Wednesday, August 10, 2011

Gatrik + Puasa= ??

Assalamualaikum..

Hai sahabat-sahabat..lamanya tak kemas kini blog aku ni..haiish..sian ye my bucuk2 ni.
yarrrkk *_#..ahak

Arini dah masuk 11 ramadhan. Alhamdulilah, bersyukur sangat2.

Mesti u all semua pernah dengar isu gastrik di bulan puasa ni kan.
Kalau ikutkan sejarah hidup aku,
Aku tak pernah kena gastrik dibulan puasa ni,
bulan lain selalu la.
Tapi
huhuhu
dah dua ari aku kena gastrik di bulan puasa ni
dugaaan
masa ramdahan ke9
lagi sejam nak buka posa,
perut aku sakit cam gastrik
mmm
minta2 dapat bertahan
alhamdulilah..dapat bertahan

Semalam, lagi sejam gastrik aku datang balik
kali ni lagi kuat sakit ye
wawawa
sempat juga bertahan
tapppiii
not until that point only k
pas makan n solat maghrib
perut aku memang rasa tak sedap dan sampai kepala rasanya
kepala dah pening
perut tak sedap
dan rasa nak muntah
last2
aku termuntah 2 kali
habis semua makanan yg berbuka tadii
eeee...sensored
ahak
tak cukup lagi
aku cirit birit just keluar air ja
6 kali k
T_T

Based on my learning la kan,
when we experience vomitting n nause,
ion n water will lost
so badan kita akan jadi lemah n lesu
rasa nak pitam

wawa
kan bagus jadi nus ni
bila kita sakit
kita tahu apa yang jadi pada badan kita
then boleh ambik treatment sendiri
ting

aku memang rasa lemah
kaki pun tak larat nak jalan
totally lembik la

Treatment:
aku buat bubur nasi pkl 11 malam,
then makan
so perut dapat adapt
tak muntah n cirit lagi
tapi take time to recover la

Masa bangun sahur
badan rasa lemah lagi
tapi tekad juga nak puasa
alhmadulilah
sekarang masih lagi 
on fasting
even badan lemah2 gitu

so
gastrik + puasa= memang ujian k

kesian sapa2 yang gastrik sampai tak leh puasa kan
mmm
apa2 pun janji niat kita betul dan hanya
Allah ja yang tau kan

k u all
Selamat berpuasa
*_^

Tuesday, June 21, 2011

Jelajah Kampung

Salam..

 Hye kawan2 dan sesiapa saja lah yang meluangkan masa atau terserempak blog aku ni untuk baca sebagai tatapan mata dan minda. Terima kasih..even aku tak tau siapa yang baca atau visit my blog ni, thanks yeee.. ^_^

Lamakan aku tak update..huhu.Bukan apa, sebulan lebih aku praktikal di hospital dan klinik, makanya, enggak ada tenet buk.haha. Sekarang aku dah mula bercuti. Yey!.Cuti selama 2 bulan. Hah gampang telinga gitu bila dengar ye.Al maklum la ni la kali pertama aku cuti lama setelah berkhidmat dan beramal kepada masyarakat pahang. ^_*

So apa yang aku dapat selama 6 minggu berposting ni?aku tengok, classmate aku yang lain rajin benor update entry depa dengan hal2 di tempat posting..waaa.. syabas bete! aku ja malas..nanananana...tapi selama aku posting ni, pengalaman dan ilmu yang paling lekat dalam minda cerdik aku ni adalah masa posting dekat klinik berserah..Macam2 jadi selama 2 minggu posting kat sana.

Minggu pertama memang agak tertekanla..sampai mencabar tahap ketensionan aku. Tahapnya boleh digambarkan apabila aku terdetik dalam hati "menyesalnya aku ambik kos ni"..Astagfirulallahazim..istighfar aku ketika itu dan lama2 aku tenang balik. Mungkin Allah nak uji..ya aku redha. Kos jururawat ni bagus TETAPI environment yang tak dapat terima kami sebagai nurse yang berkelulusan degree.Macam2 kena toce dan sebagainya. Aku macam nak jawap balik kan " salah ke anak muda nak belajar tinggi2? nak ke anak2 muda cam kami terlibat dengan benda2 tak elok cam dadah semua?anak muda nak belajar tinggi, tapi korang nak marah sebab rasa tercabar...camna la melayu nak maju"..huh...selamat tak terkeluar dari mulut eden yang manis ni.k stop..lupakan
 

Minggu ke 2!!hahahaha...ni paling best. Kami dapat peluang buat home visit dekat area balok dan berserah. Best dapat belajar pasal ilmu nak jadi bidan ni. Bukan senang kami nak dapat sebab kami nanti jadi staff nus (insyaAllah) so tak belajar pasal bidan ni. Thanks pada akak Jururawat masyarakat yang banyak mengajar kami semua. 

