Monday, January 31, 2011

BiLa CiNtA

 Cinta itu tidak perlu dikejar, 
Jika dikejar ia akan lari,
Cinta itu tidak perlu diingati, 
Jika diingati ia akan meresahkan,
Saat ini aku sentiasa resah.
Andai aku mempunyai sayap,
Akan ku terbang kepadamu,
Andai ada puteri ajaib,
Akan ku minta tiga perkara,
Pertama:
Agar kau selalu mencintaiku,
Kedua:
MOga kau menerimaku seadanya,
Ketiga:
Cintaiku setulus hatimu,


~Kasihiku seperti kau mengasihi ibumu~

Thursday, January 20, 2011

Bila Cinta Ini....

Bismillahirahmanirrahim..

Tidak dinafikan, isu perkahwinan di UIA ini memang tak pernah padam. Mana tak nya, setiap semester akan ada mempelai baru, setiap saat itu jugala orang ramai akan bertanya-tanya : siapa? Bila? Di mana? Dan seumpamanya.
          Bukan apa, Islamic environment di UIA ini agak bagus sebab ia menggalakkan perkahwinan dan mengelakkan berpasang-pasangan sebelum berkahwin. Maka, ramaila yang mempunyai hasrat ingin berkahwin waktu belajar. Bagus juga, sebab yang penting kita boleh jaga iman kita, jaga hati kita, jaga maruah dan akhlak kita dan yang paling penting jaga imej Islam itu sendiri.
          Beberapa hari sebelum ini, aku ada terdengar sebuah talk mengenai perkahwinan dan tanggungjawab suami dan isteri. Kita nak kawin bukan hanya memikirkan keseronokkan semata-mata (harap2 korang faham apa yang aku maksudkan). Kita perlu fikir tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai suami dan isteri mengikut Islam itu sendiri. Maka perkahwinan itu memerlukan pengisian antara suami dan isteri. Jadi, aku akan senaraikan beberapa Do dan Don’t terutamanya pada wanita-wanita.
          Aku tujukan khas buat kakak-kakak ku yang bakal berkahwin.Ambiklah sebagai peringatan dan praktikkan kelak. Walaupun adikmu ini belum berkahwin. ^_^


Do & Don’t

1)   Bersalaman dengan suami ketika hendak ke kerja atau keluar ( setiap salaman itu akan mengugurkan 20 dosa)

2)   Sebelum tido, minta maaf dengan suami

3)   Dengar cakap suami (patuh dengan suami selagi perkara itu tidak melanggar prinsip Islam. Eg: jika suami tidak benarkan memakai pakaian yang dedahkan aurat, maka JANGAN pakai)

4)   Hidang makanan pada suami

5)   Jika suami menegur/ marah, jangan tolehkan muka ke arah lain. 

6)   Jika suami panggil isteri masuk bilik, maka tinggallah segala pekerjaanmu. (Jika ingkar, kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai keesokkan subuhnya)

7)   Kena ada perasaan malu dengan suami (jangan suami cakap 5 patah, isteri menjawab 50 patah )

8)   Jaga harta suami (semua hak suami hendaklah meminta izin jika hendak bagi pada orang lain. Eg: suami beli buah oren, isteri nak bagi pada jiran sedikit, jadi isteri kena minta izin suami dulu)

9)   Pakai bau-bauan disamping suami

10)                     Jemput suami dimuka pintu bila pulang kerja

11)                     Jaga penampilan diri untuk suami

12)                     Walaupun kita dah bekerja dan hendak beli something menggunakan duit kita sendiri, kena minta izin suami dulu

13)                     Jaga aurat

14)                     Jaga maruah suami

15)                     Jangan keluar tanpa izin suami

16)                     Suami hendaklah menasihati isteri untuk melakukan kebaikan (kerna suami yang akan menanggung dosa isteri dan anak2nya. Jika isteri tidak menutup aurat maka suami yang tanggung)

17)                     Suami kena memberi nafkah walaupun isteri bekerja (jika suami tidak mampu, bagilah sebanyak mana yang ada walaupun 10 sen)

18)                     Suami kena menjadi ketua keluarga yang sebaik-baiknya (jangan jadikan keluarga kamu jahil tanpa solat, puasa , zakat dan sebagainya)

         Ini beberapa peringatan yang dapat aku bagi..Tetapi banyak lagi. Jadi, kakak-kakak ku, penuhkan ilmu dihatimu sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Praktikkan dari sekarang agar semua dipermudahkan kelak. Ingatlah, jika kita tidak berubah dari sekarang nescaya selepas berkahwin demikian rupa jua.
Wasalam,

