Friday, March 18, 2011

Wad Kanak-kanak--> Part 2

Salam..

Semalam berakhirlah seminggu aku bertugas di wad paedatrik/kanak2. First day kan aku kata nak resign...lepas tu aku dah boleh adapt environment dekat situ. Dah lama rasanya tak ada adik kecik sebab tu dah lupa skill nak tackle kanak2. Kalau baby ok la.Sebab selalu tackle anak saudara, shasha, hehe

Pengalaman dan panduan yang paling berharga untuk aku rasanya sebab aku dan semua orang akan bakal menjadi ibu kepada bakal anak-anak kan. So, sepanjang aku di wad, macam2 case adik2 yang masuk wad. Majoriti semua masuk disebabkan kucuaian mak ayah. Tapi semua dah takdir Allah..Dia yang telah menentukan semuanya walaupun kita peka macam mana pun.Kita yang diluar ni ambiklah iktibar.

Aku pernah cakap dengan kawan baik aku dulu. Aku cakap la," nanti anak2, saya xnak bagi main pasir or benda2 kotor, nanti dapat penyakit, sian dia"..best frend jawap , " ish kamu ni..bagi la anak2 rasa, pegang tanah,,biar dia belajar sendiri melaui sentuhan,kalau saya, bebas ja anak2 nak main, tapi saya tengok la.xdala tinggal camtu ja"..k

Aku medical background, so aku tau penyakit ni camna dapat dan so on. That' why aku lebih risau dan particular. Dia bisness background, memang xtau sangat pasal medical. Cara dia fikir tu betul, tak salah pun. Bagus bagi anak2 masa kecik tu belajar dari persekitaran dia. Dua-dua statement boleh digabungkan dan konklusinya, "PANTAU ANAK-ANAK".

Sekarang aku listkan case yang ada di wad. tak semua la..

1) Adik ni nama dia X, 2 tahun. Masa admit keadaan dia --> tangan kiri patah, leher pakai neck support tu sebab patah , muka habis becalar separuh. Memang sedih tengok dia. Tau x knp dia jadi camtu? accident?..bukan.
Ceritanya macam ni..ayah dia nak pi kedai. dia nak ikut tapi ayah dia tak bagi. Ayah dia park motor RXZ depan pagar dan bawa dia masuk. Ayah dia tak pasti sama ada dah kunci pintu rumah ke tak sebab anak dia ni dah pandai buka pintu sendiri even berkunci. Ayah dia ke dapur. Adik ni pun, keluar dan panjat motor tu sebab nak ikut juga ayah dia ke kedai. Entah macam mana, adik tu jatuh dari motor, tiba2 moator tu hempap dia. Muka dia sembah jalan tar,,tragisss...T_T 
Masa aku teman mak dia dan adik ni ke bilik operation, mak dia tatap je muka anak dia dan sebak. Aku yang tengok pun dah nak nangis. Mak mana yang tak sedih kalau anak jadi camni. Ayah dia plak sedih sangat dan tak leh tengok muka anak dia yang teruk tu, dia rasa cam nak buang motor tu dah.
Jadi, pantau anak2 anda.


2) Adik Y,lelaki, umur 6 tahun. Tebakar separuh badan. Adik ni main di tokong cina. Dia main lidi api tu yang cina gna sembahyang. Masa ni ayah dia dalam tokong, dia di luar. Tiba2 api tu terkena baju dia so burn la. Masa aku teman doctor nak cuci luka dia, doctor bagi first dose ubat tido. Tapi dia tak tido..adui..aku yang tungu dia jadi ngantok plak. Adik ni lawan dengan diri dia tak nak tido. Pejam celik. Aku dengan kwn aku dah tergelak2 tengok gelagat budak ni. Dah 15 min ttak tido lagi, doctor bagi second dose. Dia tak tido juga. Kebalnya budak ni. Doctor terpaksa terus kan juga cuci luka terbakar dia tu.memang sakit la..menjerit dia..aku dan kwn2 kena pegang dia. Kuat budak ni.Sian dia..sakit weee...
Jadi, pantau anak2 anda bila dia main api.

3)Adik ni orang asli, umor 2 tahun, Kena penyakit tangan, kaki dan mulut. Selalunya sebab poor hygiene la. Main2 tanah semua dan tak basuh tangan. Siap kena kuarantin lagi adik ni dalam wad sebab takut jangkit pada pesakit lain. Semalam dia dibebaskan dah sebab dia dah semakin sihat. Dia seronok sangat dan lari 1 wad..haha..kelakar la adik ni.
Jadi, pantau anak bila dia main dan pastikan kebersihanya,

Case2 yang lain banyak under medical macam appendik, neck abscess dan infection.
Apa yang aku nak cakap sini, tak salah kita nak bagi anak2 main semua tapi pantau la. Kalau boleh elakkan, Jangan marah dia tapi terangkan kenapa ni tak boleh dan sebagainya. Baru la anak2 faham dan tak memberontak. Be a smart parent! ^_^

Next week ward kanak2 lagi tapi ward tu lagi mencabar..hehe..gerun..fuhhh..

