Sunday, October 31, 2010

Gelak Ketawa


 Salam.....
         Arini 31 oktober 2010....ari ketawa dan bahagia..semua mesti terfikir apa yang bahagia sangat.Al-kisahnya, aku dengan roomate2 kesayanganku mek sha dan mek intan dah bosan betul dok dalam bilik.Kitaorang tak tahu dah nak buat apa so decide nak kuar jalan2..ajak la shafikah sekali...tapi tak plan pun nak pi mana.Kitaorang carila keta, last2 dapat keta dari seorang sahabat ni..dia bagi pinjam..fuuhhh lega..akhirnya dapat kuar untuk hepikan hati yang gundah gulana dan otak yang serabut merabut..haha..then kitaorang decide nak pi makan dulu dekat ECM.Sepanjang perjalanan tu okey ja tak da masalah..tiba-tiba, bila tiba ja depan ECM dekat main entrance kat parking tu ...jeng2...keta yang kami naik tu terbatuk2...pas terbatuk tu terus mati...waaaaaaaaaaaaa...dah restart tapi tak hidup..benda pertama yang keluar dekat minda aku ..ting! "kena tolak keta lagi"..ohhh tidakk..sebelum ni pon pernah tolak keta yang mati gara2 tak dak minyak depan terminal. ^_^

     Dengan rasa bangganya dan tanpa malu,aku,sha dan mek kah tolak keta..tapi cam tak bergerak ja. Kebetulan ada uncle cina ni kat situ, dia pon tolong tolak keta.  haha..kuasa 3 perempuan tolak kereta < kuasa uncle tu tolak kereta.. kuat kut dia tolak keta..then terdamparla kereta yang comel itu ditepi jalan betul2 berhadapan entrance ECM...haha...cam 1 penghargaan.Then, mek intan dok try la start keta banyak kali tapi tak leh gak..tanpa ada pilihan..kenala call tuan punya kereta..Tuan punya kereta tu tergelak n suka ja bila dengar aku dengan kawan2 tolak keta tepi jalan..sabo ja la..haha ^_^..Kebetulan hujan,so kitaorang masuk ECM dulu sementara tunggu tuan kereta comel tu datang.Kitaorang pi la makan n shopping..hati aku dah tak tenang sangat time tu bila dok fikir pasal kereta tu..Sebab cam menyusahkan tuan dia plak..huhu..maaf bukan niatku..

           Masa teman kwn2 aku ni shopping, aku fikirla camna nak buat dgn kereta ni..Then aku call la adik laki aku,amin.Dia tu pakar sikit bab ni sebab dia selalu repair keta abah bila rosak..dia kata maybe batery..mmm..ok...then call abah plak..abah bagila instruction suh masuk gear 2 then tolak n start..ok..then call kak ju (kakak sulung aku)..dia kata bateri kut..then tunang dia suruh tekan hon bunyi ke tak dan cek temperature..masalahnya aku dalam mall,kereta kat luar, nak tekan hon camna???adoii..hahaha....kak ju kata "habis tinggal keta camtu ja ka yang masuk mall ni?"...ha la..haha...lawakla..tak lama kemudian tuan kereta dah datang. Dia pun blur tak tahu nak buat apa...haha..lagi la aku nak tergelak.Then kitaorang menuju ke kereta yang comel tu...Dia cek la kat enjin semua ( tahu ke tak dia ni ke buat2 tahu...hahaha)..then kitaorang decide nak tolak keta...aku,shafikah n kwn tuan keta tu pun tolak la..adoi lawak dan malu masa ni...yang tuan keta tu terbahak2 gelak dalam keta tengok kami tolak keta..amboi2...cubaan kali pertama tak berjaya..cubaan kali ke2 akhirnya berjaya..kereta tu berjaya hidup...fuuuhhhh alhamdulillah...lega...kuat betul kawan tuan kereta tu tolak kereta sampai cam nak tendang kereta tu pun ada..haha

          Then kitaorang pun pandu la balik kereta tu..dalam kereta, aku,sha,mek kah dan mek intan dok keja gelak ja..mmm..nak cari kegembiraan la sangat arini..kami balik dalam pukul 6 petang..Tak cukup lagi tu..haha..malam tu kami keluar lagi..pas solat isyak kami kuar p mydin..budak2 ni nak beli barang sikit. Next destinasi ialah Teluk Cempedak..peewwiiitt...nyaman..terkena angin pantai bersepui-sepui bahasa weeehhh..
Kitaorang jalan2..Pastu mek kah (shafikah) dok kata lapar2 nak makan..aku yang tak terasa lapar ni pun terikut nak makan. Then kitaorang pi beli KFC dan makan kat atas pasir..waaa...best2...pas makan2 dan sembang2,kami pun bertolak balik..balik dengan keadaan yang letih tapi hati gembira dan terhibur. Ni la alkisah untuk arini..esok lusa tak tahu lagi aktiviti apa yang nak buat untuk mengisi masa lapang dekat kuantan ni sementara menunggu exam OSPE....Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih dan taniah kepada semua kawan2 yang terlibat secara langsung dan tidak angsung dalam memori aku arini..he2

Wasalam.

No comments:

Post a Comment