Sunday, November 21, 2010

Jangan! Jangan! Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim.

* Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal dan cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan.!

* Jangan bangga dan action sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan keranda!
 
* Jangan terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad!

* Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kita kena ingat rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua!

* Jangan terlalu megah dengan pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita akan dapat gelaran al-marhum!

* Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu berubah menjadi tengkorak!

No comments:

Post a Comment