Blog Ke 2

Salam...

Dah lama agaknya dah tak update blog ni..hehe..bukan apa..sekarang ni aku ada second blog..mood sekarang plak lebih ke blog no 2 tu...so sekarang banyak tulis bog tu la..hehe..

Blog pertama ni lebih pada isu2 awam..haha..yang second tu more personal..tak semua boleh access blog ke 2 tu.hanya kwn2 rapat sahaja..hehe..(so yang tahu diam2 aja ye)..kalau korang terjumpa secara tak sengaja tu ok la..

Lagipun sekarang busy dengan posting dan coming final exam..so tak berapa sempat nak tulis..kang kalau tulis gak tak pasal2 tulis nota dalam blog ni..hehe..

Thanks for those who are visiting my blog..tq very much..come again for new issues..haha

Monday, March 14, 2011

Wad kanak2

Salam...

Hari ni first day kat wad kanak2...wawa..aku resign...bukan apa...boleh ja tahan dengan kerenah budak2..lagi pun aku suka..tapi...bila time nak buat observation..ambik masa 2 jam setengah..dengan mesin dan cuff bp macam2 hal..tambak plak budak2 menjerit nangis 1 wad dengar..memang stressor buat aku..haha..
Esok...harap2 lebih baik..
Tapi kesian sangat sgt tengok budak2 kecik ni dapat mcm2 penyakit..sedihnya...kecik2 dah kena uji...

sabarnya adik2ku...sememangnya kamu kuat sebab tu diuji sebegini..ting!.see you tommorrowww.. ^_^

Wednesday, March 2, 2011

Berehat Seketika

Salam...

Sudah lama menyepi dari menulis blog ini buat seketika..
Aku perlu pesongkan fikiranku kepada perkara2 lain buat sementara waktu ini..

Monday, February 14, 2011

: La Tahzan :

Bismillahirrahmanirahim..

14 February 2011~ Hari dukacita

Keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya lagi dari demam dan selsema. Datang ke kelas. Pagi ini aku dah dapat rasa ada sesuatu yang tak enak dihati akan berlaku. Secara kebetulan aku tergerak hati untuk memakai jubah dan tudung hitam ..dalam hati aku terdetik "macam nak berkabung ja hari ini"..suara hati itu hanya dibiarkan hilang sebegitu sahaja tanpa mengabdikan petanda disebalik itu.

Seperti biasa, aku akan tanya pada dayah yang merangkap setiausaha untuk aku sempena FAMILY'S DAY sebarang update info. Malam sebelum itu, aku suruh dia tanya pada PM kami next meeting bila. PM maklumkan pada dia hold dulu sebab ada masalah besar. Tetapi dayah tak maklumkan pada aku. Sampaila ke saat pagi ini baru dia bagitahu yang sekarang ada masalah besar tapi dia tak tahu apa masalah itu. Jadi, aku terus sms dan tanya PM. dia hanya balas "ada masalah besar, just tunggu keputusan main board". Aku ni agak terpinga-pinga sebab tak tahu apa masalah sebenarnya sedangkan aku assistant dia. Aku tanya lagi, kemudian baru dia balas "sis... nak cancel family day ni".. subhanAllah..agak terkejut.setengah jam selepas tu aku pergi toilet then bila balik diaorang panggil kata ada meeting tergempar dengan main board. Resultnya "family day ditangguhkan nesxt semester"..dengan begitu mudah. Aku memang speechless dan sedih bila teringat semua orang yang dah buat preparation.

Hadiah dah dibalut, venue dah ditempah, banner dah siap dan macam2 lagi persediaan dah dibuat hanya cuma menanti hari ja.Persoalannya, kenapa DIA batalkan aktiviti ini selepas 2 minggu dah approve?Kenapa tak reject dari awal or seminggu selepas approve?

Sekarang aku akan listkan turutan crita usaha kami semua commitee dalam nak jayakan program ini.
*Pada mulanya "Sport Day" (nama sebenar untuk  program ni) diacadangkan.Open committe untuk program ini dijalankan. Kemudian, main board gabungkan dengan Grand camping.So, open committee tu kena bubarkan. Last minit Grand camping kena tangguhkan sebab ada masalah venue. Akhirnya Sport Day berdiri dengan sendirinya..Maka bermula la episod sedih dan duka ini :

