Saturday, November 13, 2010

My Best Friend! I need u.

Salam..


       Hari ni masuk hari ke 5 aku duduk kat umah. Mmm..tak tahu nak buat apa dah. Keja umah semua dah buat. Tapi rasa bosan. Nak keja tapi cuti sekejap sangat. Aku ada seorang kawan baik..kitaorang memang rapat..aku suka kawan dengan dia..masa aku nak cuti dia dah kata "ha..nanti jangan merungut bosan dok umah"..haha..ye la kalau aku bosan dok umah dia la jadi mangsa aku nak lepaskan perasaan dan kawan untuk kuar..hari ini aku memang dah rasa tertekan..memang dah rasa bosan..aku bagitahu la kawan aku tu melalui sms, pastu dia kata "haha..kamu leh tahan 5 ari je..kena ambik angin luar juga ni..otak jem jap gi nanti semua benda tak kena"..haha..memang memahami aku la dia ni..Dia keja jauh so tak da masa la nak lepak2 dengan aku ni.


      Aku rasa dia la kawan terbaik antara kawan2 aku yang baik juga yang pernah aku jumpa. Dia happy go lucky, understanding, caring, peramah, suka buat lawak, rajin. pandai ambik hati orang tua dan sangat suka buat bisnes. Sampai aku sekali dia nak suruh buat bisnes..huh..Kami selalu kongsi masalah dan cerita sama2.. kalau dia tak da memang aku rasa sedih sebab cam hilang tempat bergantung..bukan bergantung dari segi nafkah ke apa, tapi dari segi teman disisi cam soulmate la..Kalau ada masalah apa2, aku mesti kena cite dekat dia then baru aku rasa lega..kalau tak cite mesti rasa berat ja hati.. Memang tak kering gusi bila dok sebelah dia sebab asyik buat lawak dan kadang2 cam kartun n budak2..kalau aku marah dan buat muka bengang, dia boleh gelak sebab tengok muka aku camtu...pastu aku pon tak jadi la nak marah dan terus gelak..sabo ja la..


       Tadi bila aku dah bosan sangat aku cakap dekat dia , "balikla..huhu"...dia kata tak leh sebab keja banyak.mmm..i need u..haha untuk mengisi kebosanan aku..haha...aku tulis entri ni bila rindukan best frend aku tu..semoga kamu suksess ye. cepat balik jumpa aku disini.. 

Sajak buatmu sahabat:


Sahabatku,
Aku perlukan kamu saat ini,
Untuk menemaniku setiap saat,

Temanku,
Tahukah kamu,
Kamu bertuah sebab bertemu denganku,
^_^,
Maka sekarang kita menjadi teman.

Pendampingku,
Sedarkah kau yang,
Kau menjadi telinga buatku,
Untuk mendengar rintihanku,
Untuk mendengar keluhanku,
Untuk mendengar gelak tawaku,
Kau memberi semangat padaku,
Kau sentiasa ada ketika aku kesusahan,

Wahai sahabatku,
Tahukah kamu,
Kamu penghibur jiwaku,
Kamu pengering air mataku,
Kamu pengukir senyumanku,
Tanpa kamu,
Aku tidak mungkin mempunyai seorang sahabat akrab,

Wahai peneman jiwa
Jangan kau menyesal kerna aku temanmu,
Kerna aku tidak mahu kehilanganmu,
Tanpa kau aku lemah,
Tanpa kau aku sunyi,
Tanpa kau hatiku semakin berat,

My Best Friend,
Thanks bcoz become my frend,
U are good frend that I ever have,
But now,
I need u,
T_T


                                                  



1 comment: