Sunday, November 14, 2010

Resdung @ Sinusitis

Salam mesra dan salam ukhuwah..

     Resdung atau dalam nama saintifiknya sinusitis yang di tafsirkan sebagai keradangan pada ruang sinus atau rongga di wajah. Pada wajah kita ada empat rongga iaitu ethmoid, frontal (dahi),maxillary dan spenoidal.

Mesti ramai yang tak tahu camna kita nak tahu kita ada resdung ke tak.. Tanda2 resdung ni :
* selalu bersin
*gatal dekat hidung, kulit muka dan telinga
* mata berair
* kahak
*pening kepala
* mata jadi kelabu
*jerawat (bukan tanda2 yg obvious)

       Resdung @ sinusitis ni terjadi bila kita makan benda yang kita alah cam setengah orang alah pada seafood atau pun terdedah pada habuk. Then tissue dekat sinus ni akan bengkak yang akan menyebabkan saluran hidung kita akan jadi sempit dan udara kotor akan terperangkap. Bila udara kotor yang terperangkap ni la akan menyumbang bakteria atau kulat akan membiak. Sebab tu kadang2 bila orang buang resdung ada yang sampai keluar ulat.

      Dulu aku pernah buang resdung dekat rawang. Aku tak tahu pun sama ada aku ada resdung ka apa sebab tak rasa sangat tanda2 resdung tu. Pastu kakak yang tukang buang resdung tu cakap la yang semua orang ada resdung cuma kuat atau tak ja. oooo...ye ke..then aku cuba la buat. Kakak ni dia mewarisi skill dari parents dia semua ubat family dia buat sendiri.Bukan macam yang selalu ada dekat kedai2 yang jual tu. Ni first time aku buang resdung. Alat2 yang dia guna adalah:

1) talam yang diisi air
2) batu herba yang family dia buat sendiri
3) tempurung yang ada lubang dekat mata tu
4) buluh panjang yang ada lubang cam straw
5) serbuk herba apa tah aku tak tahu
6) bongkah kayu kecik ja

      Mula2 dia bakar batu herba tu sampai warna merah.Pastu dia ambik bongkah kayu tu letak dalam talam yang berisi air tu. Then dia ambik batu herba tu letak atas bongkah kayu tu..Seterusnya, ambik tempurung dan telangkupkan batu herba. Ambik buluh panjang tu masukkan dekat lubang tempurung tu. Jadi asap dari batu herba tu akan keluar melalui buluh tu. Aku kena tarik nafas cam biasa, aku cuma kena hembus nafas melalui buluh tu. Mak aii..pedih hidung dan batuk aku..asap tu masuk hidung. Memang nak surrender dah masa tu cam nak nangis pon ada..tapi mak lang aku cakap "tahan sikit, nak bagi lega resdung tu"..aku pon bertahan la..Lama gak kut nak buat tu..then habis lega.Pastu kakak tu alihkan tempurung tu dari talam..MasyaAllah..terkejutnya aku..ulat kecik2 cam ulat sampah tu keluar melalui tepurung tu..Geli doo..pastu kakak tu boleh pi kira ulat tu..waaa..dengan bangganya aku berjaya menternak sebanyak 40 ekor ulat..hahaha..(scary and weird..errrkk)..Bayangkan la kalau orang yang jenis memang kuat resdung tu berapa ekorla diaorang ternak....mesti lagi hebat.

         Hari ini aku pi buang resdung lagi untuk kali ke 2 selepas 2 tahun. Sebab aku rasa gatal2 muka dan telinga dan selalu bersin. Kali ni lain plak cara dia. Kakak dekat butik kecantikan tu tanya nak buat melalui muka atau asap kat telinga tu..aku nak buat dekat muka. Dia tanya la nak pilih set mana. Tengok2 semua set...aku pilih la buat facial treatment + masker + asap dekat telinga..sebab kakak tu cakap better aku buat facial sekali sebab aku memang tak pernah buat facial..ok..( tapi rasanya dia nak promote dia nya service sebab tu cakap camtu..tapi aku fikir tak rugi pun kalau aku buat sebab aku memang tak pernah buat facial..takkan nak tunggu kawin baru nak buat..so aku pilih set ni bukan sebab termakan dengan kata2nya tapi sebab aku rasa berbaloi..hehe).

        Aku masukla bilik rawatan tu then baring dekat katil..no bad..hehe..aku rasa dekat sejam kut aku buat treatment ni.Mula2 dia cuci dan massage muka aku..waaa memang best..ntah berapa banyak jenis krim la dia letak..then dia letak timun dekat mata dan steam kan muka aku..aku dengar bunyi air boil..ish seram ja rasa..panas kut wap steam tu..memang tak tahan pun..pastu dah selesai steam, akak tu sapu krim lagi dan massage muka.. ulang lagi wap steam tu T_T. Seterusnya buat vakum, dia sedut benda2 kotor cam white head dan black head dekat muka. Sakit gak la..aku tengokla white head dekat botol vakum tu..banyak gak la..huhu.lastly sapu mask plak kat muka dan timun di mataku..sambil tu dia urut tangan dan badan aku..memang best la.Tapi yang gerunnya bila dia urut dekat leher.dah la urut kiri kanan leher, aku takut dia tekan lama2 nadi carotid aku lama2 boleh buat mati kut. memang dah seram dan naik bulu roma aku time tu.Nak cakap kang dia segan plak.Aku baru nak cakap dekat dia tak yah la urut dekat leher ni pastu dia dah urut kepala plak..fuuhh..lega.. pas 10 minit masker tadi pon dibuang dan dia cucila muka aku. Setel muka. Next buat asap dekat telinga dengan rokok resdung. Cam biasa dia bakar lilin tu then letak dekat telinga. Aku tengok la darah kotor dekat hujung lilin..patutla asyik gatal2 muka dan telinga ja aku rasa.Then aku pulang dengan senyuman..hehe



                                                     rokok resdung

    Jadi aku nasihatkan, kawan2 pi la try buang resdung kalau tak nak ternak ulat..haha..tak da la camtu..buang resdung untuk jaga kesihatan terutamanya dekat muka dan semua la. ni ada gambar yang aku jumpa..Ulat resdung tu dah sampai ke otak.. scaryyy...

 

5 comments:

  1. Hi there, boleh tak beri no. telefon atau address orang yang buat rawatan resdung, saya rasa nak cuba buat rawatan tradisional for my sinusitis, my e-mail= KamarulAriffinKamal@yahoo.com TQ!

    ReplyDelete
  2. Maaf..sya xdpt lagi no tel org yg buat rawatan tu.inshAllah..ada rezeki awk akan dpt.

    ReplyDelete
  3. kt mane tempatnye?

    ReplyDelete
  4. ya Allah..hindarkanlah aq dripda mndapat resdung..takutnyerr ^~^

    ReplyDelete
  5. tumpang lalu. just nak kongsi sedikit info puan/cik. resdung / sinusitis bukan disebabkan oleh ulat. just utk info. yg putih2 tu lilin yg terhasil dari pembakaran rokok resdung. rasa lega lepas guna asap sbb asap tu cuma mengeringkan lendir resdung dlm rongga sinus. bahaya untuk kesan jangka panjang. paling baik adalah dengan cara mengeluarkan lendir resdung yg tersumbat / sinus irigation. lepas tu baru ambil ubat/suplemen utk rawat radang yg sebabkan rongga mmbengkak. tq

    ReplyDelete