*20hb @ 21hb January -meeting kali pertama diadakan untuk siapkan proposal
*23hb- semua orang korbankan masa untuk siapkan kerja sebab exam akan bermula 24hb
*24hb- mid term exam bermula, masa yang sama treasurer, aku, s/u dan PM edit proposal. 
*27hb-aku, s/u dan PM rushing ke JHC selepas exam untuk hantar proposal, pada mulanya reject tapi DIA suruh edit bajet lagi. Dan suruh tukar nama SPORT DAY jadi FAMILY DAY
*28hb-hantar 2nd edited proposal selepas last paper exam
*31hb- PM dapat call sari DIA dan kena edit beberapa lagi. Sedangkan kami tengah cuti dan ada kat rumah. S/u dan aku edit dan hantar email. Masa ni proposal dah APPROVED!
*7hb- bermulala kerja kami, meeting, tempah venue dan sebagainya
*11hb- s/u pergi jumpa dia untuk sahkan invitation letter. DIA siap edit lagi untuk staff fee
*14hb-finally, dia cancelkan program ni...dengan hujah2nya yang tak mampu untuk dilawan

   Masa ni terbayangkan muka2 committee yang dah buat keja bertungkus lumus. Semangat semua orang untuk datang main dan sebagainya. Hanya dimusnahkan sekelip mata dengan perkataan dari mulutNYA. Bila kita nak cakap DIA suruh dengar kita cakap, akhirnya kita tak bercakap pun. So, dimata dia student selalu salah..mmmm...
Aku memang sedih..memang hari berkabung. dalam keadaan yang berpuasa dan agak keletihan. Masa ni aku hanya berdoa "Ya Allah, kau gantilah perkara buruk ini dengan sesuatu yang lebih baik..amin"
Alhamdulillah..aku mendapat berita gembira yang ditunggu2..Syukur sangat2...amin.

Sekarang ini aku agak putus asa untuk uruskan next aktiviti yang aku ada tanggungjawab selepas benda ni jadi. Old Folks ke Dungun 16hb dan baksis 25hb -27hb..
Ya Allah permudahkanlah kerja kami.

Thursday, February 10, 2011

Cinta Ibarat Kentut

Salam...

        ~ C.I.N.T.A.~  I.B.A.R.A.T. ~ K.E.N.T.U.T~

Apa pandangan korang bila baca statement tu?.

Huraian mengenai KENTUT:
-berbentuk angin
-kadang2 baunya busuk hampir 98%, wanginya hanya 2%
-semua org katakan "tidak" pada kentut
-ada ke org yg suka bau kentut?

       Jadi kenapa akan ada orang mengklasifikasikan Cinta Yang Sepatutnya Indah Itu sebagai KENTUT?
Mungkin dia bertemu Cinta dengan Orang Yang SALAH
Mungkin dia tidak merasa Kenikmatan Cinta yang sepatutnya
Mungkin dia salah tafsirkan Sayang itu sebagai Cinta
Mungkin dia bercinta dengan jalan yang salah
Mungkin dia mempunyai kekasih yang suka kentut

     Kalau kamu bertemu cinta yang sememangnya ditakdirkan sebagai milikmu, maka kentut itu kamu akan rasa begitu indah
     Jika kamu ikhlas dan jujur dalam mencari cinta, maka kamu akan memiliki cinta yang seindah dan semerbak bunga mawar
     Andai hati kamu tergerak dengan perasaan kasih atau suka, maka perjelaskan perasaan itu dan bezakan antara sayang dan cinta agar kamu tidak terasalah langkah
     Maka, jangan biarkan Cinta hanya datang sebentar dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti menyakitkan hidung kita untuk memhidunya
     Dan jangan biarkan Cinta itu pergi dan hilang sperti angin yang datang sebentar untuk menyapa dirimu.
     Kalau Cinta yang sebentar itu amat menyakitkan kamu, maka lepaskanlah kerna Cinta yang kamu miliki itu memang diibaratkan sebagai  kentut
     Yang pasti, perjelaskan dalam hatimu Cinta bagaimanakah yang kamu inginkan
     Model Cinta yang paling indah dan wangi adalah Cinta Allah SWT pada umatnya.

ps: Jangan berlakon untuk menjadi seorang yang baik dan ikhlas dalam meraih hati seseorang,apabila hajatmu tidak tercapai maka hilanglah segala kebaikkan kamu padanya. Tidakkah itu namanya hipokrit. Maka, jadilah dirimu yang sebenar, biarkan mereka terpaut dengan dirimu yang bersahaja itu tanpa plastik atau lapisan yang menutupi segala cela. Kerna lambat laun pasangan kamu itu akan kenal juga siapa diri kamu yang sebenar. Jadi bak kata pepatah yang " semasa bercinta kentut pun wangi, lepas kawin kentut semua jadi busuk" ini tidak menjadi amalan kita. Tunjukkan dirimu yang sebenar!
      



Saturday, February 5, 2011

Rawatan Resdung

Saya dah dapat alamat rawatan traditional resdung. So, siapa2 yang nak cuba boleh msg kat inbox saya di facebook or email murni_nus89@yahoo.com..... Tq

Friday, February 4, 2011

Periuk Oren!

