu,

Wahai Ayahanda dan Bonda,
Siapa pun kamu,
Aku tetap bersyukur biarpun dalam ujian,
Aku tetap bahagia biarpun dalam tangisan,
Aku tetap bersamamu biarpun dalam kejauhan,
Aku tetap menyatakan kamulah yang terbaik.

Wahai Ayahanda dan Bonda,
Aku kasih dan cintakanmu


 
                                       

3 comments:

  1. sedih nyer dgr citer awk..sabar lah yea...

    ReplyDelete
  2. sabar lah yea...mgkin ada hikmah disebalik nyer...

    ReplyDelete
  3. ok..Kita memang kena sentiasa bersabar dgn ujianNya

    ReplyDelete