~ Memburu identiti~




Saturday, January 15, 2011

Cahaya fitrah yang memanggil


Hatiku gelisah,
Kerna ada sesuatu yang ku inginkan,
Namun aku tidak dapat mencapainya,

Jauh disudutku,
Ada sinar cahaya,
Cahaya fitrahku,
Cahaya yang mampu memimpinku,
Cahaya yang aku impikan,

Namun,
Tanganku tidak dapat mengapainya,
Kakiku keras bagaikan tiang,
Mataku hanya mampu merenung dari jauh,
Hatiku meronta-ronta,
Untuk pergi ke cahaya itu,

Ya Allah,
Permudahkanlah pergerakanku,
Lembutkanlah hatiku,
Aku hanya mampu menangis,
Kerna,
Aku terseksa,
Cahaya itu ada didepanku,
Malangnya,
Aku kaku,

Ya Allah,
Kuatkan hatiku,
Kukuhkan suara fitrahku,
Alihkan tembok dihadapanku,
Aku merayu.

Sudah berapa kali aku cuba,
Namun aku gagal disebabkan tembok itu,
Permudahkanlah untuk aku,
Ya Allah,
Ya Rabbi,
~Aku memburu CintaMu~


Friday, January 14, 2011

: Talk on Cinta :

Bismillahirahmanirrahim..

         Alhamdulilah..Allah panjangkan umurku untuk aku menulis dan berkongsi dengan orang lain dengan ilmu apa yang dipinjam oleh Allah padaku..

        Aku baru saja balik daripada  dengar talk on cinta yang bertajuk "let's get married". Talk ni dianjurkan dari kulliyyah aku sendiri iaitu Nursing. Sambutan yang amat menggalakan..Sampai seat tak cukup. Hanya menggunakan title "cinta" dan "married" sudah cukup untuk menarik perhatian golongan mudah untuk menghadiri majlis ilmu. Selalunya dengar ja word "ceramah" semua memesongkan fikiran dengan benda dunia.

     Speaker yang dijemput adalah Ustz Riedha (maaf kalau salah eja) asal dari Pendang, Kedah. Orang kampung aku. Cara dia bagi talk sangat menarik dan terhibur. Tanpa melengahkan masa lagi, mari aku cerita isi mengenai "let's get married".

     Sebelum ustaz dijemput, ada tayangan movie yang dibuat oleh committee. Pandangan2 dari pelajar2 UIA yang dah berkahwin dan belum berkahwin mengenai kahwin ketika belajar. Sangat menarik sebab real experience. 

    Ustaz cakap" marriage is something about choose the right person, right time and right attention ".
Dia tanya pulak "kenapa kita nak kahwin? "..Adakah kita kawin untuk di dunia atau sampai hujung usia?
Hanya beberapa bro dan sis yang mengangkat tangan sebagai tanda setuju. Ustaz cakap matlamat dia kahwin adalah "ustaz nak bersama dengan isteri ustaz sehingga selepas mati dan bertemu di syurga"..Maha suci Allah
Kerana, sesungguhnya seorang perempuan mudah untuk memasuki syurga jika dia taat pada suami, puasa, solat dan tutup aurat. Maka jika seorang perempuan memenuhi kriteria ini, dia mampu memasuki syurga dan bertemu dengan suaminya kelak dengan izin Allah.

     Jadi, apa matlamat kita kahwin?Adakah hanya untuk mendapatkan zuriat semata-mata (hanya memikirkan output tanpa memikirkan proses)?..Tanya dalam hati kita..

    Orang yang hebat adalah orang yang membentukkan sesuatu untuk mendapatkan ending nya..Sebagai contoh kalau kita nak buat program..Ending atau matlamat kita adalah untuk merapatkan ukhwah. maka baru orang akan memikirkan program yang mencapai matlamat tersebut. Aplikasinya dalam perkahwinan, jika kita tidak meletakkan matlamat atau ending yang kita mahu dari sebuah perkahwinan, maka banyakla penceraian berlaku. apabila kita tahu matlamat kita , maka kita akan memilih seseorang atau mencorakkan hubungan kita dengan berlandaskan Islam.

    Ustaz mempunyai dua isteri sama juga isterinya yang mempunyai dua suami. Suami pertama ustaz adalah Islam..manakala suami pertama isteri ustaz adalah Islam..Jadi, apa2 pun dalam kehidupan mereka, mereka akan utamakan Islam, berlandaskan Islam dan bersandarkan kepada Syariat Islam.
      
     Basically, the main point that bring by Ustaz is "what the purpose we want to marry"..Dia tekankan cara kita bina hubungan itu sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Apa Do dan Dos.