Salam

Kerana terlalu taksub kepada warna oren..aku telah berjaya membeli periuk warna oren untuk hadiah pengantin..haha..sangatla awesome! Yess! ^_^

Wednesday, February 2, 2011

Resdung Part 2

Salam...

          Alhamdulilah.. ramai yang tertarik dengan entri blog saya "Resdung & Sinusitis". Setelah putus asa dengan rawatan moden yang tak menjadi, maka ramai yang beralih kepada rawatan traditioal. Bukanlah untuk promosi atau apa, tapi saya mengaku yang rawatan traditional yang saya buat tu memang berkesan dan puas hati. Sekali rawatan charge dikenakan RM20 (harga mungkin tetap or berubah dah sekarang"). Kalau resdung korang teruk, kakak tu  akan nasihatkan buat rawatan tu 3 kali berturut. Resdung saya tak teruk sangat, so buat sekali ja.

          Ramai yang tanya saya dimana tempat rawatan resdung tu.Tempat rawatan traditional tu dekat rawang area flat tun teja. Saya tak dapat lagi exact address dan contact number. Nanti bila dah dapat saya akan post dekat blog saya ni k.


Rimas + Lemas = Serabut

Salam..

 Facebook menyebabkan kes penceraian meningkat
Facebook menyebabkan episode cinta oleh si penipu berkuasa
      
          Antara perkara negatif yang aku dengar pasal FB. Mula2 tu hanya dengar ikut telinga kiri keluar telinga kanan, hanya singgah ke otak buat beberapa saat ja. Tapi sekarang benda tu betul2 stop dan bermaustatin di otak aku. Mana tak nya, ada seorang rakan aku dah kena tipu oleh suami orang yang menyamar menjadi bujang (jadi bujang balik baru tau atau nama lain duda). Aku pula jenis accept ja friend request kat FB tu, kebetulan laki yang berlagak bujang tu add.Aku accept ja. Then kawan girl aku ni tanya la ada tak laki sekian2 dan perempuan sekian2 add..Aku cek balik ada.Dushh! Then dia citela..ooo..laki tu rupanya. Tapi kenapa wife dia pun add aku juga.So kami rasa laki tu gunakan FB bini dia. Semalam bini dia ada tegur aku dekat chat. Aku hanya akan balas chat orang jika dia perempuan or aku kenal. So, lelaki2 yang chat dan aku tak balas, maaf ye saya bukan jenis perempuan yang suka melayan lelaki tanpa tahu latar belakang. Kecuali hal penting is okey!  Petang tadi, laki tu tegur di chat tapi aku tak balas.Aku rasa geram plak. Dah kawin buatla cara kawin. Tak kesian ke kat isteri dan anak2..Malu la sikit..

       Keduanya, ramai orang bercinta melalui FB. Kalau korang jumpa pasangan yang benar2 jujur..alhamdulilah.Kalau yang sebalikya macam mana?nauzubillah. Berwaspadala..FB ni ada kebaikannya jika kita gunakan cara yang betul

     Yang buat aku rimas sekarang, ramai plak yang tegur aku dekat chatting box. Padahal tak kenal pun. Nak appear offline nanti susah plak nak guna utk chatt orang2 yang penting ..al maklum la benda free dan sebagai alat komunikasi.. So maaflah, kalau kamu tegur aku dekat chatting box seribu kali pun tapi aku tak balas. Anggapla saya sangat busy ketika itu..hehe.. tapi memang pun. Kalau orang yang aku kenal pun kalau tegur dekat chatt aku tak balas juga kalau tengah busy. FB memang on tapi aku tak da dekat line pun sebab aku biar ja laptop terbuka dekat meja study.

      Pesanan: jangan mudah tertipu orang2 di FB. cukupla sekadar untuk berhubung dengan sahabat lama dan family. ^_^




     

Monday, January 31, 2011

BiLa CiNtA

 Cinta itu tidak perlu dikejar, 
Jika dikejar ia akan lari,
Cinta itu tidak perlu diingati, 
Jika diingati ia akan meresahkan,
Saat ini aku sentiasa resah.
Andai aku mempunyai sayap,
Akan ku terbang kepadamu,
Andai ada puteri ajaib,
Akan ku minta tiga perkara,
Pertama:
Agar kau selalu mencintaiku,
Kedua:
MOga kau menerimaku seadanya,
Ketiga:
Cintaiku setulus hatimu,


~Kasihiku seperti kau mengasihi ibumu~

Thursday, January 20, 2011

Bila Cinta Ini....

Bismillahirahmanirrahim..

Tidak dinafikan, isu perkahwinan di UIA ini memang tak pernah padam. Mana tak nya, setiap semester akan ada mempelai baru, setiap saat itu jugala orang ramai akan bertanya-tanya : siapa? Bila? Di mana? Dan seumpamanya.
          Bukan apa, Islamic environment di UIA ini agak bagus sebab ia menggalakkan perkahwinan dan mengelakkan berpasang-pasangan sebelum berkahwin. Maka, ramaila yang mempunyai hasrat ingin berkahwin waktu belajar. Bagus juga, sebab yang penting kita boleh jaga iman kita, jaga hati kita, jaga maruah dan akhlak kita dan yang paling penting jaga imej Islam itu sendiri.
          Beberapa hari sebelum ini, aku ada terdengar sebuah talk mengenai perkahwinan dan tanggungjawab suami dan isteri. Kita nak kawin bukan hanya memikirkan keseronokkan semata-mata (harap2 korang faham apa yang aku maksudkan). Kita perlu fikir tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai suami dan isteri mengikut Islam itu sendiri. Maka perkahwinan itu memerlukan pengisian antara suami dan isteri. Jadi, aku akan senaraikan beberapa Do dan Don’t terutamanya pada wanita-wanita.
          Aku tujukan khas buat kakak-kakak ku yang bakal berkahwin.Ambiklah sebagai peringatan dan praktikkan kelak. Walaupun adikmu ini belum berkahwin. ^_^


Do & Don’t

1)   Bersalaman dengan suami ketika hendak ke kerja atau keluar ( setiap salaman itu akan mengugurkan 20 dosa)

2)   Sebelum tido, minta maaf dengan suami

3)   Dengar cakap suami (patuh dengan suami selagi perkara itu tidak melanggar prinsip Islam. Eg: jika suami tidak benarkan memakai pakaian yang dedahkan aurat, maka JANGAN pakai)

4)   Hidang makanan pada suami

5)   Jika suami menegur/ marah, jangan tolehkan muka ke arah lain. 

6)   Jika suami panggil isteri masuk bilik, maka tinggallah segala pekerjaanmu. (Jika ingkar, kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai keesokkan subuhnya)

7)   Kena ada perasaan malu dengan suami (jangan suami cakap 5 patah, isteri menjawab 50 patah )

8)   Jaga harta suami (semua hak suami hendaklah meminta izin jika hendak bagi pada orang lain. Eg: suami beli buah oren, isteri nak bagi pada jiran sedikit, jadi isteri kena minta izin suami dulu)

9)   Pakai bau-bauan disamping suami

10)                     Jemput suami dimuka pintu bila pulang kerja

11)                     Jaga penampilan diri untuk suami

12)                     Walaupun kita dah bekerja dan hendak beli something menggunakan duit kita sendiri, kena minta izin suami dulu

13)                     Jaga aurat

14)                     Jaga maruah suami

15)                     Jangan keluar tanpa izin suami

16)                     Suami hendaklah menasihati isteri untuk melakukan kebaikan (kerna suami yang akan menanggung dosa isteri dan anak2nya. Jika isteri tidak menutup aurat maka suami yang tanggung)

17)                     Suami kena memberi nafkah walaupun isteri bekerja (jika suami tidak mampu, bagilah sebanyak mana yang ada walaupun 10 sen)

18)                     Suami kena menjadi ketua keluarga yang sebaik-baiknya (jangan jadikan keluarga kamu jahil tanpa solat, puasa , zakat dan sebagainya)

         Ini beberapa peringatan yang dapat aku bagi..Tetapi banyak lagi. Jadi, kakak-kakak ku, penuhkan ilmu dihatimu sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Praktikkan dari sekarang agar semua dipermudahkan kelak. Ingatlah, jika kita tidak berubah dari sekarang nescaya selepas berkahwin demikian rupa jua.
Wasalam,

~ Memburu identiti~




Saturday, January 15, 2011

Cahaya fitrah yang memanggil


Hatiku gelisah,
Kerna ada sesuatu yang ku inginkan,
Namun aku tidak dapat mencapainya,

Jauh disudutku,
Ada sinar cahaya,
Cahaya fitrahku,
Cahaya yang mampu memimpinku,
Cahaya yang aku impikan,

Namun,
Tanganku tidak dapat mengapainya,
Kakiku keras bagaikan tiang,
Mataku hanya mampu merenung dari jauh,
Hatiku meronta-ronta,
Untuk pergi ke cahaya itu,

Ya Allah,
Permudahkanlah pergerakanku,
Lembutkanlah hatiku,
Aku hanya mampu menangis,
Kerna,
Aku terseksa,
Cahaya itu ada didepanku,
Malangnya,
Aku kaku,

Ya Allah,
Kuatkan hatiku,
Kukuhkan suara fitrahku,
Alihkan tembok dihadapanku,
Aku merayu.