                                      My roomate, classmate and wardmate


                                                            Kami sedia berkhidmat!

                                            Dah sampai ke klinik desa area berserah..






 


                                        Ni bersiap sedia untuk pergi melawat umah patient

                                            Umah pertama..post natal ..pas bersalin







                                    jalan kaki untuk ke rumah ke 2

                                      Macam jabatan nak buat serbuan ja..hahaha

                                                  Hepi sungguh kawan2 eden ni

                                     Ni umah ke 3..kami tengah timbang baby...berapa kati kak?haha

                                  Selesai sudah keja....

                                                                              Makan!

                                                                             Berehat....

                                                 JM yang baik..


                                                                     Bye2,,,,,

Monday, June 20, 2011

Kawen dan tawen

Salam..


      Dah lama rasanya tak update blog ni.Al maklum la sibuk dgn macam2..kakak2 kawen. Mula dari 3hb sampaila 12hb..Banyak menda gak nak dibuatnya even bukan aku yang kawen. Penat tu jangan cakap la.Even guna catering, ada juga yang family aku masak sikit untuk akad nikah kakak sulung aku tu. Pinggang cam mau pakai yang besi ja. Mudah dilentur dan tak sakit..haha...Apa2 pun, penat tu berbaloila sebab dapat buat Pengantin gembira,, Mak aku plak dapat dua injury masa nak dekat majlis..kebetulan, nak dapat dua menantu. ahak. 1 luka dekat tangan kanan gara2 kena lilin yang digunakan sebagai gam untuk buat hantaran. Tangan kiri plak, bahagian jari kena operate sebab alergik ubat. huhu..sian mak.Dah lepas operate tu plak kena infection plak, aduh, tangan lagi bengkak. Aku balik buat dressing, alhmadulilah dah surut bengkak...Kenangan nak dapat menantu katakan..huhu... Tak pe jangan risau, menantu seterus dan seterusnya, mak tak dapat apa2 kemalangan dah..amin..hehe


     Tak ada idea sebenarnya nak update entry ni..tapi paksa juga diri nak type sebab sian bila blog tak berupdate ni..huhu....next gambar2  akan ceritakan suasana kami semua..tak banyak gambar yang aku dapat..apa2 pun zaaazzzz...layannn
            
Akad nikah


                                       Kak ju..yg sulung


                                            Linda...kakak ke2







                                    Adik2 sepupu yang muda




                               Hari Persandingan di Rumah 


                                           


                          Tulisan aku yang marvellousss...haha


                                            Pelamin by Fitri




 









                                                                           
   
                       Persandingan di rumah Menantu sulung






Persandingan di umah menantu no 2: MUAR


  














 Geng konvoi mai dari Kedah


Makan beradab

Sarapan di muar..otw nak balik KL



KotaA Famosa


Anak sedara aunty mun yang shomel..Shasha Arissaaa...


Daaaaa,,
Habis sudah..
Bye2

Saturday, April 30, 2011

; Bila Hujan Tika Matahari Bersinar:

Saat sebelum ini,
Matahari itu megah bersinar,
Cahaya pancarannya yang cantik,
Dunia disinari dengan limpahan kasihnya,
Ditemani dengan angin bayu,
Dingin dan segar penghuni dunia ini
Indahnya dunia dan hidup tika itu,
Hingga penghuni dunia jangkakan ia berkekalan,
Siapa yang tidak mahu kedamaian sebegini,

Diibaratkan seperti hati,
Disinari cahaya kasih,sayang dan cinta,
Perasaan rindu menemani hati,
Penyeri buat empunya hati,
Indah tak terkata untuk seorang insan,

Tanpa dipinta,
Tanpa diduga,
Hujan melimpahi dunia,
Angin yang dianggap teman telah bertukar menjadi ribut musuh,
Kucar kacir dunia,
Huru hara penghuni duniawi itu,

Umpama hati dan jiwa jua,
Tak selalunya berseri-seri,
Tanpa diduga,
Datang perasaan yang menghiris hati,
Yang menggelapkan hati dengan perasaan didustai,
Benci, marah dan ego menghiasi hati kalbu itu,

Kalau Cinta itu diduga sedemikian,
Tabahla wahai insan,
Hati kamu sedang diduga,
Agar kamu lebih bahagia,
Agar kamu fahami rencah duniawi ini,
Jangan cepat kamu melatah,
Temani dirimu dengan istighfar,
Pastikan doa menemani qalbumu ketika diuji,
Doa, Laksanakan dan Tawakal,
Dan bisikkan dalam hatimu itu,
"Allah menemaniku ketika ini"
Kamu akan terasa hembusan angin bayu,
Sedekit demi sedikit,
Nikmatilah..
Dengan senyuman,

^_^



Sunday, April 17, 2011

Patutke lafazkan?

Bertemu kita kembali..hehe..
Tajuk kali ni ada kena mengena dengan persahabatan dan lafaz..
lafaz apa?
akad nikah ke?
luah perasaan ke?
Cerita 1:

mungkin sesetengah orang sayang akan sebuah persahabatan 
maka, dia tak akan buat perkara yang boleh merosakkan persahabatan tu.
Ada sepasang kekasih..yang dulunya bersahabat karib.
Kemana ada si jejaka disitu adanya si gadis..
mereka berkongsi segala duka dan suka..
Pemberi semangat antara satu sama lain..
Dalam diam, si jejaka tu ada hati pada si gadis ni..
tapi dia takut nak luahkan perasaan tu..
sebab dia takut kalau dia luahkan nanti si gadis tak dapat terima
dan akan jauhkan diri dari dia..
dia kata, kalau sebagai kawan, mereka masih lagi rapat
ketawa bersama2 dan semuala..
kalau dia bagitahu hal sebenar nanti mereka mungkin tak seperti sekarang..
sebab dia takut si gadis akan tolak perasaan dia dan tak mahu brkawan lagi
si jejaka ni terlalu rendah diri dan berasa tidak secocok dengan si gadis yang comel dan pandai tu.
maka, dia pun simpan ja la perasaan dia tu hampir dua tahun..
dalam tempoh 2 tahun tu, si jejaka tu selalu la berkias2 dengan si gadis tapi si gadis tu memang tak faham makud tersirat.
contohnya, waktu petang mereka ni akan borak2 dan si jejaka pun cakap la
"kalau saya dapat scor cemerlang stpm, saya nak lamar kamu"
"hahahaha"tu ja reaksi si gadis 
malangnya, si jejaka tak dapat keputusan yang dia impikan tapi dah cukup bagus kut result dia tu..
Si jejaka pun bawala result dia tunjuk pada si gadis..
dan si jejaka bagi coklat cadbury pada si gadis.wawawa..
si jejaka cakap "terima kasih bagi semangat pada saya untuk belajar"..
si gadis pun teringatla lamaran tu..tapi tak da reaksi dari si jejaka pun.
maka..keadaan seperti sediakala..


Diam2 berisi..rupa2nya..si gadis tu pun suka juga pada si jejaka..
hahaha..si jejaka ni terlalu sayang pada sebuah persahabatan sampai tak terluah perasaan sayang tu pun pada si gadis..
hampir 2 tahun berkawan, maka si gadis pun luahlah perasaan dia tu.
wawawa..
Si jejaka terima ka?Jeng jeng!
tau tak apa cite diorang sekarang?
si jejaka pun terimala..haha
mereka dah couple hampir 5 tahun sekarang.
memang romantik dan sweet paangan ni..
memang sempoija..sebab dulu hanya kawan rapat..
so habit semasa sebagai kawan tu still there..
yang paling lawaknya..diorang cite..
dulu masa kawan "kamu, saya"
tu bahasa diri mereka..
bila tiba2 nak panggil "sayang"
dua dua rasa geli semacam..haha
diorang take time jugala..sekarang dah bolehla
siap "syg, baby,ayg "dan mcm2la..kelakar diaorg ni
 berita gembira yg aku dapat dari mereka..
mereka akan berkahwin!!
aminnn...^_^

SO

Sepatutnya, si jejaka lafazkan ke tak perasaan dia?



Cerita ke 2:


Seorang lelaki yang sukakan pada seorang wanita..
boy ni dia hanya usha dari jauh je girl ni..
tegur idak, cakap lagi la idakya..
selepas setahun, hubungan mereka jadi rapat selepas terlibat dalam aktiviti di kampus sama2.
masa ni la..terserlah keakraban persahabatan mereka ni..
berkongsi masalah dan cerita..
pemberi semangat dan sebagainya..
girl ni memang anggap boy tu sebagai kawan dan dia pun memang suka berkawan..
sampai orang sekeliling pun perasan persahabatan antara mereka..
nak dijadikan ceritanya..
boy tu ambik langkah berani..
tau tak apa dia buat?
dia lafazkan perasaan dia pada si gadis..
haiii...
terkejutla girl tu..
sebab semua ni berlaku di luar jangkaan dia.
girl tu memang tak dapat terima boy tu..
sebab dia hanya boleh bagi kasih sayang sebagai seorang sahabat sahaja..
tau tak apa jadi pada mereka sekarang?
si boy tu dah jauhkan diri dari si girl tu..
hilangla hubungan persahabatan yang akrab antara mereka dulu kalanya..
si girl tu rindukan suasana persahabatan mereka..
semuanya musnah kerana sebuah lafaz perasaan.
so sad..huhu..T_T

SO

patutke nak lafaz perasaan tu?



*maka..dari dua cerita yang versi berbeza yang aku terima dan dengar..konklusiya apa?tak salah untuk salah seorang untuk meluahkan perasaan masing2..tapi berani2 lah tanggung risikonya..kalau dia menolak, janganlah musnahkan persahabatan yg dulunya amat indah..terimalah hakikat..tiba2 teringat lagu. selamat tinggal dari dina dan zizan..memang masuk dengan entry aku ni..hayatilah..aku pasti lirikan lagu itu mewakili perasaan para sahabat di luar sana..aku tujukan khas untuk semua sahabat2 ku yang aku kenal sejak lahir hingga ke saat nyawa ku ni..

chow..!
^_^
let's be a good friend forever!
yeehaa!

oh..oh..oh..

Salam..

oh..oh..oh..awat yaaa?haha..my mother tongue comes back..haha..al maklum la cuti2 dok umah ni.hehe.
kenapa dengan oh..oh..oh tu ya?tak da apa pun..heehee..ni tak tau nak tulis apa kat blog ni.bila baca komen kwn2 kat chat box tu menaikkan semangat nak tulis blog ni..
ookk!yezaa! i dah dapat idea nak tulis apa..ting!.k nantikan penulisan saya seterusnya..


*nak tukar lagu blog la..ambik mood..hehe

Friday, March 18, 2011

Wad Kanak-kanak--> Part 2

Salam..

Semalam berakhirlah seminggu aku bertugas di wad paedatrik/kanak2. First day kan aku kata nak resign...lepas tu aku dah boleh adapt environment dekat situ. Dah lama rasanya tak ada adik kecik sebab tu dah lupa skill nak tackle kanak2. Kalau baby ok la.Sebab selalu tackle anak saudara, shasha, hehe

Pengalaman dan panduan yang paling berharga untuk aku rasanya sebab aku dan semua orang akan bakal menjadi ibu kepada bakal anak-anak kan. So, sepanjang aku di wad, macam2 case adik2 yang masuk wad. Majoriti semua masuk disebabkan kucuaian mak ayah. Tapi semua dah takdir Allah..Dia yang telah menentukan semuanya walaupun kita peka macam mana pun.Kita yang diluar ni ambiklah iktibar.

Aku pernah cakap dengan kawan baik aku dulu. Aku cakap la," nanti anak2, saya xnak bagi main pasir or benda2 kotor, nanti dapat penyakit, sian dia"..best frend jawap , " ish kamu ni..bagi la anak2 rasa, pegang tanah,,biar dia belajar sendiri melaui sentuhan,kalau saya, bebas ja anak2 nak main, tapi saya tengok la.xdala tinggal camtu ja"..k

Aku medical background, so aku tau penyakit ni camna dapat dan so on. That' why aku lebih risau dan particular. Dia bisness background, memang xtau sangat pasal medical. Cara dia fikir tu betul, tak salah pun. Bagus bagi anak2 masa kecik tu belajar dari persekitaran dia. Dua-dua statement boleh digabungkan dan konklusinya, "PANTAU ANAK-ANAK".