     Pesanan Ustaz, jangan gelojoh untuk mencari pasangan, Percaya pada Allah sebab Allah Maha Adil. Jangan terlalu bergantung pada insiatif kemanusiaan seperti sanggup berlapar untuk simpan duit kahwin. Sedangkan orang bukan Islam pun buat benda yang sama..Maka apa yang membezakan antara kita dan orang bukan Islam?

    Jawapannya, Matlamat, Islam, cara perlakuan kita sebelum, semasa dan selepas berkahwin.
      
    Pesanan terakhir ustaz adalah " pada sesiapa yang selalu naik moto sama2, keluar naik keta sama2 dan berpegangan tangan, bertaubatla...anda belum terlambat"
    "kalau kita tak berubah sebelum kahwin, percayalah selepas kahwin pun kita takkan berubah"
    "apa yang kita buat sekarang, pasti akan dituruti oleh anak2 kita nanti sebab ia dididik sejak dalam perut"
   " rasalah kenikmatan cinta selepas berkahwin, apabila sesudah akad nikah, pertama kali kita bersalaman dengan pasangan kita dan mengucup dahinya"
  
~ Cinta Itu Indah Jika Berlandaskan Islam~ Allahuakbar!


* Fasa pertama *

Bismillahirrahmanirrahim..

        Alhamdulilah..10 January 2011..sudah selesai fasa pertama..ada dua fasa lagi..Fasa yang ditunggu oleh semua yang bernama insan tidak kira lelaki atau perempuan..

Ya Allah..permudahkan segalanya buat kami..amin..Kami hanya mampu merancang..


Wednesday, January 12, 2011

Masa mengejarku...

Bismillahirrahmanirrahim...
       
       Alhamdulillah..masih bernyawa aku, masih aku mampu mencoret dalam blog ni..Terima Kasih Ya Allah..
Dah lama rasanya tak update my beloved blog ni.Sibuk dengan pelbagai tugas terutamanya tugas sebagai hamba Allah dan pelajar. Mencari ilmu dan membuat kebaikan..Menyibukkan diri dengan perkara yang berfaedah untuk mengelakkan diri membuat perkara yang tidak bermanfaat..

      Minggu lepas dan seterusnya, aku sibuk siapkan assignment yang perlu dihantar sebelum cuti raya cina..Dengan exam semakin dekat lagi...huhu..satu pun tak study lagi..sebab tu sekarang tengah sibuk siapkan assignment so boleh fokus pada study. Minggu depan plak akan sibuk dengan interkuliyyah tournament..Biro sport & rec aku yang kena handle. Sem ni aku hanya terlibat untuk volleyball ja..Kalau sem lepas volleyball dan netball..Kelam kabut rasa hidup sat nak lari pi main volley sat lari nak main netball kalau jadual games jatuh pada hari yang sama. Alhamdulillah..ramai sister yang boleh main netball so tak da la aku diperlukan sangat untuk game netball tu. Lagipun dari awal aku dah nak tarik diri sebab keadaan kaki yang tak berapa stabil untuk sukan yang berlari ni..ni kesan dari jatuh tangga dan terseliuh..sikit nikmat Allah dah ditarik dari aku..ujian...Jadi sekarang aku boleh fokus pada volley.

     Setiap perkara ada hikmah disebaliknya..mungkin kekurangan diberi tapi digantikan dengan sedikit kelebihan.

       Aku rasa sedikit keajaiban yang diberi padaku dari Allah. Dari sekolah lagi aku dah mula main volleybal tapi memang tak terer sangat. Nak serve tu nak lepas tu sangat la susah..nak setting or dagging pun memang tak pandai. Bila masuk UIA, first year aku dan kak intan kena masuk volley sebab tak da wakil dari batch kita orang..Situasi masih sama..Memng tak pandai..Alhamdulilah, sem ni secara semula jadinya aku pandai main..agak terkejut pada mulanya..aku ingat aku ja perasan tapi senior pangkat coach aku puji dan kata aku banyak improvement dan main bagus..waaaa..sangat hepi..Terima kasih ya Allah..aku tahu ilmu dan kecekapan yang ada pada aku sekarang dipinjam dariMu.Masa tu aku terfikir, semua ni hak Allah..bila2 masa ja Dia boleh ambik dan bagi..maka bersyukur dengan segala kelebihan yang Allah beri.

     Setakat ini saja..inshAllah, panjang umur dan ada masa akan aku update keputusan interkulliyyah tournament nanti..Doakan untuk N>U>R>S>I>N>G..kami hebat di medan merawat dan padang..
^_^

Saturday, January 1, 2011

1 + 1=? Jawapannya bukan 2.