Sudah berapa kali aku cuba,
Namun aku gagal disebabkan tembok itu,
Permudahkanlah untuk aku,
Ya Allah,
Ya Rabbi,
~Aku memburu CintaMu~


Friday, January 14, 2011

: Talk on Cinta :

Bismillahirahmanirrahim..

         Alhamdulilah..Allah panjangkan umurku untuk aku menulis dan berkongsi dengan orang lain dengan ilmu apa yang dipinjam oleh Allah padaku..

        Aku baru saja balik daripada  dengar talk on cinta yang bertajuk "let's get married". Talk ni dianjurkan dari kulliyyah aku sendiri iaitu Nursing. Sambutan yang amat menggalakan..Sampai seat tak cukup. Hanya menggunakan title "cinta" dan "married" sudah cukup untuk menarik perhatian golongan mudah untuk menghadiri majlis ilmu. Selalunya dengar ja word "ceramah" semua memesongkan fikiran dengan benda dunia.

     Speaker yang dijemput adalah Ustz Riedha (maaf kalau salah eja) asal dari Pendang, Kedah. Orang kampung aku. Cara dia bagi talk sangat menarik dan terhibur. Tanpa melengahkan masa lagi, mari aku cerita isi mengenai "let's get married".

     Sebelum ustaz dijemput, ada tayangan movie yang dibuat oleh committee. Pandangan2 dari pelajar2 UIA yang dah berkahwin dan belum berkahwin mengenai kahwin ketika belajar. Sangat menarik sebab real experience. 

    Ustaz cakap" marriage is something about choose the right person, right time and right attention ".
Dia tanya pulak "kenapa kita nak kahwin? "..Adakah kita kawin untuk di dunia atau sampai hujung usia?
Hanya beberapa bro dan sis yang mengangkat tangan sebagai tanda setuju. Ustaz cakap matlamat dia kahwin adalah "ustaz nak bersama dengan isteri ustaz sehingga selepas mati dan bertemu di syurga"..Maha suci Allah
Kerana, sesungguhnya seorang perempuan mudah untuk memasuki syurga jika dia taat pada suami, puasa, solat dan tutup aurat. Maka jika seorang perempuan memenuhi kriteria ini, dia mampu memasuki syurga dan bertemu dengan suaminya kelak dengan izin Allah.

     Jadi, apa matlamat kita kahwin?Adakah hanya untuk mendapatkan zuriat semata-mata (hanya memikirkan output tanpa memikirkan proses)?..Tanya dalam hati kita..

    Orang yang hebat adalah orang yang membentukkan sesuatu untuk mendapatkan ending nya..Sebagai contoh kalau kita nak buat program..Ending atau matlamat kita adalah untuk merapatkan ukhwah. maka baru orang akan memikirkan program yang mencapai matlamat tersebut. Aplikasinya dalam perkahwinan, jika kita tidak meletakkan matlamat atau ending yang kita mahu dari sebuah perkahwinan, maka banyakla penceraian berlaku. apabila kita tahu matlamat kita , maka kita akan memilih seseorang atau mencorakkan hubungan kita dengan berlandaskan Islam.

    Ustaz mempunyai dua isteri sama juga isterinya yang mempunyai dua suami. Suami pertama ustaz adalah Islam..manakala suami pertama isteri ustaz adalah Islam..Jadi, apa2 pun dalam kehidupan mereka, mereka akan utamakan Islam, berlandaskan Islam dan bersandarkan kepada Syariat Islam.
      
     Basically, the main point that bring by Ustaz is "what the purpose we want to marry"..Dia tekankan cara kita bina hubungan itu sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Apa Do dan Dos.

     Pesanan Ustaz, jangan gelojoh untuk mencari pasangan, Percaya pada Allah sebab Allah Maha Adil. Jangan terlalu bergantung pada insiatif kemanusiaan seperti sanggup berlapar untuk simpan duit kahwin. Sedangkan orang bukan Islam pun buat benda yang sama..Maka apa yang membezakan antara kita dan orang bukan Islam?

    Jawapannya, Matlamat, Islam, cara perlakuan kita sebelum, semasa dan selepas berkahwin.
      
    Pesanan terakhir ustaz adalah " pada sesiapa yang selalu naik moto sama2, keluar naik keta sama2 dan berpegangan tangan, bertaubatla...anda belum terlambat"
    "kalau kita tak berubah sebelum kahwin, percayalah selepas kahwin pun kita takkan berubah"
    "apa yang kita buat sekarang, pasti akan dituruti oleh anak2 kita nanti sebab ia dididik sejak dalam perut"
   " rasalah kenikmatan cinta selepas berkahwin, apabila sesudah akad nikah, pertama kali kita bersalaman dengan pasangan kita dan mengucup dahinya"
  
~ Cinta Itu Indah Jika Berlandaskan Islam~ Allahuakbar!


* Fasa pertama *

Bismillahirrahmanirrahim..

        Alhamdulilah..10 January 2011..sudah selesai fasa pertama..ada dua fasa lagi..Fasa yang ditunggu oleh semua yang bernama insan tidak kira lelaki atau perempuan..

Ya Allah..permudahkan segalanya buat kami..amin..Kami hanya mampu merancang..


Wednesday, January 12, 2011

Masa mengejarku...

Bismillahirrahmanirrahim...
       
       Alhamdulillah..masih bernyawa aku, masih aku mampu mencoret dalam blog ni..Terima Kasih Ya Allah..
Dah lama rasanya tak update my beloved blog ni.Sibuk dengan pelbagai tugas terutamanya tugas sebagai hamba Allah dan pelajar. Mencari ilmu dan membuat kebaikan..Menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah untuk mengelakkan diri membuat perkara yang tidak bermanfaat..

      Minggu lepas dan seterusnya, aku sibuk siapkan assignment yang perlu dihantar sebelum cuti raya cina..Dengan exam semakin dekat lagi...huhu..satu pun tak study lagi..sebab tu sekarang tengah sibuk siapkan assignment so boleh fokus pada study. Minggu depan plak akan sibuk dengan interkuliyyah tournament..Biro sport & rec aku yang kena handle. Sem ni aku hanya terlibat untuk volleyball ja..Kalau sem lepas volleyball dan netball..Kelam kabut rasa hidup sat nak lari pi main volley sat lari nak main netball kalau jadual games jatuh pada hari yang sama. Alhamdulillah..ramai sister yang boleh main netball so tak da la aku diperlukan sangat untuk game netball tu. Lagipun dari awal aku dah nak tarik diri sebab keadaan kaki yang tak berapa stabil untuk sukan yang berlari ni..ni kesan dari jatuh tangga dan terseliuh..sikit nikmat Allah dah ditarik dari aku..ujian...Jadi sekarang aku boleh fokus pada volley.

     Setiap perkara ada hikmah disebaliknya..mungkin kekurangan diberi tapi digantikan dengan sedikit kelebihan.

       Aku rasa sedikit keajaiban yang diberi padaku dari Allah. Dari sekolah lagi aku dah mula main volleybal tapi memang tak terer sangat. Nak serve tu nak lepas tu sangat la susah..nak setting or dagging pun memang tak pandai. Bila masuk UIA, first year aku dan kak intan kena masuk volley sebab tak da wakil dari batch kita orang..Situasi masih sama..Memng tak pandai..Alhamdulilah, sem ni secara semula jadinya aku pandai main..agak terkejut pada mulanya..aku ingat aku ja perasan tapi senior pangkat coach aku puji dan kata aku banyak improvement dan main bagus..waaaa..sangat hepi..Terima kasih ya Allah..aku tahu ilmu dan kecekapan yang ada pada aku sekarang dipinjam dariMu.Masa tu aku terfikir, semua ni hak Allah..bila2 masa ja Dia boleh ambik dan bagi..maka bersyukur dengan segala kelebihan yang Allah beri.

     Setakat ini saja..inshAllah, panjang umur dan ada masa akan aku update keputusan interkulliyyah tournament nanti..Doakan untuk N>U>R>S>I>N>G..kami hebat di medan merawat dan padang..
^_^

Saturday, January 1, 2011

1 + 1=? Jawapannya bukan 2.

Bismillahirrahmanirrahim..
Apabila Islam dan Muslim menjadi dua benda yang berbeza

Part  1 :  Aku bertemu dengan Islam dalam diri bukan seorang 
                 Muslim
Ustaz hasrizal menceritakan kisah hidupnya sewaktu menunggu saat kelahiran cahaya mata sulungnya. Anaknya dilahirkan di luar negara. Hospital yang ustaz pilih bukanlah hospital Islam apatah lagi bukan sebuah Negara Islam..
   Ustaz dibenarkan masuk ke bilik bersalin untuk menemani isterinya.  Dia setia disamping isterinya yang  sedang berjihad untuk melahirkan seorang umat Allah ke muka bumi ini. Doktor yang menguruskan sesi isterinya bersalin bukan seorang umat Islam apatah lagi seorang muslim. Ustaz sentiasa memberi kata semangat kepada penyeri hatinya itu. Tatkala resah pada detik genting itu, doktor  memanggil ustaz secara tiba-tiba. Doktor  menyuruh ustaz supaya meletakkan tangannya untuk menyambut kepala anaknya. Kepala bayi itu sudah nampak dengan jelas dan akan keluar bila-bila masa aja. Ustaz pun letakla kedua-dua tangannya seperti yang disuruh oleh doktor tu. Tidak lama kemudian tu, anak sulung ustaz lahir dengan disambut oleh tangannya sendiri..SubhanAllah..indah sangat saat tu aku rasa bagi ustaz, isterinya dan bayi itu. Tidak cukup dengan tu, doktor  memberi peluang yang sangat berharga iaitu menggunting  tali pusat anaknya sendiri.  Ustaz pun guntingla sambil dibantu oleh nurse selepas tu. Ustaz pun melaungkan azan yang mengandungi kalimat Allah pada telinga anak sulungnya tu dengan keadaan bayi yang masih lagi berlumuran darah yang bersih...Sebak dan syahdu ..
          
Part 2: Aku tidak bertemu dengan Islam dalam diri seorang  Muslim
Ustaz hasrizal menceritakan kisahnya ini apabila isterinya  melahirkan cahaya matanya yang kedua. Cahaya mata kedua ini dilahirkan di Malaysia iaitu sebuah Negara Islam. Ustaz memilih hospital swasta yang berkonsepkan Islam. Bagunannya diwarnai dengan hijau..warna Islam.. Dindingnya dilekatkan dengan ayat-ayat suci Al-quran..panduan bagi orang Islam...Ustaz menjangkakan apa yang dialaminya sewaktu cahaya mata sulungnya dilahirkan dahulu akan berlaku sedemikian rupa untuk saat kedua ini.
     Ustaz dibenarkan masuk ke bilik bersalin untuk menemani isterinya..(seperti biasa). Dia setia disamping isterinya yang  sedang berjihad untuk melahirkan seorang umat Allah ke muka bumi ini..(seperti biasa). Doktor yang menguruskan sesi isterinya bersalin  seorang umat Islam dan sudah pasti seorang muslim.. (kepercayaan diberikan). Ustaz sentiasa memberi kata semangat kepada penyeri hatinya itu (seperti biasa). Doktor dan jururawat masing –masing  fokus kepada tugas mereka. Saat cahaya mata itu hendak keluar dari rahim ibunya, doktor tidak memanggil ustaz.. (kehairanan)..Doktor meneruskan tugasnya dengan memotong tali pusat anaknya.. (hampa)..Jururawat membersihkan anaknya itu..dan akhirnya ustaz bersuara “hai..tak nak bagi anak tu kat bapanya ke”..Jururawat dan doktor terperanjat dan seolah-olah baru menyedari kewujudan ustaz di dalam dewan bersalin tu.  Jururawat  tu pun berkata, “eh..encik.nak anak nya “dengan muka sengih2 tak berapa nak sengih..Ustaz pun azan di telinga anaknya..Sedih dan kesal..
Moralnya : Islam dan diri muslim atau muslimat itu sendiri perlu disatukan. Ia  tidak boleh dipisahkan menjadi dua kompenen yang berbeza. Kalau kita mahu berdakwah kepada orang bukan muslim tanpa membawa ajaran Islam, adakah mereka akan percaya dan yakin dengan kita? Jika kita beragama Islam tapi tidak membawa akhlak dan aqidah sebagai seorang muslim dan muslimat yang sepatutnya, mungkinkah orang akan hormat pada agama dan diri kita sendiri?
Renung-renungkan..dan selamat beramal..
: Kembara Mencari Ilmu dan Identiti :

Friday, December 31, 2010

Azam Baru > Hasrat Baru > Nafas Baru..Fuuh!

Bismillahirahmanirrahim..

      Beberapa jam lagi, tahun baru akan menjelma..aku tidak pernah meletakkan azam dalam hidupku sempena tahun baru sebelum ni..Setiap tahun aku hanya bisikkan dalam hatiku "aku akan buat terbaik untuk hidupku".
Petang tadi terdetik dalam hati aku, kenapa aku tidak letakkan azam yang jelas dalam hidupku..Aku ada beberapa hasrat dan azam yang aku ingin kecapi tahun ini..ting!

1)Aku ingin jadi hamba Allah yang lebih baik dari sekarang dan sebelumnya

2)Aku ingin lupakan segala kenangan hitam yang lalu

3)Aku ingin menjernihkan yang dahulunya hitam menjadi sesuatu yang jernih dan suci

4)Aku ingin belajar dan berjaya dalam apa jua hal

4)Aku ingin tuuuutttt (rahsia) tahun ni..amin

5)Aku nak kurangkan makan makanan segera

6)Aku kena kurangkan emosi cepat marah

7)Aku kena senyum selalu.. ^_^

8) Aku kena selalu "say something nice"

9)Aku kena tingkatkan lagi tahap kesabaranku..hehe

10) Aku nak penuhkan duit simpananku..

     Dah cukup 10 azam baru..harap2 boleh tercapai..Aku akan lekatkan dekat wall bilik aku azam ni supaya aku tak lupa dan mudah putus asa.Ya Allah, permudahkanlah urusanku..Thanks to farah wahida bagi beberapa teguran untuk aku supaya aku boleh masukkan dalam azamku..sangat hargai. ^_^