Sekarang aku listkan case yang ada di wad. tak semua la..

1) Adik ni nama dia X, 2 tahun. Masa admit keadaan dia --> tangan kiri patah, leher pakai neck support tu sebab patah , muka habis becalar separuh. Memang sedih tengok dia. Tau x knp dia jadi camtu? accident?..bukan.
Ceritanya macam ni..ayah dia nak pi kedai. dia nak ikut tapi ayah dia tak bagi. Ayah dia park motor RXZ depan pagar dan bawa dia masuk. Ayah dia tak pasti sama ada dah kunci pintu rumah ke tak sebab anak dia ni dah pandai buka pintu sendiri even berkunci. Ayah dia ke dapur. Adik ni pun, keluar dan panjat motor tu sebab nak ikut juga ayah dia ke kedai. Entah macam mana, adik tu jatuh dari motor, tiba2 moator tu hempap dia. Muka dia sembah jalan tar,,tragisss...T_T 
Masa aku teman mak dia dan adik ni ke bilik operation, mak dia tatap je muka anak dia dan sebak. Aku yang tengok pun dah nak nangis. Mak mana yang tak sedih kalau anak jadi camni. Ayah dia plak sedih sangat dan tak leh tengok muka anak dia yang teruk tu, dia rasa cam nak buang motor tu dah.
Jadi, pantau anak2 anda.


2) Adik Y,lelaki, umur 6 tahun. Tebakar separuh badan. Adik ni main di tokong cina. Dia main lidi api tu yang cina gna sembahyang. Masa ni ayah dia dalam tokong, dia di luar. Tiba2 api tu terkena baju dia so burn la. Masa aku teman doctor nak cuci luka dia, doctor bagi first dose ubat tido. Tapi dia tak tido..adui..aku yang tungu dia jadi ngantok plak. Adik ni lawan dengan diri dia tak nak tido. Pejam celik. Aku dengan kwn aku dah tergelak2 tengok gelagat budak ni. Dah 15 min ttak tido lagi, doctor bagi second dose. Dia tak tido juga. Kebalnya budak ni. Doctor terpaksa terus kan juga cuci luka terbakar dia tu.memang sakit la..menjerit dia..aku dan kwn2 kena pegang dia. Kuat budak ni.Sian dia..sakit weee...
Jadi, pantau anak2 anda bila dia main api.

3)Adik ni orang asli, umor 2 tahun, Kena penyakit tangan, kaki dan mulut. Selalunya sebab poor hygiene la. Main2 tanah semua dan tak basuh tangan. Siap kena kuarantin lagi adik ni dalam wad sebab takut jangkit pada pesakit lain. Semalam dia dibebaskan dah sebab dia dah semakin sihat. Dia seronok sangat dan lari 1 wad..haha..kelakar la adik ni.
Jadi, pantau anak bila dia main dan pastikan kebersihanya,

Case2 yang lain banyak under medical macam appendik, neck abscess dan infection.
Apa yang aku nak cakap sini, tak salah kita nak bagi anak2 main semua tapi pantau la. Kalau boleh elakkan, Jangan marah dia tapi terangkan kenapa ni tak boleh dan sebagainya. Baru la anak2 faham dan tak memberontak. Be a smart parent! ^_^

Next week ward kanak2 lagi tapi ward tu lagi mencabar..hehe..gerun..fuhhh..

Blog Ke 2

Salam...

Dah lama agaknya dah tak update blog ni..hehe..bukan apa..sekarang ni aku ada second blog..mood sekarang plak lebih ke blog no 2 tu...so sekarang banyak tulis bog tu la..hehe..

Blog pertama ni lebih pada isu2 awam..haha..yang second tu more personal..tak semua boleh access blog ke 2 tu.hanya kwn2 rapat sahaja..hehe..(so yang tahu diam2 aja ye)..kalau korang terjumpa secara tak sengaja tu ok la..

Lagipun sekarang busy dengan posting dan coming final exam..so tak berapa sempat nak tulis..kang kalau tulis gak tak pasal2 tulis nota dalam blog ni..hehe..