Bismillahirrahmanirrahim..
Apabila Islam dan Muslim menjadi dua benda yang berbeza

Part  1 :  Aku bertemu dengan Islam dalam diri bukan seorang 
                 Muslim
Ustaz hasrizal menceritakan kisah hidupnya sewaktu menunggu saat kelahiran cahaya mata sulungnya. Anaknya dilahirkan di luar negara. Hospital yang ustaz pilih bukanlah hospital Islam apatah lagi bukan sebuah Negara Islam..
   Ustaz dibenarkan masuk ke bilik bersalin untuk menemani isterinya.  Dia setia disamping isterinya yang  sedang berjihad untuk melahirkan seorang umat Allah ke muka bumi ini. Doktor yang menguruskan sesi isterinya bersalin bukan seorang umat Islam apatah lagi seorang muslim. Ustaz sentiasa memberi kata semangat kepada penyeri hatinya itu. Tatkala resah pada detik genting itu, doktor  memanggil ustaz secara tiba-tiba. Doktor  menyuruh ustaz supaya meletakkan tangannya untuk menyambut kepala anaknya. Kepala bayi itu sudah nampak dengan jelas dan akan keluar bila-bila masa aja. Ustaz pun letakla kedua-dua tangannya seperti yang disuruh oleh doktor tu. Tidak lama kemudian tu, anak sulung ustaz lahir dengan disambut oleh tangannya sendiri..SubhanAllah..indah sangat saat tu aku rasa bagi ustaz, isterinya dan bayi itu. Tidak cukup dengan tu, doktor  memberi peluang yang sangat berharga iaitu menggunting  tali pusat anaknya sendiri.  Ustaz pun guntingla sambil dibantu oleh nurse selepas tu. Ustaz pun melaungkan azan yang mengandungi kalimat Allah pada telinga anak sulungnya tu dengan keadaan bayi yang masih lagi berlumuran darah yang bersih...Sebak dan syahdu ..
          
Part 2: Aku tidak bertemu dengan Islam dalam diri seorang  Muslim
Ustaz hasrizal menceritakan kisahnya ini apabila isterinya  melahirkan cahaya matanya yang kedua. Cahaya mata kedua ini dilahirkan di Malaysia iaitu sebuah Negara Islam. Ustaz memilih hospital swasta yang berkonsepkan Islam. Bagunannya diwarnai dengan hijau..warna Islam.. Dindingnya dilekatkan dengan ayat-ayat suci Al-quran..panduan bagi orang Islam...Ustaz menjangkakan apa yang dialaminya sewaktu cahaya mata sulungnya dilahirkan dahulu akan berlaku sedemikian rupa untuk saat kedua ini.
     Ustaz dibenarkan masuk ke bilik bersalin untuk menemani isterinya..(seperti biasa). Dia setia disamping isterinya yang  sedang berjihad untuk melahirkan seorang umat Allah ke muka bumi ini..(seperti biasa). Doktor yang menguruskan sesi isterinya bersalin  seorang umat Islam dan sudah pasti seorang muslim.. (kepercayaan diberikan). Ustaz sentiasa memberi kata semangat kepada penyeri hatinya itu (seperti biasa). Doktor dan jururawat masing –masing  fokus kepada tugas mereka. Saat cahaya mata itu hendak keluar dari rahim ibunya, doktor tidak memanggil ustaz.. (kehairanan)..Doktor meneruskan tugasnya dengan memotong tali pusat anaknya.. (hampa)..Jururawat membersihkan anaknya itu..dan akhirnya ustaz bersuara “hai..tak nak bagi anak tu kat bapanya ke”..Jururawat dan doktor terperanjat dan seolah-olah baru menyedari kewujudan ustaz di dalam dewan bersalin tu.  Jururawat  tu pun berkata, “eh..encik.nak anak nya “dengan muka sengih2 tak berapa nak sengih..Ustaz pun azan di telinga anaknya..Sedih dan kesal..
Moralnya : Islam dan diri muslim atau muslimat itu sendiri perlu disatukan. Ia  tidak boleh dipisahkan menjadi dua kompenen yang berbeza. Kalau kita mahu berdakwah kepada orang bukan muslim tanpa membawa ajaran Islam, adakah mereka akan percaya dan yakin dengan kita? Jika kita beragama Islam tapi tidak membawa akhlak dan aqidah sebagai seorang muslim dan muslimat yang sepatutnya, mungkinkah orang akan hormat pada agama dan diri kita sendiri?
Renung-renungkan..dan selamat beramal..
: Kembara Mencari Ilmu dan Identiti :