Monday, February 14, 2011

: La Tahzan :

Bismillahirrahmanirahim..

14 February 2011~ Hari dukacita

Keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya lagi dari demam dan selsema. Datang ke kelas. Pagi ini aku dah dapat rasa ada sesuatu yang tak enak dihati akan berlaku. Secara kebetulan aku tergerak hati untuk memakai jubah dan tudung hitam ..dalam hati aku terdetik "macam nak berkabung ja hari ini"..suara hati itu hanya dibiarkan hilang sebegitu sahaja tanpa mengabdikan petanda disebalik itu.

Seperti biasa, aku akan tanya pada dayah yang merangkap setiausaha untuk aku sempena FAMILY'S DAY sebarang update info. Malam sebelum itu, aku suruh dia tanya pada PM kami next meeting bila. PM maklumkan pada dia hold dulu sebab ada masalah besar. Tetapi dayah tak maklumkan pada aku. Sampaila ke saat pagi ini baru dia bagitahu yang sekarang ada masalah besar tapi dia tak tahu apa masalah itu. Jadi, aku terus sms dan tanya PM. dia hanya balas "ada masalah besar, just tunggu keputusan main board". Aku ni agak terpinga-pinga sebab tak tahu apa masalah sebenarnya sedangkan aku assistant dia. Aku tanya lagi, kemudian baru dia balas "sis... nak cancel family day ni".. subhanAllah..agak terkejut.setengah jam selepas tu aku pergi toilet then bila balik diaorang panggil kata ada meeting tergempar dengan main board. Resultnya "family day ditangguhkan nesxt semester"..dengan begitu mudah. Aku memang speechless dan sedih bila teringat semua orang yang dah buat preparation.

Hadiah dah dibalut, venue dah ditempah, banner dah siap dan macam2 lagi persediaan dah dibuat hanya cuma menanti hari ja.Persoalannya, kenapa DIA batalkan aktiviti ini selepas 2 minggu dah approve?Kenapa tak reject dari awal or seminggu selepas approve?

Sekarang aku akan listkan turutan crita usaha kami semua commitee dalam nak jayakan program ini.
*Pada mulanya "Sport Day" (nama sebenar untuk  program ni) diacadangkan.Open committe untuk program ini dijalankan. Kemudian, main board gabungkan dengan Grand camping.So, open committee tu kena bubarkan. Last minit Grand camping kena tangguhkan sebab ada masalah venue. Akhirnya Sport Day berdiri dengan sendirinya..Maka bermula la episod sedih dan duka ini :

*20hb @ 21hb January -meeting kali pertama diadakan untuk siapkan proposal
*23hb- semua orang korbankan masa untuk siapkan kerja sebab exam akan bermula 24hb
*24hb- mid term exam bermula, masa yang sama treasurer, aku, s/u dan PM edit proposal. 
*27hb-aku, s/u dan PM rushing ke JHC selepas exam untuk hantar proposal, pada mulanya reject tapi DIA suruh edit bajet lagi. Dan suruh tukar nama SPORT DAY jadi FAMILY DAY
*28hb-hantar 2nd edited proposal selepas last paper exam
*31hb- PM dapat call sari DIA dan kena edit beberapa lagi. Sedangkan kami tengah cuti dan ada kat rumah. S/u dan aku edit dan hantar email. Masa ni proposal dah APPROVED!
*7hb- bermulala kerja kami, meeting, tempah venue dan sebagainya
*11hb- s/u pergi jumpa dia untuk sahkan invitation letter. DIA siap edit lagi untuk staff fee
*14hb-finally, dia cancelkan program ni...dengan hujah2nya yang tak mampu untuk dilawan

   Masa ni terbayangkan muka2 committee yang dah buat keja bertungkus lumus. Semangat semua orang untuk datang main dan sebagainya. Hanya dimusnahkan sekelip mata dengan perkataan dari mulutNYA. Bila kita nak cakap DIA suruh dengar kita cakap, akhirnya kita tak bercakap pun. So, dimata dia student selalu salah..mmmm...
Aku memang sedih..memang hari berkabung. dalam keadaan yang berpuasa dan agak keletihan. Masa ni aku hanya berdoa "Ya Allah, kau gantilah perkara buruk ini dengan sesuatu yang lebih baik..amin"
Alhamdulillah..aku mendapat berita gembira yang ditunggu2..Syukur sangat2...amin.

Sekarang ini aku agak putus asa untuk uruskan next aktiviti yang aku ada tanggungjawab selepas benda ni jadi. Old Folks ke Dungun 16hb dan baksis 25hb -27hb..
Ya Allah permudahkanlah kerja kami.

4 comments:

  1. sabar ye sabar... dugaan sume nih...

    "Dan bersabarlah kamu,kerana Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Anfal 46).

    ReplyDelete
  2. sedikit komen dr sy. sy stuju yg kdg2 DIA tu sng2 ati ja ckp cmtu cmni masa kta nk uruskn keja.. smpai kdg2 naik tension.. tp nk wt cmna.. kta kne sabaq sb kte xdak kudrat nk halangg smtg yg dah terjadi.. sma2 sabaq na mun~ ada la hikmah nya tu~
    fighting2~!! doakn smoga program2 akn dtg lbh baik:)

    ReplyDelete
  3. thanks ang dan farhan..saya terfikir time tu, "teraniaya ke aku"..doa org teraniaya akan termakbul..jadi saya doalah supaya dpt berita yg baik..alhamdulillah..termakbul lepas tu.. ^_^..xpe..pasti ada hikmah ye. cuma tak puas hati sbb xdpt voice out apa yg kita rasa pda DIA..

    ReplyDelete