Thanks for those who are visiting my blog..tq very much..come again for new issues..haha

Monday, March 14, 2011

Wad kanak2

Salam...

Hari ni first day kat wad kanak2...wawa..aku resign...bukan apa...boleh ja tahan dengan kerenah budak2..lagi pun aku suka..tapi...bila time nak buat observation..ambik masa 2 jam setengah..dengan mesin dan cuff bp macam2 hal..tambak plak budak2 menjerit nangis 1 wad dengar..memang stressor buat aku..haha..
Esok...harap2 lebih baik..
Tapi kesian sangat sgt tengok budak2 kecik ni dapat mcm2 penyakit..sedihnya...kecik2 dah kena uji...

sabarnya adik2ku...sememangnya kamu kuat sebab tu diuji sebegini..ting!.see you tommorrowww.. ^_^

Wednesday, March 2, 2011

Berehat Seketika

Salam...

Sudah lama menyepi dari menulis blog ini buat seketika..
Aku perlu pesongkan fikiranku kepada perkara2 lain buat sementara waktu ini..

Monday, February 14, 2011

: La Tahzan :

Bismillahirrahmanirahim..

14 February 2011~ Hari dukacita

Keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya lagi dari demam dan selsema. Datang ke kelas. Pagi ini aku dah dapat rasa ada sesuatu yang tak enak dihati akan berlaku. Secara kebetulan aku tergerak hati untuk memakai jubah dan tudung hitam ..dalam hati aku terdetik "macam nak berkabung ja hari ini"..suara hati itu hanya dibiarkan hilang sebegitu sahaja tanpa mengabdikan petanda disebalik itu.

Seperti biasa, aku akan tanya pada dayah yang merangkap setiausaha untuk aku sempena FAMILY'S DAY sebarang update info. Malam sebelum itu, aku suruh dia tanya pada PM kami next meeting bila. PM maklumkan pada dia hold dulu sebab ada masalah besar. Tetapi dayah tak maklumkan pada aku. Sampaila ke saat pagi ini baru dia bagitahu yang sekarang ada masalah besar tapi dia tak tahu apa masalah itu. Jadi, aku terus sms dan tanya PM. dia hanya balas "ada masalah besar, just tunggu keputusan main board". Aku ni agak terpinga-pinga sebab tak tahu apa masalah sebenarnya sedangkan aku assistant dia. Aku tanya lagi, kemudian baru dia balas "sis... nak cancel family day ni".. subhanAllah..agak terkejut.setengah jam selepas tu aku pergi toilet then bila balik diaorang panggil kata ada meeting tergempar dengan main board. Resultnya "family day ditangguhkan nesxt semester"..dengan begitu mudah. Aku memang speechless dan sedih bila teringat semua orang yang dah buat preparation.

Hadiah dah dibalut, venue dah ditempah, banner dah siap dan macam2 lagi persediaan dah dibuat hanya cuma menanti hari ja.Persoalannya, kenapa DIA batalkan aktiviti ini selepas 2 minggu dah approve?Kenapa tak reject dari awal or seminggu selepas approve?

Sekarang aku akan listkan turutan crita usaha kami semua commitee dalam nak jayakan program ini.
*Pada mulanya "Sport Day" (nama sebenar untuk  program ni) diacadangkan.Open committe untuk program ini dijalankan. Kemudian, main board gabungkan dengan Grand camping.So, open committee tu kena bubarkan. Last minit Grand camping kena tangguhkan sebab ada masalah venue. Akhirnya Sport Day berdiri dengan sendirinya..Maka bermula la episod sedih dan duka ini :

*20hb @ 21hb January -meeting kali pertama diadakan untuk siapkan proposal
*23hb- semua orang korbankan masa untuk siapkan kerja sebab exam akan bermula 24hb
*24hb- mid term exam bermula, masa yang sama treasurer, aku, s/u dan PM edit proposal. 
*27hb-aku, s/u dan PM rushing ke JHC selepas exam untuk hantar proposal, pada mulanya reject tapi DIA suruh edit bajet lagi. Dan suruh tukar nama SPORT DAY jadi FAMILY DAY
*28hb-hantar 2nd edited proposal selepas last paper exam
*31hb- PM dapat call sari DIA dan kena edit beberapa lagi. Sedangkan kami tengah cuti dan ada kat rumah. S/u dan aku edit dan hantar email. Masa ni proposal dah APPROVED!
*7hb- bermulala kerja kami, meeting, tempah venue dan sebagainya
*11hb- s/u pergi jumpa dia untuk sahkan invitation letter. DIA siap edit lagi untuk staff fee
*14hb-finally, dia cancelkan program ni...dengan hujah2nya yang tak mampu untuk dilawan

   Masa ni terbayangkan muka2 committee yang dah buat keja bertungkus lumus. Semangat semua orang untuk datang main dan sebagainya. Hanya dimusnahkan sekelip mata dengan perkataan dari mulutNYA. Bila kita nak cakap DIA suruh dengar kita cakap, akhirnya kita tak bercakap pun. So, dimata dia student selalu salah..mmmm...
Aku memang sedih..memang hari berkabung. dalam keadaan yang berpuasa dan agak keletihan. Masa ni aku hanya berdoa "Ya Allah, kau gantilah perkara buruk ini dengan sesuatu yang lebih baik..amin"
Alhamdulillah..aku mendapat berita gembira yang ditunggu2..Syukur sangat2...amin.

Sekarang ini aku agak putus asa untuk uruskan next aktiviti yang aku ada tanggungjawab selepas benda ni jadi. Old Folks ke Dungun 16hb dan baksis 25hb -27hb..
Ya Allah permudahkanlah kerja kami.

Thursday, February 10, 2011

Cinta Ibarat Kentut

Salam...

        ~ C.I.N.T.A.~  I.B.A.R.A.T. ~ K.E.N.T.U.T~

Apa pandangan korang bila baca statement tu?.

Huraian mengenai KENTUT:
-berbentuk angin
-kadang2 baunya busuk hampir 98%, wanginya hanya 2%
-semua org katakan "tidak" pada kentut
-ada ke org yg suka bau kentut?

       Jadi kenapa akan ada orang mengklasifikasikan Cinta Yang Sepatutnya Indah Itu sebagai KENTUT?
Mungkin dia bertemu Cinta dengan Orang Yang SALAH
Mungkin dia tidak merasa Kenikmatan Cinta yang sepatutnya
Mungkin dia salah tafsirkan Sayang itu sebagai Cinta
Mungkin dia bercinta dengan jalan yang salah
Mungkin dia mempunyai kekasih yang suka kentut

     Kalau kamu bertemu cinta yang sememangnya ditakdirkan sebagai milikmu, maka kentut itu kamu akan rasa begitu indah
     Jika kamu ikhlas dan jujur dalam mencari cinta, maka kamu akan memiliki cinta yang seindah dan semerbak bunga mawar
     Andai hati kamu tergerak dengan perasaan kasih atau suka, maka perjelaskan perasaan itu dan bezakan antara sayang dan cinta agar kamu tidak terasalah langkah
     Maka, jangan biarkan Cinta hanya datang sebentar dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti menyakitkan hidung kita untuk memhidunya
     Dan jangan biarkan Cinta itu pergi dan hilang sperti angin yang datang sebentar untuk menyapa dirimu.
     Kalau Cinta yang sebentar itu amat menyakitkan kamu, maka lepaskanlah kerna Cinta yang kamu miliki itu memang diibaratkan sebagai  kentut
     Yang pasti, perjelaskan dalam hatimu Cinta bagaimanakah yang kamu inginkan
     Model Cinta yang paling indah dan wangi adalah Cinta Allah SWT pada umatnya.

ps: Jangan berlakon untuk menjadi seorang yang baik dan ikhlas dalam meraih hati seseorang,apabila hajatmu tidak tercapai maka hilanglah segala kebaikkan kamu padanya. Tidakkah itu namanya hipokrit. Maka, jadilah dirimu yang sebenar, biarkan mereka terpaut dengan dirimu yang bersahaja itu tanpa plastik atau lapisan yang menutupi segala cela. Kerna lambat laun pasangan kamu itu akan kenal juga siapa diri kamu yang sebenar. Jadi bak kata pepatah yang " semasa bercinta kentut pun wangi, lepas kawin kentut semua jadi busuk" ini tidak menjadi amalan kita. Tunjukkan dirimu yang sebenar!