Monday, November 15, 2010

Coming Soon ----> Cahaya Mata Pn Awah & Tn Amer!!

Salam Aidiladha..

       Dalam batch kami dah ada seorang gadis yang dh kawin, Farah Nasuha namanya.Nama cute dia awah. Sekarang dalam kelas kami panggil dia Puan Awah..hehehe..Dia baru ja kawin tahun ni. Nak jadikan cerita, beberapa bulan yang lepas, aku mimpi yang awah pregnant..waaa  petanda baik. Lepas tu, beberapa minggu lepas kawan aku Nurul pun mimpi yang awah pregnant..haha..macam kitaorang plak yang tengah angau.Kelakarla..mana tau kan kut-kut mimpi kami ni sebagai doa dan jadi kenyataan. Pada tarikh 8hb November, malam tu aku ajak kawan2 datang bilik makan keropok lekor yang aku kirim dekat kawan suh dia beli sebab dia balik umah kat terengganu. Awah pon datang makan juga. Then kitaorang tercakap pasal mimpi yang awah dapat anak tu. Pastu awah cakap "kalau cukup 40 orang mimpi awah pregnant, memang awah akan pregnantla"..haha..

      Nak dijadikan cerita, aku terbaca dekat wall farah wahida, yang awah post : "babe!!! got things to share!!!! " semalam..pastu aku terfikir la benda apa la yang awah hepi sangat ni nak share dengan farah ni. Pastu aku buka page awah, abg amer (husband awah ) post : " hi puan awah..semua special treatment shall begin today..hehe"...mmm..aku rasa cam ada something ja ni.. then baca dekat page abg ame..taaaddaaa..lastly I got the idea.. Ting! awah pregnant! Yeepii..Ya Allah ..alhamdulillah..aku rasa hepi sangat2 sebab kwn sya bakal jadi ibu.Ni kali ke2 aku rasa nak nangis sebab awah..haha

 1) Masa awah nak kawin, aku, tasha, farah wahida,  kunji, naqi, awe dan dolah rushing n drive keta laju2 sebab nak tengok upacara akad nikah awah. Kitaorang dari kuantan.Mula2 kami dapat ,msg dari fatin yang awah dh akad nikah..time tu aku rasa sedih n just diam dlm keta..sebab aku datang dari kedah just nk tengok saat kawan aku tu nak akad nikah..Sebab bagi aku saat tu sangat penting dan bermakna bagi semua orang. Tiba2 fatin msg yang awah tak akad nikah lagi..ish budak ni mana 1 yang betul.Bila dapat ja msg tu semua org dalam keta tu cam dah nak gila n kunji drive laju2..haha..Then sampai..tapi tak sempat juga.. T_T.. Kami dah sampai time orang dah baca doa. Tapi aku still rasa sebak time tu bila tengok kawan aku dah selamat diijab kabulkan. Tangan aku mengigil ja time pegang camera dan nak tangkap gambar. Semua gambar jadi blur..sebab rasa sebak dan nak nangis tapi tahan dalam hati. Tasha time tu dah perasan then dia kata bagi dia tangkap gambar..haha..Awah.. Selamat Menjadi Isteri dan permaisuri pada abg amer k.. ^_^

2) Ni kali ke2 rasa teruja dan sebak bila tau awah dah MENGANDUNG!!!.... Alhamdulillah.. aku pasti semua kawan2 akan rasa nak lompat2 dan hepi bila tau berita ni. Tahniah awah dan suami.  Selamat menjadi ibu dan ayah pada bakal baby ok.. ^_^


   Awah, jangan risau sangat pasal mengandung, pelajaran, rumah tangga dan baby yang akan lahir nanti. Mesti awah cam risau macam mana nak handle semua nantikan. InsyaAllah..Allah takkan bagi sesuatu yang akan menyusahkan hambaNYA..pasti ada hikmah dan rahmat disebaliknya. Banyakkan berdoa dan minta dipermudahkan semuanya.Mintala nasihat dari ummi dan mak mertua awah.hehe..kami tak kawin lagi so tak tahu nak bagi nasihat apa sangat. Muni ada terbaca,sesungguhnya lebih baik kita didik anak sejak anak kita dalam perut lagi. Rajin2 la awah mengaji sambil urut perut supaya baby dalam perut tu ikut ibu dia mengaji juga.Awah cari ja dekat internet cara didik anak semasa mengandung dari segi Islam. InshaAllah sejuk perut awah mengandung baby tu nanti. Nanti, kitaorang akan jaga awah sama2..hehe.abg amer jangan risau k. Sebelum ni aku asyik usik awah dan cakap "awah,jaga perut"..masa tu just main2 ja..Sekarang ni aku akan cakap lagi kat awah cmtu.."awah, jaga perut"..haha


                              Bakal Ummi dan Abi..Sesungguhnya senyumanmu itu akan lebih berseri dan terpancarnya sinar kelak apabila si "cahaya" muncul menyerikan hari-harimu




Awah,
Tahukah dirimu,
Kau sangat bertuah dikalangan kami,
Allah permudahkan segalanya untukmu,
Jodohmu diawal usia,
Suamimu menyerikan hidupmu,
Sikapmu membahagiakan sahabatmu,
Wahai temanku,
Pelbagai takhta kau sudah miliki,
Si anak yang solehah,
Si isteri yang mithali,
Dan ,
Kau bakal memeliki takhta yang diidamkan oleh semua kaum hawa,
Si Ibu,
Bahagianya dirimu.

Wahai Sahabat,
Aku kirimkan doa untukmu,
Moga kau berbahagia selalu,
Moga kau lebih tabah meniti dugaan yang akan menjelma,
Moga menjadi penguat semangat bagi si suami,
Moga kau menjadi ibu yang terbaik buat "cahaya" yang akan menjelma,
Moga2 dirimu dirahmati dan dipermudahkan,
oleh Yang Maha Esa.
^_^ 




2 comments: